Wednesday 30 January 2013

MIMPI

Tika itu aku sempurna berjubah hitam, bertudung labuh hitam. Bersama aku seorang lelaki tinggi lampai lengkap berbaju hitam juga. He seems like my husband. Tapi aku tak nampak wajahnya. Dan tiba-tiba, aku memeluk dia erat-erat. Aku nampak adik, aku terus peluk adik kuat-kuat, menangis.Aku pandang wajah ibu dan ayah penuh sayu. Dan tiba-tiba bayangan semua ni hilang. oh , mimpi rupanya. Mainan tidur apakah ini ?

I miss my sister badly :(

Tuesday 29 January 2013

Terapi menghilangkan stress : Berjaya Times Square.


Saturday.
Woke up early in the morning. Suddenly, zirah text " Dib, call kan prebet ". howyeahhh ! nampaknya plan nak window shopping hari ni jadi. SO, me, zirah n soleh heading to KTM NILAI without knowing where actually to go. As they said nak pergi window shopping kan, so Times Square should be the best place. Rasanyer la. .hew hew

Sampai dekat TS pon dah pukul 11 lebih, so terus brunch. .sambil-sambil brunch terasa gegaran..oh ye, roller coaster. Sebab aku tak tertahan dengar bunyi roller coaster, maka terus ajak diorang pergi floor 5 tengok2 . Sebab dah tersampai dekat depan kaunter, maka plan nak window shopping bertukar jadi bersuka-ria dalam theme park pulak. Padahal aku yang beriya tanak masok, mahal kot tiket dy.Tapi takpelah , zirah n soleh tak pernah main, so aku terajak diorang main. Padahal Wantien yang beriya nak main benda alah bgai ni, dia pulak yang tak join =,=

01
And so here we are, have fun together. 






Aku dan hazirah. kalau duduk dengan suami lagi sweet gitu, love2. HAHA

Sebab kesuntukan masa, kitorang just main 6 permainan yang advance2 dekat dalam Galaxy Station . Kalau lah banyk masa, nak aje aku pergi Fantasy Garden n maen segala permainan kanak-kanak dekat situ. Before this, aku pernah main skali tapi takmain DNA mixer sebab tutup. So , dengan semangatnya kali ni nak try lah. Lepas dah naik, weh puka giler game ni !.Sumpah tanak naik lagi. Habis DNA aku bercampur-campur, soleh n zirah pun dah pening nak muntah2.  Aku  je maintain okay. hihi

Serious , ni terapi terbaik hilang stress. Tade sape nak kisah kau jerit kuat mana pun.. Part paling klaka, Soleh jerit " makkkkk ! nak balik !! " HAHA. Bila takut jer jerit " makk". cuba lah skali skale jerit " ayahhhh " pulak , kan.


First game yang kitorang main , Ooort's Express

Only three of us. 




Roller coaster at the back. Sakit-sakit badan naik roller coaster. 



With Iqa, baru prasan pokok yang sama setahun yang lepas dekat TS.

 02 
Lepas puas main , Its time for terapi menghilangkan stress ke-2, window shopping !!! 

SHOPPING IS THE BEST PSYCHIATRIST.believe me. Cuci-cuci mata je pun boleh hilang stress. instead lepaskan stress dengan makan, lebih baik pergi shopping exercise kaki. n TS is the best place sebab besar sangat n barang-barang dia damn cheapppp ! tergugat nafsu wanita aku, aishhh !

Asalnya nak window shopping, tapi mana boleh tahan tak grab apa-apa pun, kan. Alang-alang pulak, tengah banyak sale Chinese New Year. Maka, habis segala kedai kitorang masuk. Itu pun tak habis lagi  shopping, dah nak maghrib..terpaksa balik . Thanks, Zirah n Soleh layankan aku shopping.  Kalau lah ada perkhidmatan penginapan dalam shopping mall, sudah tentu aku lah orang pertama yang menjadi pelanggan setia, berkampung dua, tiga malam. Malangnya, perkhidmatan ni takde T_T 


Over, sampai terbeli dua kasut ==" .  Nampak tak,  hormon shopping aku terlebih-lebih.
Yang beat pulak beli sebab ada sale 50 %.weeeehee. Padahal aku tak suka headphone bagai nih ==". 
Ni belom kira lagi masuk watson, beli segala bagai alah , konon jaga muka. Dusta semua ni, muka macam tu jugak ghupenyerrr.  

Tapi hamba menyesal kerana tidak membeli, skirt chiffon mustard tuhhh. Dahla sebegitu murah.  Adapun begitu, kalau shopping online, pastilah mahal yang tak terjangkau hamba membelinya. ohh, sungguh bangsawan rasanyer bahasa hamba.

