Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Pengorbanan seorang ibu

Assalamualaikum . 

Bercakap pasal pengorbanan, banyak jenis pengorbanan yang kita boleh buat. Pengorbanan jugak satu lumrah kehidupan seorang insan yang begelar manusia.

Alkisahnya, hari ni aku mendengar luahan hati seorang ibu yang merindui anak-anaknya.

Waktu tu aku dan Kak Ani sibuk bekerja menyusun dan meletakkan harga stok-stok barang yang baru sampai .Maka, bermulalah perbualan anatara kami . (macam karangan dialog sangatttttt)

Kak Ani  : Ngantuk bangat, Enggak bisa tidor semalam
Aku       : ngapain ?   Kenapa kak ?
Kak Ani  : Enggak taw dehh,  tiba-tiba teringat sama anak-anak. Aku mimpi                    mereka, langsung enggak boleh tidur..
                Duduk aja atas katil, nangisssss
                Bila teringat sama suami , lagi sedih aku... (sambil mata                              bergenang-genang)
Aku        : Kak.....(boss lalu, perbualan terhenti)

Sampai situ jelah boraknye pun. haha.

Aku kesian jugak kat dia sebenarnya. Kontrak dia dua tahun kerja kat kedai tu kot. Sepanjang waktu tu, tak boleh pun balik Indon. She have 3 childrens and  a 10 month baby lagi pulak tu, . Huaaaa, sedihhhhh. Ok aku pulak yang over. Lagi-lagi dah nak dekat nak raya ni. Katanya, dia dah kirim duit untuk anak -anak buat raya. 
Itu ajelah yang dia boleh bagi. Tapi apalah ertinya kalau raya ibu bapa tiada di sisi. 

Aku pernah rasa perasaan tu time darjah 5 ke empat entah. Ibu , ayah janji nak balik kampung raya pertama. Last-last tunggu punya tunggu raya ke 3 baru sampai dekat kampung. Sedihhh okehhhh. 

Tapi aku tahu perasaan ini taklah sama dengan mereka yang sudah kehilangan ibu bapa buat selamanya. 

Ya Allah,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku.AMIN.





#PRAY FOR GAZA 









Tuesday, 17 June 2014

Empat perkara

Assalamualaikum

Sebelum aku tulis apa-apa,  peringatan.. ini adalah post random dengan tone bahasa yang pelbagai ! Saja nak merepek meraban kat sini..kot-kot ler in the future cucu aku baca blog ni, nnt dia duk pelik mana nanny ? (kemaen !) ...asyik duk poyo2 tulis puisi  pastu senyap tak update pape. 

OK PERTAMA.Masih lagi di sini, di universiti tercinta , setia menunggu detik bertemu kertas-kertas yang mampu mendebarkan hati, jiwa dan lara.

Alhamdulillah, satu dah lepas. tinggal lagi 5 jenis kertas yang aku pun tak tahu isi di dalamnya. Susah ke, senang ke belum dapat dikonklusikan lagi ...yang aku mampu hanya berdoa.Mohon tembakkan doa kalian juga :)


DUA. Untuk yang pertama kalinya selepas 13 tahun aku menjejakkan kaki kembali ke FUNFAIR. 13 tahun dulu yang mana aku ada kenangan pahit dekat funfair. Kisah pahitnya taklah sepahit mana pun, tapi just aku lost my parents time aku duk leka tengok ferris wheel. AKu melalak tak tentu hala sampaila ada sorang pakcik tolong carikan parents. Bermula saat tu, aku tak pernah pergi funfair. Kadang-kadang memori zaman kanak-kanak banyak meninggalkan kefobiaan dalam diri.




Sumpah selama ni aku memandang enteng terhadap funfair, rupanya best jugak. kekeke. lagi2 tengah stressss..
TIGA. Sila rujuk gambar.


