Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Hati perempuan


Ini aku yang sekarang
Kerna dulu pernah terlalu sayang
Kerna dulu pernah terlalu berharap
Kerna dulu pernah terlalu percaya

Even aku dah move on.


Saturday, 26 July 2014

DIKA




Aku yang kononnya sekeras kayu jati
Rebah bagai batang keladi 








Monday, 26 May 2014

Tak Sama

Kasut kau, kasut dia, kasut aku
Jauh berbeza
Saiz kita tak sama

Cuba kau sarung kasut dia
Cuba kau jalan
ketat ? sakit ? sempit ?
Baru kau tahu apa yang dia rasa !







Tuesday, 6 May 2014

Rasa



pada bait-bait lagu 
kau nyanyi untukku
pada bunyi gitar
petikan jari jemarimu

Aku tahu ada sekelumit rasa
yang kau tak tahu aku pun rasa
sebagaimana kau rasa

tapi biarlah rasa itu ditentukan masa




Tuesday, 22 April 2014

Suara



Suara mu, senyuman mu , mungkin tu yang pertama dan terakhir .



Wednesday, 16 April 2014

Janji

Andai tak dapat apa yang ditunggu, 
Aku tahu, Itu biasa berlaku.
Itu janji Melayu.





Friday, 11 April 2014

Anonymous


Ya, kau
Kau yang cuba 
untuk lupakan aku
Aku harap kau kuat. 
Friends, maybe ?





Sunday, 16 March 2014

HARAPAN

Saat hati masih belajar untuk melupakan, 
Hadir seseorang dengan penuh harapan, 

TAPI

Luka dulu sangat pahit nak ditelan, 
Apatah lagi nak dilupus dari ingatan, 

Semoga perasaan itu kau buang
Kerna aku tak mampu memberi jawapan.

Tiba suatu saat yang aku sendiri tak pasti
Hati ini akan ku buka kembali. 

12.58 AM
JATI


Wednesday, 1 January 2014

2 0 1 4



PILIH
PILIH ANTARA DUA
JALAN YANG LURUS . ATAU YANG BERBATU
AKU PASTI
KAU SEMUA PILIH JALAN YANG LURUS
TAPI INGAT
HIDUP
 TAK SEMUDAH YANG KAU SANGKA
TAK SEINDAH YANG KAU DUGA
YANG AKU PASTI
KAU PERLU BERSEDIA

USIA MENINGKAT LAGI, HAPPY NEW YEAR !

Thursday, 12 December 2013

WANITA TANPA HATI


Buku pertama yang dihasilkan oleh bekas rakan sekolah, NOR AIDA. Alhamdulillah, already got it last night.  :)

 Mencari , dan terus mencari jawapan dan alasan atas apa yang berlaku,
Namun satu pun tak memuaskan hati ini.
Tika itu aku sedar jawapan itu ada pada ALLAH. 
Ini takdir, aku harus terima seadanya.



Monday, 16 September 2013

SILAP


Melangkah dan terus melangkah
meninggalkan kisah-kisah lama
Sehingga kadangkala aku yakin
kesilapan dulu tak lagi mengejar aku

Tapi aku silap

Kejadian kelmarin mengingatkan aku kembali
pada fasa yang dulu sudah lama aku tinggalkan

Entah mengapa

Ada manusia yang masih memandang masa silamku
Sedangkan aku bukan seperti aku yang dahulu

Andainya mereka tahu...

yang aku sudah bergerak keluar dari kepompong lalu

Ya Allah tetapkanlah hati hambamu ini ;(




Monday, 13 May 2013

Bila realiti terbawa-bawa ke mimpi ~~

Mampukah aku meletakkan noktah dalam kisah kita ? 
Saling menunggu tapi masing-masing tak punya jawapan

Ingin aku pejamkan mata
Lupakan segala kerisauan

Tapi apakan daya
Bayang-bayang mu
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

*Tarik selimut*  


Wednesday, 23 January 2013

Enough


I just wanna be some where i dont know anyone
Some where peace. I'm sick of all this things !

Run.
aku dah penat berlari.
aku penat membutakan mata.
aku berlari seolah-olah tiada apa-apa halangan.
tapi akhirnya, aku juga yg tersungkur.
kenapa?

perit, sedih itu.
aku tak termampu.
tipu kalau mulut berbicara hati ini kebal
tipu kalau mata ini tak menitiskan air mata.
aku kelu.

Hati.
Buat apa lagi membuang masa.
berdiam saja
mebiarkan hati sendiri terluka untuk manusia lain.
bodoh.
kenapa tak meperdulikan hati sendiri ?


Maaf.
Perkataan yang mudah.
semudah tu jugak, kau ucapkan.
tapi maaf tu tak membawa makna
kerna hati ini dah terbiasa.
kebal dengan kata2 maaf itu.

Percaya.
apa itu? entah.aku tak pasti.
sudah hilang mungkin.


SAYANG
hanya itu yang tinggal.
Sayang itu yang membutakan hati ini.
TERUS BERTAHAN, mungkin.

Enufff, aku penat.




Wednesday, 2 January 2013

From someone book.

Kalau aku tahu, laut itu dalam.
Takkan aku berenang,
Dan kalau aku tahu cinta itu menyakitkan, takkan aku bercinta 
.sakit kuasa satu.T_T

Please focussssss ,dear mind. 

Monday, 25 June 2012

Ku fikir-fikir sampai tak terfikir.


Entah kenapa aku masih memikirkan perkara ni
dan entah kenapa aku masih tak ketemui jawapannya.

Entah kenapa aku masih meragui dan terus meragui
Entah kenapa aku masih sukar untuk mencari kekuatan
Kekuatan untuk  melepaskan ia pergi
Padahal aku tahu ia bukan hakku

Kenapa aku takut?
Kenapa aku rasa tak sanggup ?
Walhal Allah dah janji 
Allah pasti akan mengembalikannya seandainya dia untuk ku miliki atau Allah akan 
menggantikannya dengan yang lebih baik. 
Adakah aku meragui janji-janji Allah ?

Ya Allah janganlah kau hina kelemahanku ini
Tapi bantulah aku untuk terus mencari keredhaan-Mu

Jauh di sudut hati ini
Aku berdoa agar Allah menyimpan dia untukku.
Kerana aku tidak pernah tahu rencana Tuhan.

Di saat kita berkata "nak ", Allah kata "tunggu"
Di saat "air mata jatuh", Allah kata "senyumlah"
Di saat kita terasa "hilang semangat ", Allah kata "teruskan langkahmu"
Kita merancang , DIA juga merancang tapi hanyalah DIA sebaik-baik perancang :)

Cukuplah aku mencintainya dengan kesederhanaan.

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. 
(HR. Al-Hakim)


JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA

sincerely,
Adibah Faizah