BTW , aku dah spot tempat shopping terbaru, Kenanga Wholesale City. Tapi, harusla berjemaah shopping dekat sini supaya dapat harga murah. 

Akhir kata, diharapkan terapi-terapi ni dpat mengalirkan ion-ion positif dalam diri anda. Even terapi ni hilang stress, anda haruslah bersedia mental dan fizikal sebab berhabisan banyak duit.tapi apa salahnya, sekali skala :)

p/s : This place reminds me of you.So i came back to this place n tried to forget all of our problems. 

Monday 28 January 2013

Sehari menjadi pari-pari.




....السلام عليكم

Alhamdulillah, Program Bahasa Syurga (ALSP)  haritu telah pun tamat dengan jayanya. Seriously. program kali ni superb habis even penatla jugak. Dapat pulak ustazah cantik dari Indonesia yang sporting sangat  :) 

Dan apa yang paling best skali, KITORANG MENANGGGGG pertandingan choral speaking tuh !
Tak expect pun nak menang, tapi berdasarkan respons penonton nampaklah gaya kitorang bakal menang. huahua. .POYO. Seriously, idea yang terbaik buat lakonan kat tepi choral speaking tu, penonton sukakan gimik-gimik kami, kot la. Paling tak tahan , tetiba ada Prince keluar dari tengah2 audiens smbil bwak bunga mawar. ouchhh, sweet sangat ! 
Team choral speaking pun lancar je baca dengan gaya-gaya yang comel.mih mih.



The gorgeous Step Mother, Hassan n Luthfi


Praktis sebelum bertanding. 



Princess, the yellow one  :)  Prince, tiada dalam gambar.



Prop yang sempat dibuat dalam masa singkat.


The fairy. HAHA. Pari-pari patah sayapnya, tak sempat nak buat.

Mirror, Mirror on the wall~~~~~

Friday 25 January 2013

Program Bahasa Syurga .( اللغة العربية )

Assalamualaikum, guys !

Adibah faizah is now back with new mood :D.I'm tired of constantly feeling sad.So,  as I said in this POST, kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.  STAY STRONG n KEEP POSITIVE. Dan disebabkan itu, aku memilih untuk keluar dari kepompong kesedihan aku ni. walaupun pedih.
TRY HARD TO FORGIVE AND FORGET everything.ada hikmahnya apa yang berlaku sebelum ni, mungkin sedikit sebanyak mematangkan aku.


Untuk pengetahuann *cewahhh, aku sedang menghadiri program Arabic Langauge Program (ALSP) . aku tak ingat "S" stands for what. hehe.Program ni wajib untuk pelajar degree Tahun 1, USIM. Bermula dari hari isnin sampaila esok . seminggu kot. ya. sangat lama. setiap hari dari pukul 8.30 pagi sampai 7.00 petang bergelumang dengan arab. Penat ? Tapi takpe.Demi bahasa syurga ni, aku gagahkan diri jugak. Kalau tak, kena repeat program ni masa fourth year.Pilih mana lagi better .


SO, tomorrow will be the last day of this program. And guess what, kitorang ada pertandingan كلام جماعي . Apa tu ? Dalam bahasa Inggeris, Choral Speaking. So, bayangkan jela nak kena hafal choral speaking dalam bahasa arab dalam masa yang singkat. Tapi takpe, aku terselamat dari segala kes hafal-hafal ni.huahua *gelak kejam.  sebab apa? sebab aku join team lakonan. mesti pelik kan , dalam choral speaking mana ada berlakon bagai. yeahhh ! itulah kelainan persembahn kitorang. Choral speaking in the same time ada yang berlakon. Tapi berlakon tanpa suaralah, hanya pergerakan untuk memudahkan semua penonton faham.

Tajuknya ialah "cinderella". simple enough, kan. Semua orang tahu cerita ini, so takdalah penonton terpinga-pinga tak paham kitorang bebel apa depan tu.emmm, aku ke yang melakonkan watak cinderella tu ? oh tidak sama sekali ! tak layak kot.aku  hanyalah layak jadi pari-pari *cewahhh . 

Maka, doakanlah saya supaya hari esok berjalan dengan lancar. Pagi esok baru nak berlatih, n petang dah nak bertanding. oh ke'rilek' san apa yang melanda team kitorang ni T_T

p/s :  i'm really good in acting :P

Tunggu next update, kalau nak tahu menang ke tak .*adahatinak menang, berlatihtakseberapa.


Wednesday 23 January 2013

Enough


I just wanna be some where i dont know anyone
Some where peace. I'm sick of all this things !