Ini bukan sugar daddy, tapi ini pengarang buah jantung hati. Even dah lepas pun Father day, tapi tak kisah la kan..because everyday is a father's day :D
Ni gambar zaman bila pun aku tak tahu la, yang sebelah tu meroyan konon -kononyer skuba.puihhh !

Tak perlu untuk bergambar selalu, cukuplah kasih sayang yang utuh sentiasa berpaut di kalbu . <3. 


EMPAT.



TAk minat bola punnnnn, tapi aku rasa still kena ada pasukan pilihan .HIHIHII. Bukan every year ad FIFA. .So, aku kononnya sokong sepanyol dengan Portugal. Dua2 hampehhhhh. ! nasib brazil menang. 

currently 1.45 a.m ...esok exam STATISTIC. sempat lagi aku update blog. cemerlang tak cemerlang ?haha



Sunday, 13 April 2014

Darah




"Udah besar anak-anaknyer, loro wedok pulak. .  Anak dara lagi ? "   Wak .
     
      Aku orak isin ngaku wong Jowo.












Thursday, 28 November 2013

Cool Escapism : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang


Semoga tahun depan dapat join lagi Family Day dengan geng-geng I - Chem Tech :D.



Wednesday, 4 September 2013

WW #18 : Harga Minyak Naik , Rakyat Naik Angin

mukasunburntakblehblah

Harus maintainkan senyuman walaupun harga minyak naik . Patutkah potong duit belanja makan atau pergi ke kuliah naik bas ? Dulu aku tak berkenderaan, bolehlah cakap aku tak terjejas. Tapi betul ke aku tak terjejas ? ohh lupe , ibu ayah yang terjejas sebab duit datang dari diorang.Fikir duit minyak, nak hantar anak ke sana, ke sini.  Hmmm, tapi sekarang ? Mungkin, aku dah patut rasa terjejas..pandai2 la ang bahagi2 kan duit PTPTN tu..*stress*


Friday, 22 March 2013

Two things that make me jealous.


Tajuk kemaen hot lagi, kan.Siap tulis omputih . Tapi harap maklum , ini tiada kena mengena dengan segala kisah boyfrenn, girlfrenn, cintan cintun bagai. Ini adalah cemburu dari aspek yang sihat. hehe. 

Yup! as everyone know result SPM dah diumumkan semalam. Sekalung tahniah untuk adik-adik BATCH 95. Tahniah kerana berjaya menamatkan zaman persekolahan anda dengan jayanya bertemankan keputusan spm yang membanggakan. Dan ucapan khas , TAHNIAH untuk adik tercinta dari akak mu .hew hew.  Alhamdulillah ,akhirnya segala penat lelah membuahkan hasil  10 A. A little bit jealous as her result is slightly better than me (ayat tanak kalah) T_T . But im still totally proud of you :D

SPM is just the beginning not the end :) 

Godek gambar lama masa SPM . Dari kiri : bakal pakar dietetik, bakal peguam syariah , bakal     Ustazah Bahasa Arab, Bakal ahli Kimia . lulz.

Dan malam tadi jugak, menjejakkan diri ke KLIA untuk hantar salah seorang yang banyak mengajar, membantu aku masa zaman2 SPM dulu .
Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di JEPUN , Faiz :D *jeles*
In sha Allah, suatu masa nanti aku bakal menyusul . aminnnnn


Akhir kata , ayuh mengorak langkah , terus bersemngat menuntut ilmu ! cewahhhh. 

-ILMU MEMANTAPKAN IMAN - motto sekolah *rinduuu*

Wednesday, 30 January 2013

MIMPI

Tika itu aku sempurna berjubah hitam, bertudung labuh hitam. Bersama aku seorang lelaki tinggi lampai lengkap berbaju hitam juga. He seems like my husband. Tapi aku tak nampak wajahnya. Dan tiba-tiba, aku memeluk dia erat-erat. Aku nampak adik, aku terus peluk adik kuat-kuat, menangis.Aku pandang wajah ibu dan ayah penuh sayu. Dan tiba-tiba bayangan semua ni hilang. oh , mimpi rupanya. Mainan tidur apakah ini ?

