Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

Terowwwbakk HOT AIR BALLOON FIESTA !

Okay, memandangkan cuti mid semester dah nak habis. So, aku rasa aku nak sambung yang kononnya TEASER haritu. 

Nak dijadikan cerita, malam before nak pergi Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta tu kitorang punya motif utama memang nak naik belon panas tak kira apa yang terjadi, cewahhh. Kaunter untuk pagi, buka pukul 7. Apa lagi, esoknya lepas subuh ., start enjin kereta, berdesupppp atas jalan raya. Sampai dekat sana dlam pukul 7.05 pagi tapi keadaan dekat sana dah macam pukul 10 pagi. Maksudnya, ramai sangat oranggggg ! Tiba-tiba, kitorang ternampak satu line beratur yang panjang giler. Punyalah gelabah, tak sempat nak parking kereta, aku suruh Wantin n Soleh pergi beratur.

Sampai je dekat line beratur tu , apa yang kitorang nampak ialah ni. 




yezzzzza, semua tiket untuk Morning Flight sold outtt ! Sodihhhh, den !
And you wanna know, the first person yang dapat tiket tu mula beratur pukul 2 pagi n the last person yang dapat tiket tu beratur pukul 5.50 pagi. Pehhhhh,sudah terang lagi bersuluh next year kalau nak naik kena bermalam kat Putrajaya nampaknya.Ada sorang auntie tu cakap "This is Putrajaya , 180 is not enoughhh !! " *muka bengang* .  saya sokong auntie . 


Tapi takla sedih sangat , sebab rupa-rupanya belon tu naik tinggi berapa meter je. Ingatkan naik , terbang-terbang and then landing kat tempat lain. 


Basket belon tu diikat guna tali. So, tak boleh terbang. Belon just naik dekat udara and then turun balik. RM 20 per person. Berbaloi ke idokkk ?

Sebab plan nak naik hot balloon cancel, so kitorang gantikan duit 2o ringgit tu pergi buat aktiviti lain. 




HOT AIR BALLOON SHOW.


Dekat sini boleh jugak rasa masuk dalam belon panas yang tengah mengembang atas tanah.Paham ke ? Kiranya, macam ni lahhh.




Boleh usha-usha apa ada dalam tu. Tapi sebab kena bayar RM 3, tengok dari luar pun jadilah. 


Hilangkan kempunan tak dapat naik belon panas. Nak amik gambar ni pun kena beratur okehhh. =="

Membuat comeback selepas 4 tahun meninggalkan arena panah-memanah. RM 9 for 12 arrows. Ikutkan hati nak je  main satu game lagi, rasa macam lepas gerammm.

Walaupun tak tengok cerita STAR WARS, layan jelaaaa. Satu watak pun aku tak kenal. Yang penting aku suka mat salleh belakang aku tu, kacak kan jambang beliau. haha




PADDLE  BOAT. Proses memecahkan lemak paha dengan kos paling rendah. 5 Henggetttt je. Lepas ni datang lagi, upgrade nak naik Perahu Dondang Sayang dengan Cruise pulak.


Ni paling best , HELICOPTER JOY RIDE. RM130 p/pax . Siapa mau belanja ? 


" wow,u ollsss jerit macam kena histeria laa " -uncle
Sori uncle, tengok movie roller coaster 6D ni lagi scary dari roller coaster times square.


Makcik-makcik kepoh dah puas berpesta. Jom balik !!

Tapi 
|
|
|




Beriya kononnyer dah petang nak balik. Last-last berkampung dekat putrajaya sampai malam tengok NIGHT GLOW.



EPIC. the last picture taken before the battery run off.Nasib baik sempat empat -empat orang masuk. 


Harap suatu hari nanti ada orang proposed masa tengah terbang dalam hot air balloon dekat Turkey *berangan*. haha



Thursday, 28 November 2013

Cool Escapism : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang


Semoga tahun depan dapat join lagi Family Day dengan geng-geng I - Chem Tech :D.



Monday, 18 November 2013

Perniagaan Jambu USIM.