Run.
aku dah penat berlari.
aku penat membutakan mata.
aku berlari seolah-olah tiada apa-apa halangan.
tapi akhirnya, aku juga yg tersungkur.
kenapa?

perit, sedih itu.
aku tak termampu.
tipu kalau mulut berbicara hati ini kebal
tipu kalau mata ini tak menitiskan air mata.
aku kelu.

Hati.
Buat apa lagi membuang masa.
berdiam saja
mebiarkan hati sendiri terluka untuk manusia lain.
bodoh.
kenapa tak meperdulikan hati sendiri ?


Maaf.
Perkataan yang mudah.
semudah tu jugak, kau ucapkan.
tapi maaf tu tak membawa makna
kerna hati ini dah terbiasa.
kebal dengan kata2 maaf itu.

Percaya.
apa itu? entah.aku tak pasti.
sudah hilang mungkin.


SAYANG
hanya itu yang tinggal.
Sayang itu yang membutakan hati ini.
TERUS BERTAHAN, mungkin.

Enufff, aku penat.




Thursday 17 January 2013

Kisah Calar di langit petang : Kemalangan


Lewat petang tadi bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa, aku memandu kereta  kuning terang tang tang itu berseorangan. Awan petang mendung, semendung hatiku. Entah. Rasa lain macam drive hari ni. Yelah. bukan selalu aku memandu. Rupa-rupanya, niat di hati nak menuju ke kampung , dihiasi  suatu tragedi yang tak berapa manis.

Memanglah tak berapa manis sebab den terlanggaq bumper kereta orang, diq non! Serius  gelabah gila .I've no idea macam mana boleh tergesel pulak. Aku berhenti tepi jalan.Fuh ! Nasib baik tak bertembung kereta depan. Kereta-kereta belakang pulak sume lelaki bermuka ganas berbadan sasa bermisai lentik , duk pakat-pakat hon kat aku sambil buat muka macam nak belasah.Sumpahhh aku macam "arghhh! apa nak buat ".Aku keseorangan. Jantung berdebar kencang memikirkan apa yang harus dilakukan.Alang-alang da nak sampai kampung.Lantas, aku decide  pergi rumah cik Mas dulu la. Then, patah balik rumah orang tu settlekan kot-kot cik mas kenal orang tu. Dalam hati aku dah agak da , mesti orang tu fikir aku langgar lari .Yelah . dah terlanggar pastu tak cakap sori, lari terus. Oh tidak bang.  Tidak. Tidak. Aku tidak sekurang ajar itu.

Last-last, abang tu follow sampai rumah cik mas.Aku sangat cuak ingat abang tu nak maki hamun ke apa ke.  aku tengok si kuning dah calar sikit.  After slow talk, nasik baik boleh settle macam tu je. Mungkin dia tengok aku comel, maka tak jadi nak ambil apa-apa tindakan.*ok tipu.Nasib baik abang tu tak baran , kalau tidak mahu aku dengan dia berkungfu tadi. . nasib baik calar sikit dan tak melibatkan nyawa. Kalau tidak, habislah lesen ku.Bila nak drive balik rumah, aku duk ligat fikir nak cakap apa dekat ayah.Tambah perasaan trauma nak drive balik. Nasib baik ayah rileks je. 

 Seriously NOOB. Haish, adibahhh, adibahhh. .
Syukur kepada Allah, tiada apa yang dahsyat berlaku.kejadian hari ini adalah pengajaran bagiku supaya lebih berhati-hati.

P/s : Calar di kereta boleh nampak, calar di hati siapa yang tahu.Hmmmmmm  =,=

Monday 14 January 2013

Kem PLKN Karisma.

Assalamualaikum.



Melawat le sister,  wirawati negara. hewhew.

p/s : Tetiba terasa gian nak buat  aktivit lasak pulak sekarang. hewhew. Teringin weh nak try paintball n ATV ride.wishlist tak beragak -,-

Friday 11 January 2013

First Semester ? NO MORE XD

Assalamualaikum :D


11 JANUARI- Gigi

Mengumumkan pada 11 Januari. tepat pukul 11.00 a.m.-jeng jeng jeng..*DRUM ROLL PLEASE* No more last payperrrr, but THE END OF SEMESTER  ! So, le me n semua coursemates Industrial Chemistry dah pun tamat semester 1 tadi .Gulp ! kejap je dah satu semester, kan.

 Semua orang tahu betapa heavennya kalau dah habis final exam. So, aku tanak cerita betapa lega nya aku rasa sekarang ni. Maka, takpayah nak cerita sangat sebab aku pun malas nak cerita sebab nanti terover excited.hew hew.

Hari ni aku tanak buat post merapu-rapu , feeling2, tacing2. ish, benci akk, nyahh !. ceh. aku jugak yang post semua benda tu T_T, tapi hari ni nak review  semua paper yang dah aku amik for the first semester. ok. gedik gila, kan nak review2 bagai. ah , lantakk. so, lets start!