I miss my sister badly :(

Thursday, 17 January 2013

Kisah Calar di langit petang : Kemalangan


Lewat petang tadi bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa, aku memandu kereta  kuning terang tang tang itu berseorangan. Awan petang mendung, semendung hatiku. Entah. Rasa lain macam drive hari ni. Yelah. bukan selalu aku memandu. Rupa-rupanya, niat di hati nak menuju ke kampung , dihiasi  suatu tragedi yang tak berapa manis.

Memanglah tak berapa manis sebab den terlanggaq bumper kereta orang, diq non! Serius  gelabah gila .I've no idea macam mana boleh tergesel pulak. Aku berhenti tepi jalan.Fuh ! Nasib baik tak bertembung kereta depan. Kereta-kereta belakang pulak sume lelaki bermuka ganas berbadan sasa bermisai lentik , duk pakat-pakat hon kat aku sambil buat muka macam nak belasah.Sumpahhh aku macam "arghhh! apa nak buat ".Aku keseorangan. Jantung berdebar kencang memikirkan apa yang harus dilakukan.Alang-alang da nak sampai kampung.Lantas, aku decide  pergi rumah cik Mas dulu la. Then, patah balik rumah orang tu settlekan kot-kot cik mas kenal orang tu. Dalam hati aku dah agak da , mesti orang tu fikir aku langgar lari .Yelah . dah terlanggar pastu tak cakap sori, lari terus. Oh tidak bang.  Tidak. Tidak. Aku tidak sekurang ajar itu.

Last-last, abang tu follow sampai rumah cik mas.Aku sangat cuak ingat abang tu nak maki hamun ke apa ke.  aku tengok si kuning dah calar sikit.  After slow talk, nasik baik boleh settle macam tu je. Mungkin dia tengok aku comel, maka tak jadi nak ambil apa-apa tindakan.*ok tipu.Nasib baik abang tu tak baran , kalau tidak mahu aku dengan dia berkungfu tadi. . nasib baik calar sikit dan tak melibatkan nyawa. Kalau tidak, habislah lesen ku.Bila nak drive balik rumah, aku duk ligat fikir nak cakap apa dekat ayah.Tambah perasaan trauma nak drive balik. Nasib baik ayah rileks je. 

 Seriously NOOB. Haish, adibahhh, adibahhh. .
Syukur kepada Allah, tiada apa yang dahsyat berlaku.kejadian hari ini adalah pengajaran bagiku supaya lebih berhati-hati.

P/s : Calar di kereta boleh nampak, calar di hati siapa yang tahu.Hmmmmmm  =,=

Monday, 14 January 2013

Kem PLKN Karisma.

Assalamualaikum.



Melawat le sister,  wirawati negara. hewhew.

p/s : Tetiba terasa gian nak buat  aktivit lasak pulak sekarang. hewhew. Teringin weh nak try paintball n ATV ride.wishlist tak beragak -,-

Friday, 28 December 2012

Get Disciplined, Not Motivated!

It almost 3 a.m dan why me is so fresh ? Ishhh. . ni semua gara-gara  coffee.
Tapi takpe, aku jumpa sesuatu yang menyentap diri ini.Get Disciplined, Not Motivated!


p/s : suddenly teringat azim.
p/ss : rse mnyesal plak tak join azim stay kelantan dulu.eh. 

I tried drinking coffee at night, coz it gives you that mindset that you're gonna stay up late. But then you stayed up late from facebooking or blogging or God-knows-what this cruel world has to offer.





Sunday, 2 September 2012

NEW JOURNEY

Assalamualikum :) entry auto publish.



Bye Ibu dan Ayah. Anakmu pergi berjuang di menara gading. cewahhh !


love yaaa, till the next post, 
Adibah Faizah..