Assalamualaikum :D

Hampir terlupa yang aku ada blog. lol. Bukan apa, macam tak best bila aku update blog, tapi aku tak p pun blogwalking blog orng lain. Thats the biggest point why i'm not updating this blog frequently. kekeke. Sebab lain adalah kekangan masa. cewahhhh !

So, semalam punya semalam, kitorang ada Sukan Fakulti Sains & Teknologi @ SUFAST. Luqman, Q, madi  n me adalah the Person In Charge untuk gerai jualan . Kitorang jual Roti hotdog, Air Jambu n Buah Jambu Potong. And yes, alhamdulillah ...kesimpulan yang ringkas dan padat ialah JUALAN YANG MEMBERANSANGKAN & MENGUNTUNGKAN untuk tahun ni :D (nak tidur, mlas nak update panjang2 . ZZzzzzzz )


Muka sunburn efek pemanasan global melampau =="


being an athlete is too mainstream, so we choose to be an entrepreneur :D

Tuesday, 29 October 2013

Kegembiraan dalam Kegelapan

Just feel like writing this short post before going to sleep . 

Praktis kawad 

Minggu ni akan menjadi minggu paling sibuk dan minggu paling penat, i guess. Setiap hari, kelas dari pukul 8 pagi smpai 6 petang...then, praktis kawad dari pukul 10 sampai 12 malam. Pheww, dengar je pun dah cukup penat. 
So InsyaAllah, we will reperesent N. Sembilan once again for foot drill competition next month .  wish for be "JOHAN " again :D



Wednesday, 28 August 2013

Wordless Wednesday #17 : Mahasiswa Penggerak Kesukarelawanan Negara


Pulang membawa kejayaan :D  Johan Kawad Kaki...thanks ya ALLAH ! 

Thursday, 14 March 2013

LATIHAN MEDAN


Seperti biasa hujung minggu  akan dipenuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah (cewahhh! ).  
2 minggu lepas pergi Big Bad wolf, dan mingggu lepas pulak menghabiskan 3 hari dua malam pergi LATIHAN MEDAN yang diadakan di HUTAN SIMPAN SUNGAI MENYALA, PORT DICKSON 
( dokek yooo !). Penat sampai hari ni tak hilang lagi. 

So, Let the pictures tell the story :)

HARI 1 | JUMAAT


Setelah sekian lama, tak tidur dalam khemah. 


Night-walk dalam hutan. Dalam kegelapan, dapat tengok kelip-kelip/kunang-kunang/ kuku pontianak,   Walaupun penat jalan dalam hutan terlanggar segala ranting2, tapi penat tu hilang bila dah sampai satu tempat untuk tengok bintang, Subhanaallah. Banyak giler bintang n lawa sangat !

HARI 2 | SABTU

Kembali ke hutan semula , tapi kali ni belajar tentang tumbuhan di hutan yang boleh dimakan dan tumbuhan-tumbuhan herba.  Dalam 10 km (main petik je nombor)  jugaklah kitorang jungle -trekking. And here, the first time ever aku kena gigit pacat.
Pokok Jelutung  berusia 200 tahun di belakang kami !


Ulangkaji simpulan &ikatan , Cara menggunakan kompas & peta, dan Penggunaan stretcher.(main sesedap letak tajuk)

Malam - CULTURAL NIGHT 


HARI 3 | AHAD


Beach is the best place ever. 


Sesi belajar BASIC SWIMMING SKILLS. Ahaaaa, aktiviti yg sngat sesuai untuk aku. HAHA. Kitorang belajar pernafasan dalam air (submerged n blowing bubbles) , floating n etc. 

Overall, LATIHAN MEDAN sangat best ! (even muka telah menjadi 2 tone ) jgn maen2, ingat tudung je ke ada 2 tone, 3 tone .