#1 ARABIC LANGUAGE (READING n WRITING)
Sangat cuak untuk paper arab ni. Dahla arab, first day pulak tu. Siap kena buat karangan bagai. dan aku tak paham tajuk karangan yang dia suruh buat. lantas aku merapu-rapu , sesedap rasa.tapi  satu je aku harap, Ustazah, tolong la tutup sbelah mata , kalau aku tersalah nahu. hihihi.

#2 ENGLISH
Ni Fevret paper.*kononnnya. . Tapi bila dah hadap paper tu. "puaka" ya amat. Awat tinggi naaa  level english paper ni! Sekali baca, lain maksud, baca lagi sekali, lain pulak maksud aku faham. Senang kata, this paper sangat TRICKY. 

#3 TITAS
Subjek yang aku harap dapat score. Sebab result mid-sem aku gila tinggi. ye, nampak berlagak di situ. HAHA. sebabnya test online, maka boleh bukak bku. wink2. Malam bfore exam , kitorang satu bilik target soalan Tamadun India akan ada paling banyak. Sampaikan  siap  tengok cerita hindustan lagi malam tuh.Last2, tersasar habis dari sasaran. Gila banyk pasal tamadun cina T_T.maka, aku jawab dengan redha mengharapkan jawapan aku betul.

#4 ALJABAR
Anda tahu apa itu aljabar ? haha. senang cite, orang kampung aku panggil ALGEBRA. Hmm, paper kali ni format baru sikit. Tapi, aku rasa lagi senang format baru dari format lama. Certain kawan aku, cam buat rileks je dengan kertas ni.Untuk paper ni, ada jugak yang aku tak tahu kira. Tapi yang penting, aku dah buat sehabis baik. Yang geramnya, part matrices..puaslah aku kira2 guna manual. last2, check gne calc...jwapan aku slah . smpi da nk kutip krtas, aku still tk nmpak part mna yang slack. me is so sad T_T."

#5 PRINCIPLE OF CHEMISTRY 
Satu-satunya subjek yang ada kena mengena dengan course aku. Baru je habis paper ni tadi. Apa yang aku boleh kata, soalan paper ni UNEXPECTED !. Serious macam dalam mimpi.Aku rasa jalan kira dia pendek je, tapi kenapa markah dia tran tang tang banyak gila. maka, aku pun explain la sikit-sikit. Dari 13 bab yang aku baca banyak2 tuh,adela dlam 4, 5 bab je masuk .grrrrr ! dan semua soaln tu sir dah tekankan masa last lectur. so, kesimpulannya dengar lecturer ckap apa.tapi masalahnya aku lupa nk focus dkat entalphy. 

Ada, 2 subjek lagi - (English n arab) tapi oral. so, no final exam. 

Overall,exam kali ni semuanya ok. tiada drama lmbat bngun pergi exam or slip exam hilang tetiba ke ape ke. .yeah, Congratulation , adibah. hihi. sebab aku memang suka gelabah-gelabah ayam, time2 musim exam ni.So, Nak menyesal pun tiada gunanya.Hanya mampu terus yakin dengan apa yang aku dah buat .Paling penting, aku dah buat yang terbaik.  what's we need to do is just KEEP ON  PRAYING :D.Allah always listen. 




 P/s : Good LUCK YANA !. satu paper je lagi . :P hehe


Wednesday 9 January 2013

JIWA

You are responsible for your own feelings.Ayat yang dari semalam aku cuba nak hadam . AKu cuba , dan terus cuba. Sendiri cari pasal, sendiri tahan sakit.Sekarang aku tahu,  Aku dengan dia macam sama je kan. takde bezanya. ye. aku memang tak tahu nak ekspresikan perasaan aku.Kadang-kadang aku rasa its better pendam, buat tak tahu. biar rasa tu hilang macam abu , dibawa angin. hilang lenyap dalam hidup aku. Itu lagi senang , dan membahagiakan hati aku.  Tapi  sekarang aku dah tak dapat nak endure..aku dah rasa macam nak bertarung dengan jiwa sendiri. What should I do actually ? 

~ Kemon dibah, wake up ! Your final exam is not yet come to the end.~

Wordless Wednesday #10.


HELLO PEOPLE ! HAHA
Keep Refresh XD 


-Currently 3am in the morning-DO NOTHING.

Wednesday 2 January 2013

From someone book.

Kalau aku tahu, laut itu dalam.
Takkan aku berenang,
Dan kalau aku tahu cinta itu menyakitkan, takkan aku bercinta 
.sakit kuasa satu.T_T

Please focussssss ,dear mind.