Tuesday, 21 August 2012

Pulanglah ke desa berhari raya :D


Assalamualaikum :D


Yeah ! Malam ni kitorang sekeluarga nak balik kampung nun jauh di sana .
Orang dah lama balik kampung. aku baru nak balik.sobsob T_T

checklist yang penting :
-phone, charger phone
-laptop, charger laptop
-broadband
-camera, charger camera
-sambal kicap. (paling wajib!) tak hidup aku dekat kelantan , takde  pedas . *over*

Balik kampung pun tak boleh nak tinggal benda-benda ni. Haish.




Bye Bye Rompin and Hello Pasir Puteh!

Rasenyer tak rajin nak update blog kat kampung ;D Nak habiskan masa sepuas-puasnya before masuk DEGREE . yeah! Excited terlebih pulak makcik sorang ni =="

OK.Bai.



Oh My Raya !

Assalamualaikum  :D 
Hari ni, dah masuk raya ke-3. cepatnya masa berlalu, kan. and,hows ur RAYA?

Sebelum aku terus membebel lantas terlupa nak wish hari raya. So, Selamat Hari Raya . .Maaf zahir dan Batin especially yang selalu menjenguk dan mengomen blog aku ni. tak lupa jugak untuk silence readers.*cewahhh ade ke? haha.TERIMA KASIH jugak  untuk KAMAL LEE n  SUE PELIK yang sudi mengutus perutusan raya secara rasmi di blog mereka :D *bajet ucapan raya PM.

Beraya di rumah sendiri taklah seseronok yang disangka. ehh apsal sedih je bunyi aku ni. Hmmm..bese-bese jelah. bila dah besar, feeling nak raya makin lama makin kurang.Mungkin lepas dah kahwin. .feeling excited nak raya ada balik kot. yeke? haha. 

Hari raya pertama dimulakan dengan perkara-perkara sunnah/sunat.mandi sunat, makan sunat (makn sebelom pi smbhyang rya), sembhyang sunat dan pape jelah yang rsenyer boleh disunatkan. even aku tak boleh nak sembahyang raya. tapi aku menggedik jugak nak ikot lantas orang di masjid memandang hina pelik sebab aku duduk kat luar tak semayang2.ahh. apa aku peduli ? yang bebudak lelaki ni setakat datang masjid tnjuk muka dah tu lepak bawah pokok. .bukan nak smayang ke ape ke.cettt !! 


Tahun ni tema "ikut suka kau lah nak pakai apa". Dah bosan sedondon-dondon ni. duk asyik rotate kaler je.Ayah pulak orang paling tak kisah bab-bab baju raya ni. Elok dah adik iron baju Melayu dier.Last-last pi mintak nak pakai jubah. Alasan ---> takde songkok.Maka, berjubah, berkopiah putih la beliau di pagi raya. haih. Cik Ipin oiii.

My mini family :) Tolonglahhh..aku nak anak ramaiii oiii. ok. kluar tajuk. abaikan.

So, kalau dah raya dekat rumah sendiri . haruslah balik kampung belah ayah yang hanya 10 minit perjalanan naik kereta. Kalau nak feeling2 kmpng jauh... rsenyer boleh la try jaln kaki. Maka, First house yang wajib pergi ialah RUMAH TOK LAN a.k.a abang arwah atuk . dan akhirnya. .runtuh jugak sikit kejantanan ayah time salam Tok lan bila aku tengok mata dia berkaca-kaca time mintak maaf bagai. He surely missed arwah atuk n arwah nenek:(

Dah sudah tu, balikla KAMPUNG SENDIRI. since atok n nenek dah takde. . yang lain2 first raya semua balik raya rumah pak mertua masing2 dulu. 
So, tinggal lah kitorang dua family. T_T .dan aku hanya melantak kat kmpng. Tiap kali orang datang raya.. tiap tu jugak aku join sekaki melantak. hasilnya, empatlimapuluh kali aku pergi toilet. menipu.