P/s : hujung minggu ni pun ada aktiviti lain dengan ahli grup DIASPORA (melaka, here I come! )







Saturday, 16 February 2013

Di sini bermulanya seorang SUKARELAWAN. (SISPA USIM)

Assalamualaikum dan Salam 1 SISPA :D

Baru-baru ni Kor SISPA USIM telah mengadakan KURSUS TAMAT LATIHAN ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 05 yang bertempat di JPAM , Negeri Sembilan
Program ni khusus untuk pelajar SEMESTER 1 yang mengambil kokorikulum SISPA dengan kod kursus CVC1011.  Di sini peserta diberikan pendedahan dan penerangan secara teori dan praktikal mengenai asas pertolongan cemas, simpulan tali, menyelamat dan sebagainya. Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu (7-10 Februari)<----basi dah wehh cerita ni. (Skema gila intro =,= )

Maka, mari kita menulusuri foto-foto menarik yang sempat dirakam. 

HARI 1


Tiba di JPAM, Seremban


Taklimat Etika dari Tuan Zamri.


 Ha, ni sesi kena denda kawad + lari 3 pusingan padang kawad. fuhh ! fuhhh !*lap peluh. Nilah akibatnya , Bila Lapar diutamakan, Perut didahulukan. Pehhh, cukup politik ayat aku. Ni kena denda pasal tak ikut salah satu  etika makan dimana all of us kena tunggu semua orang, baru boleh makan. Tapi, kami telah melanggarnya . 

HARI 2

Pagi kedua dimulakan dengan PT pagi yang diketuai oleh Koperal Ziela. 


Tough tak tough SISPA. banyak lagi regangan2 yang lain daripada lain. Tapi tak dapat ditunjuk. Takut korang terkejut. haha. Mau patah pinggang aku buat segala stretching. =,=



Seterusnya, sesi latihan asas kawad kaki selama 2 jam. 


Dan ini pulak, SENAMAN BASAH. lol. Tak ingat kenapa kena pumping basah-basah ni. Habis lencun baju aihhh. 


PETANG . Kami dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, SEREMBAN. Di sini kami digalakkan untuk MENDERMA DARAH  dengan seikhlasnya.cewahhh. .  Dan dengan sedihnya, aku tak layak =,=. tapi  dah lama teringin nak derma darah. 




MALAM. Pembelajaran diteruskan dengan praktikal KEPATAHAN DAN BALUTAN LUKA.

HARI 3
Hari ketiga juga dimulakan dengan PT pagi supaya sentiasa cergas sepanjang hari dan jugak sesi kawad selama dua jam. 

Matahari menyinar sebegitu kuat berbeza dengan hari semalam.



Disini, kami juga diajar pelbagai jenis SIMPULAN DAN IKATAN. Ikatan dan simpulan ni penting terutamanya untuk menyelamat dari tempat tinggi, lemas dan macam-macam lagi. 



PETANG. Sesi MENYELAMAT (kot) *tak ingat tajuk*. Kami diajar pelbagai cara untuk menyelamatkan mangsa . So, kitorang belajar 11 cara untuk menyelamat mangsa wether yang masih sedar /separa sedar/tak sedar langsung. And gambar yang right side tuh, Darling Carry. Sweet gituuu nama. haha


Untuk membuatkan  sesi pembelajaran lagi menarik ...So, lets compete between groups ! Maka, bermulalah sesi angkat -mengangkat, papah-mempapah, heret -mengheret dan sebagainya. First time, aku merasa kena heret . Mengheret pun salah satu cara nk menyelamat. and thanks Mai seret aku. haha


Dan, tahniah kepada grup aku sebab kalah, maka kena denda masuk kolam. Nampak je cetek, ada ikan sembilang wehh. 


Rupanya bukan grup kitorang je kena masuk kolam, Semua orang kena. Bhahaha *gelak kejam . Habis basah padang kawad. . This is what we call, ONE FOR ALL, ALL FOR ONE.


MALAM. Pembelajaran tentang BASIC LIFE SUPPORT. Dimana kitorang mempelajari tentang   CPR dan CHOKING (tercekik). Tapi, aku rasa kalau tak jadi SISPA pun, patut tahu benda-benda ni. Accidents can happen everywhere, anytime. And here we learn a few things   yang boleh kita buat before seseorang tu mendapatkan rawatan sepenuhnya. 

