Sunday 30 March 2014

TEASER

Wednesday 19 March 2014

WW #25 : PRAY For MH370


The least we could do now is PRAY. 


Sunday 16 March 2014

HARAPAN

Saat hati masih belajar untuk melupakan, 
Hadir seseorang dengan penuh harapan, 

TAPI

Luka dulu sangat pahit nak ditelan, 
Apatah lagi nak dilupus dari ingatan, 

Semoga perasaan itu kau buang
Kerna aku tak mampu memberi jawapan.

Tiba suatu saat yang aku sendiri tak pasti
Hati ini akan ku buka kembali. 

12.58 AM
JATI


Sunday 9 March 2014

Random Updates : Unexpected Life

Assalamualaikum. 

Sesungguhnya aku kebuntuan idea untuk tulis Lab Report Inorganic Chemistry, maka aku muncul di sini mencari idea (kot yer ada)

So, it's been about third week since this semester started. Dan aku baru rasa minggu ni adalah minggu pertama semester. Minggu ni baru mula LAB , baru start buat tutorial n bla bla ( things u do as a student ). Disebabkan dah lame tak buat eksperimen, aku rasa lab first ni macam huru-hara sangat.  Rasa macam cuak sangat nak pegang semua apparatus . yeahh u know semua apparatus berpotensi besar untuk jatuh dan pecah. Everytime dengar ada apparatus jatuh je, rasa macam luruhh jantung ni. Lama-lama boleh sakit jantung aku duduk dalam lab. But to be honest, I love doing experiments , but not the report =="

Selain misi mencari calon suami  ahakzzz, semester ni rasa macam nak ada azam baru. Aku rasa macam nak involve kan diri lebih banyak dalam aktiviti2 kampus. So, this is my first step. On first weekend of new semester , i went to my ex school which is SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI JEMPOL or the new name is INTEJ (Integrated Jempol ). 

Banyak benda yang aku belajar dalam program ni. Overall, program 3 hari 2 malam  ni best sangat :D. Sekolah pun dah banyak berubah, semua kenangan dulu keep playing in my mind. Bila dah jadi student U ni, rasa macam rindu nak jadi budak sekolah. 



So, misi diteruskan lagi untuk akitiviti hujung minggu yang kedua. 


KONSERT STAIRWAY TO HEAVEN


BUKIT BROGA


Tapi, kita hanya merancang. Tanpa izin ALLAH , apa yang kita rancang tetap tidak akan terjadi.

Entah macam mana malam khamis tu aku boleh tak nampak lubang tu . Bukkkk ! Jatuh terjelepok tepi kereta. Aku cuba nak bangun, tapi kaki aku sakit sangat .Air mata mengalir dengan laju nyer. Tapi aku kuatkan diri jugak nak pergi meeting I-Fest. Alaaa, jatuh je pun. 

Habis je meeting, tengok ankle dah lebam macam telur ayam . Omaigaddd, aku tak pernah experience sakit macam ni. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, habis pusing satu Nilai, satu klinik pun tak bukak. SABAR , tunggu lah esok. 

Nak tunggu esok tu rasa macam setahun. Ini lah kali pertma aku rasa macam tak sabar nak pergi klinik. Habis banjir tilam dengan air mata tahan sakit. Sedar-sedar pukul 2 pagi, sedar lagi pukul 3 pagi 4 pagi , sedar lagi pukul 6 lebihhh. Yesss, dah pagi. But the moment, aku nak bangun amik air semayang ..rasa macam kaki paralyzed. (over!) Tapi seriously, sakit dia indescribable. Terpaksalah housemates amikkan air semayang , lap2 je. Sembahyang pun duduk. 

Pergi klinik, doktor bagi naik wheelchair. Ehem, best jugak ada orang tolakkan. hehe. Balik rumah pulak pergi berurut, 3 kali pulak tu. Ni lagi satu benda yang em tak tahu nak ceritala sakit dia. Habis terpulas-pulas kaki. Duduk kat rumah asyik terfikir nak datang Konsert I-Fest yang sepatutnya aku jadi usher. Tapi lagi sedih, tak dapat join hiking  Broga. Everything was cancel on the spot !

Minggu ni pulak dan dan semua lif nak rosak. sakittt woi naik turun tangga 4 tingkat. Tapi takpe, aku tahan. 
Dah hampir seminggu aku jatuh, tapi kaki ni tak fully recover lagi. Aku ada 2 hari lagi untuk make sure kaki dah elok before  start training kawad formasi. Hope to get well soon. 


Oh, i guess this is getting pretty long. Ada anjing menyalak-nyalak kat bawah. Cuakk ! nak tido. Stay awesome people :)