Aku ingat dah takde tradisi pusing-pusing kampung cari duit raya ni. rupanyer ada lagi.siap ada plan bagai bebudak ni.  Yang tak boleh blah. .keoveran kejujuran diorang ni . datng-datang rumah orang terus cakap " kitorang datang nak duit raya jer". ewahhh! ewahhh!. tak nyempat nak hidang air. *nasib baikla bukan aku yang kena bagi duit raya.fuhh!


Dah la.tah apa yang aku membebel sorang-sorang kat sini. Korang bolehla sila abaikan apa yang korang baca dari atas sampai bawah ni. huahua!. raya aku bukan best pon. 

yang dah terlanjur baca lagi tersesat di sini .nah kuih raya !



yang penting . .
NAK KELIK KLATE PULOP MALE NI :D


pengembangan pipi dan badan hasil kegigihan aku menternak ladang lemak selama 3 bulan.


‘Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”


sekian laporan raya,
Adibah Faizah.


Saturday, 28 July 2012

Selamat Hari Jadi.

Assalamualaikum!

 Hari ni 8 Ramadhan bersamaan 28 JULAI. . So, today is my cousin's birthday yang ke-19 ! *JOM NYANYI LAGU BIRTHDAY*


Uhibbukafillah, Azim. Semoga panjang umur :)
Jumpa raya nanti dekat rumah mek. .

your cousin,
Adibah Faizah



Friday, 27 July 2012

Nak balik Kelantan ?

 Assalamualaikum. .

*Nak masuk mood raya jap ea..
Setelah berbincang sekeluarga dengan masing2 pegang kalendar dekat tangan . .nampaknyer raya tahun ni dekat N. Sembilan. sobsosb. Baru 6 hari puasa dah bincang pasal nak raya mana plak kan. eh, haruslaaa. Suami isteri mesti paham benda ni. yelah, takkan nak raya dekat satu kampung je. Kenalah adil dan saksama. Eh, ni bukan antara guwe sama suami guwe yang mikirin nak kena raya mana. Ini antara mak bapak guwe dong. 

Sebab dah lama sangat tak raya dekat NS. so , tahun ni kenalah raya dekat sini. 
Bagus jugak. Boleh pergi rumah Nek Yem, and then serbu semua makanan jawa. Serbu rumah Cik Mas , cari rendang yang kaw2 punyer pedas.Ini  adalah kerana selalunyer dekat Klntan, tak jumpa semua benda ni. . T_T. 

Since nenek n atuk dekat NS ni dah lama meninggal maka jarang raya dekat sini. .Dan aku  hanya ada seorang nenek dkt pantai timurr. .nun jauh di sana.

Here she is. . . 


This is my grandma who i call "mek"...Dalam bahasa Kelantan, tak silap "mek" tu mak, tapi takpelah. dah terbese. . panggil ajelahhh.I adore her very much. Mek isteri yang solehah, cantik dan bergaya. *lebih kurang macam doodle tu.hewhew.  Dulu, dia sorang usahawanita yang berjaya. Dekat Pasir Puteh, semua orang kenal dia. eh, yeke? sesuka hati je :P

Now, she in Mecca to perform UMRAH.Setiap tahun, mek akan pose dekat sana.Aishh, bila pulak aku nak jejak kaki dekat sana T_T.  Mek balik Malaysia raya ke -5 nanti. So, my family akn balik sana pda hari raya yang ke-3. ah lambatnyer ! 

Bukan senang dapat balik Kelantan, setahun hanya sekali.Hmmm, just like aidilftri. Thats why i'm so excited :)

Semoga Mek balik Malaysia dengan selamat :)

*OK SILA BALIK KE MOOD RAMADHAN. LAMBEK LAGI HAA NAK RAYOOO. .