HARI 4

Hari yang terakhir , diteruskan pula dengan pembelajaran  CARA MEMADAM KEBAKARAN. 
Ini kali pertama, aku tengok peralatan memadam kebakaran yang banyak gila. Hos je dah macam-macam jenis. 



Percaya atau tidak, setiap seorang kena angkat hos yang berat gila tuh dan kena gulung balik hos tu.Sumpah berat ! Selama ni usha2 budak kadet Bomba dekat sekolah je, dok angkut2 hos ni. 
 Dan hanya orang yang gagah je boleh angkat hos tu dan berlari dengan pantas (contoh seperti dlm gmbar) . hehe.  Kalau tidak, alamatnya hangus terbakar lah rumah orang, hos nya tak sampai2 lagi. 


 MAJLIS PENUTUP. Maka dengan rasminya, kami telah menjadi anggota JABATAN PERTAHANAN AWAM. :D

Semoga ilmu-ilmu yang dipelajari di sini dapat dipraktikkan di masa hadapan. 

SEKIAN. 
Gambar ihsan dari SINI

Kenapa post aku  macam buat laporan tahunan je ni ? =,= .Tak sabar menunggu aktiviti SISPA yang seterusnya. Ekspedisi Gua Batu Maloi :)

Monday, 14 January 2013

Kem PLKN Karisma.

Assalamualaikum.



Melawat le sister,  wirawati negara. hewhew.

p/s : Tetiba terasa gian nak buat  aktivit lasak pulak sekarang. hewhew. Teringin weh nak try paintball n ATV ride.wishlist tak beragak -,-

Monday, 31 December 2012

Forgive n Forget . Move on ! -2013-

It was the last nineteen us !
seems like it was the first time me n roomates took pic together.lol
padahal satu sem da. see ! kami sngat buzy ye. 

Unofficially menjadi dewasa esok. 20 :) wuuu. (den baru meghaso umo somilanboleh duo mnggu lopeh)
Hanya angka meningkat menjadi dua. so, chill je.*kening-kening* Teruskan move on ! 

2012 -  full of memories. Alhamdulillah for having such a great opportunity. 
and perhaps 2013 will be super super awesome year cause i'm twenty now :D

Azam? Sangat banyak.*ok tipu.
Azam terdekat...nak buat sehabis baik  Final Exam yang tinggal sehari je ni. ! yeah !
Azam jangka masa panjanggg. emmm. let me keep as secret. :D

p/s : i'm a big girl now. muahaha. please jgn tnya  tngkatan brape lg .T_T
p/s : jogging 3 rounds non stop pg tadi. .n end up sakit kaki .sob sob.wishing for mesin ogawa -hadiah new year. haha.Muda kemende ni, lari sikit dah sakit. T_T

May Allah ease everything in this 2013 . Aminnnn.
Kita takkan tahu apa yang akan berlaku dalam 2013 ni. Kita merancang, Tapi Allah yang menentukan.SO GET READY n KEEP POSITIVE !



Sunday, 5 August 2012

Dato Lee Chong Wei is our HERO !


OK. aku tengah dalam mood sedih sebab Dato Lee Chong Wei kalah tadi. 



Omo~~~~ he's crying. Dato LCW please don't cry. You're still our hero !
I'm proud of you :D


Congratulation ! you already give ur best.totally speechless tengok game tadi. 

 LCW is such a great guy while Lin Dan is 'a bit arrogant'. Skills win you medals, 

but attitude win hearts.


LOVE LEE CHONG WEI :D

Tuesday, 3 July 2012

Glory Glory Spain :)

Assalamualaikum..
Tak mau cakap banyak..biar gmbr bercerita.
*drum roll*. 
tahniah kpda penyokong Spain!!!! Viva Espana ..

4-0
notakaki : Tetiba laq sokong Spain, padahal malam tadi sokong Italy. haha