Friday, 20 July 2012

PUASA RAMADHAN -rukun islam ke-3

Assalamualaikum. .ya habibi , ya maulana.

Nampaknya seperti esok kita semua akan mula  berpuasa . .Tapi yang herannya kenapa malam semalam aku tak dengar pengumuman puasa ekk? ataupun aku yang tak perasan ? ataupun malam ni? eh. takpelah abaikan.Yang penting malam ni kita semua akan mula berterawih . Rindu sangat dengan terawih. .


Bila sebut Ramadhan , kita akan ingat kurma yusuf taiyoob, moreh, sahur, air sirap ,bazar ramadhan,  murtabak, ayam golek dan. . eh apsal sume makanan pulak  ni?
Ok. taklah. Sebenarnya bila sebut Ramadhan semua orang akan  mula rasa untuk  berebut pahala dalam bulan yang barakah ni. Maka, bersama-sama lah kita meningkatkan ibadah dalam   meraih pahala di bulan Ramadhan ni. 

Syukur Alhamdulillah, jika panjang umur.InsyaAllah,  Esok kita akan dipertemukan sekali lagi dengan buah hati kita iaitu Ramadhan Kareem. Tralalala, excited ! Setelah 6 tahun, kini aku buat come back ...hari first puasa dekat rumah. Maka, esok pagi bersahur bersama-sama keluarga tercinta :). Al-maklumlah budak skolah asrama. 

Eh, nak puasa tu jangan lupa niat.nah, setepek. !


Selamat Berpuasa ! Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu kebaikan :)
INGAT ! Tingkatkan IBADAH, kurangkan aktiviti TAK BERFAEDAH.-pesanan penaja_


notakaki : First time try doodle guna paint sai tool . jangan kutuk. dosa taw. haha

Saturday, 7 July 2012

Parents bagi "Boyfrengg" baru :)

Bismillahirrahmanirrrahim . .
Assalamualaikum ..tak jawab dosa, jawab sayang *teringat tem kecik2 kena ngorat *. uhukk, hot kan I. haha

ok. dah. plezz switch your mood from menggediksss to gangsta mood.
ehem.ehem. test suara. guwa nak story satu cite ni.cite ni tak penting pun , tanak dengar pun takpe.

Guwa tak taw la nak rasa apa sekarang. guwa rasa macam pelik, sedih pun ada. Lu orang taw tak apa yg parents guwa bagi kat wa.
guwa rasa kalau lu orang dapat, kompem la lu orang hepi gila tak hengat dunia. Mayybee la. kot ank orang kaya. len cete la beb. Lu orang pandang sebelah mata pun tak mau benda alah ni. kot laaa.wa orang bese2 je.mana mampu.

guwa ingat my parents just kidding2 kan.tnjk brochure kete bagai.  Tup tap tup tap satu petang ni. wa pun syok2 sapu laman rumah. *perlu mention untuk tnjuk kerajinan*
wa pelik la mana ibu ngan ayah tak balik-balik. Kereta, motor , basikal , kete sorong sume ada dpn rmh.Diorang kene culik ke hape.Err mane la taw kan. zaman siber ni memacam.

then, tetibe bende yang wa tepek dalam blog kat SINI dulu, parking depan rumah gua. Tapi bukan EXTREME la..yg SE 1.5 tu..extreme nmpk gangsta sikit kan.Tak sesuai untuk wa yang ayu. ceh.muntah sebaldi.


Alih2 . eh ibu ngan ayah keluar dari kereta. vad? vad? vad? "Hey uollss, cilok tang mana plaq kereta ni? " dialog over. Nak kena sepak agaknyer cakap camni.
then ibu said "nah kaklong, kete dah sampai :) "
Errr, is it mine ? i thought dah keje nanti baru dapat sebiji.Ni kes bapak wa tak kasi wa guna kete dye la ni. sayang sangat dekat kete dye tuh. 
 On that time, happy laa. Ceh, cerita bajet dah lama je. padahal baru Rabu lepas.


But now, tak happy dah T_T. why ? Mana tak nyer wa mana reti bawak kereta.Almost one year , wa tak drive after dpt lesen last year. Hbs wa lupe sume. Satu hape wa tak ingat.
Malam semalam plaq, bapak wa ajak drve. Err, wa mana pernah drive memalam. wa dah la rabun+silau. Lagi pulak that new car, kereta auto. acano nak bawak ni ?

Habis wa redah based on pngalaman drve last year. erk, pnglman la sngatt.
bapak wa ajar garang wooo. hati gangsta wa ni pun tacing.*lap air mata dkt kolar*. Sedih la macam ni, owner kete tak reti bawak. Ciss, tak macho langsung.
Dahla wa malas nak cite panjang. ceh. padahal dah berjela dah ni.Korang doa la wa cpt pick up nak bawak kete ni. Senang sikit wa nak pi dating. haha. tettttt. ok tipu.

At least, tem bulan pose ni. hopefully wa lepas nak bawak kereta sampai masjid. Sonang sikit wa nak pi terawih. :)

Lepas ni boleh la kita lepak mapley, sembang kencang pasal kereta. Haram jadah satu hape wa tataw. T_T. sadis.

NI bukan post menunjuk. tapi kalau nak menunjuk ape salhnyer. ko hado ? haha. ok.gurau je.peace :) Sesungguhnyer rezeki tu datang dari ALLAH :) eh.lupa. thanks ibu n ayah :)

k.bai. wassalam.


notakaki : Sape nak cari part-time kerja as GURU MEMANDU contact wa. 
Kriteria :- hensem dan sasa :P. 
-GURAU JE-





Thursday, 28 June 2012

I miss my childhood :)

Assalamualaikum semua . .
Now, its 4 o'clock already. and i'm not sleeping yet. Wehaaa. boleh jadi geng dngn burung hantu . Aku punya biological clock dah tingtong sikit. Orang tidur, aku bangun. Nanti orang bangun, aku pulak yang tido. apa nak jadi lah ni. Tu lah sape suruh bagi cuti lama-lama sangat . Muka aku pun boleh jadi putih duk terperap dalam rumah tanpa sinaran mentari.cewaaah. perasan.

Proceed to our story..*eceh duk speaking london memalam. Semalam aku mimpi kawan-kawan sekolah rendah :). Tetiba je mimpi diorang-diorang. Adakah sebab pembawaan jadi ustazah ekk. Ceh ada ke? haha.BTW, seriously I really miss them a lots. If I can turn back time. I want to be a kids once more.Kids that Just playing without any problem.Kalau ada prob pun. eleh kicik punyaaa masalah.kan ? kan? 

Watak utama dalam mimpi semalam si Azfarudin. titew main hujan dengan die..*mimpi menggedik. Orang cakap kalau kita mimpi someone. Orang tu rindu dekat kita. Dia rindu aku ke? haha.. prasan.Lepas tu ada Aizam, Firdaus, Farid, Nuar, Afiq ..eh apsal semua laki plaq ni. Ambui miang tu sampai terbawak2 dalam mimpi :P. Dah lama sangat tak jumpa diorang.Ada yang after UPSR, terus tak jumpa2.sedih.

The best moment ever is during childhood . Seriously :)

Gila kemetot time tadika.Ceh. Bajet sekarang tak kemetot je kan.Tengoklah muka aku. Horror giler. Kecik-kecik dah pandai pakai lipstik merah menyala. Aww. seksi gitu. Cikgu lah ni..Nyampes aku, kecik-kecik suruh pakai make-up .Nak buat persembahan la bagai.. Rosak muka I u knowww..

 

Dulunya aku seorang sasterawan sekolah..berpuisi tak kira masa.Suaraku lantang ibarat Usman Awang menggegarkan awan komulonimbus atas bumbung sekolah yang tak berapa nak tinggi. Malangnya, sekarah dah retired. =='. Usman Awang kata jangan kacau periuk nasi dia. so, aku takleh nak cakap apa.Niatku terpaksa dikuburkan.



lalu aku menyertai Geng Bas Sekolah.3 Boboy 3 Gugirl. Kitorang duk pakat masuk SHOWDOWN 2005.Menari terkinja sana sini. tapi tak menang-menang jugak.


Last-last ibu suruh jaga adik aku yang sorang ni. Seee..kami adik -beradik berkakilebarberdadaseksi  berkaliber & berdedikasi.I ,  the one who wearing maroon vest is a penolong pengawas yang tak berapa nak menolong. My sister is  my orang bawahan. HAHA.gelak evil.

Dah la. sampai di sini saje. Sorila sape yang terbaca post tah pape ni.Aku tengah meroyan tak boleh tidur.Tadi pukul 4. Sekarang pukul 5. Lama ya amat aku taip entri ni. Nak patah dah jari aku.Menatang berukband ni la..sejak -2menjak ni lembab bebenor.Ape kehe nyer tah.=="

p/s : teringat arwah Taufiq, one of my classmate during primary school. *al-Fatihah. Taufiq, kitorang sayang kau sangat-sangat :)



Friday, 15 June 2012

Spontaneous Thursday #1

**Spontaneous Thursday is a day when a blogger posts random spontaneous things in his or her blog without writing it earlier and also without caring how it affects the community.


Eh, bile hari bapa ? serius tak taw ni.
ayah , terima kasih beli kan akak kicap semlam sebab akak merajuk tak nak makan kalau tade kicap. OK. aku memang mengada.
Photobucket

Sunday, 3 June 2012

Kenduri di kampung.

Bismillahirrahmanirrahim. .
Berakhirlah sudah kenduri dekat kampung tadi. Since semua makanan di order, so takdelah penat mana. Nasi beriani ..wuu. nyam. nyam.Just penat nak menghidang dengan nak membasuh pinggan ajelah kan. Seriously, ni kenduri tahlil paling superb simple pernah kitorang buat dekat kampung kot.Yupp. tahlil untuk arwah nenek dan atuk yang dah lama meninggal dunia. *al-fatihah untuk mereka.

 Since, atuk dan nenek dah meninggal. it seems like macam susah nak semua family kumpul dalam satu masa.Tadi pun family Cik Ita dengan mak ngah tade.Yang lelain sume lengkap.Semua orang ada komitmen masing-masing. Tu yang makanan order tu. Jimat dan senang kerja.

Aku rasa memang dah lama dah pun tak jumpa memasing tadi. Sampaikan memasing dok asyik tershashul je panggil nama. Habis semua orang tertukar jadinyaa. And sebab ramai sangat bebudak kecik, sampai aku blurr kejap . Errr. tak ingat nama diorang kot.Seee..memang lama tak jumpa la tu kan sampai jadi macam tu.



Hai. Saya Ummairah.
The youngest one i guesss. hikhik.Tak ingat umur pulak.

Sepupu-sepapat pulak ramai yang kecik-kecik lagi. aihh, memang riuh la tadi. Ehh, tadi pun aku sempat join the budaks-budaks  jerat ayam belakang rumah. Aihh. dah namenyer kampung, memey feeling2 kampung la kan pergi tangkap ayam.Malangnyer dah tangkap, terlepas pulak..Lantak kome la budak-budak oii.And suddenly..aku dapat nama "kucing" dari si Nazira. Vad? vad ? ade ke dari nama kak long jadi kucing. Aihhh. tang mana kucing pun ceq tataw la aiii..

Alhamdulillah,Kenduri berjalan dengan lancar :D .Then, after dah kemas-kemas bagai. baliklaaa. Ceit. rumah den dengan kampung sekangkang kera je pun.yuppp..Gathering family yang ohsemm even kejap jer. :D
Photobucket