Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Pengorbanan seorang ibu

Assalamualaikum . 

Bercakap pasal pengorbanan, banyak jenis pengorbanan yang kita boleh buat. Pengorbanan jugak satu lumrah kehidupan seorang insan yang begelar manusia.

Alkisahnya, hari ni aku mendengar luahan hati seorang ibu yang merindui anak-anaknya.

Waktu tu aku dan Kak Ani sibuk bekerja menyusun dan meletakkan harga stok-stok barang yang baru sampai .Maka, bermulalah perbualan anatara kami . (macam karangan dialog sangatttttt)

Kak Ani  : Ngantuk bangat, Enggak bisa tidor semalam
Aku       : ngapain ?   Kenapa kak ?
Kak Ani  : Enggak taw dehh,  tiba-tiba teringat sama anak-anak. Aku mimpi                    mereka, langsung enggak boleh tidur..
                Duduk aja atas katil, nangisssss
                Bila teringat sama suami , lagi sedih aku... (sambil mata                              bergenang-genang)
Aku        : Kak.....(boss lalu, perbualan terhenti)

Sampai situ jelah boraknye pun. haha.

Aku kesian jugak kat dia sebenarnya. Kontrak dia dua tahun kerja kat kedai tu kot. Sepanjang waktu tu, tak boleh pun balik Indon. She have 3 childrens and  a 10 month baby lagi pulak tu, . Huaaaa, sedihhhhh. Ok aku pulak yang over. Lagi-lagi dah nak dekat nak raya ni. Katanya, dia dah kirim duit untuk anak -anak buat raya. 
Itu ajelah yang dia boleh bagi. Tapi apalah ertinya kalau raya ibu bapa tiada di sisi. 

Aku pernah rasa perasaan tu time darjah 5 ke empat entah. Ibu , ayah janji nak balik kampung raya pertama. Last-last tunggu punya tunggu raya ke 3 baru sampai dekat kampung. Sedihhh okehhhh. 

Tapi aku tahu perasaan ini taklah sama dengan mereka yang sudah kehilangan ibu bapa buat selamanya. 

Ya Allah,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku.AMIN.





#PRAY FOR GAZA 









Sunday, 29 June 2014

Pemergian yang terasa

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, aku bersyukur  kerana masih diberi kesempatan  untuk berada di dalam bulan yang mulia ini . Hari ini merupakan hari pertama di bulan ramadhan bagi umat islam dan hari ni juga genap 11 hari pemergian sahabatku, Aisyah Mohd Noor.

Walaupun dia bukan sahabat karibku atau teman rapat, tapi entah kenapa permergian beliau sangat terkesan dalam hati ni.
Sampai ke hari ni, masih aku terbayang saat melihat wajah arwah buat kali terakhir. 

Pagi rabu tu, baru je kami satu kuliah selesai menjawab Final Exam Statistik .Dan malamnya, dia sudah pergi meninnggalkan kami buat selamanya.Sungguh ,pada mulanya aku susah nak menerima berita ni. Tapi aku tahu mati itu tak mengenal usia, ajal jodoh pertemuan semua rahsiaNya.

Allah tinggalkan peringatan yang paling dekat sekali iaitu mati. Di saat kami, masih berbaki 3 lagi paper, Allah uji hati kami sejauh mana kekuatan hati untuk menerima dan redha menempuh ujian-Nya. Sebelum masuk dewan exam, aku masih lagi teringat arwah. Even sampai ke hari ni sebenarnya.

Allah, sungguh Engkau Maha Berkuasa.Aku tahu di sebalik semua ini, pasti ada hikmahnya


Mati tak bisa utk kau hindari..
Tak mungkin bisa engkau lari..
Ajal mu pasti menghampiri..

Mati tinggal menunggu saat nanti..
Ke mana kita bisa lari..
Kita pastikan mengalami..
MATI..
Tak mungkin bisa engkau lari..Ajal mu pasti menghampiri..
Mati tinggal menunggu saat nanti..Ke mana kita bisa lari..Kita pastikan mengalami..MATI..

Allah lebih menyayangimu, Aisyah ...damailah dikau di sana.AL-FATIHAH.

SALAM RAMADHAN JUGA BUAT SEMUA :)




Thursday, 13 February 2014

USIM terus ke hadapan. Ehhh !


Semalam bagi aku adalah hari yang biasa seperti hari-hari biasa. Apa yang aku risaukan  adalah pasal result final yang tak dapat-dapat lagi. Tapi takpe , jangan risau sangat. Penanda bila nak tahu result dah keluar, bila mana satus dekat facebook majoritinyer berbunyi begini "Alhamdulillah, bla bla bla " Yeah, time tu barulah boleh kita yakin yang result dah keluar. 

Tapi hari ni, aku bukak facebook masih lagi tak kelihatan status-status sebegitu. Maka,nebes aku berkurangan ke tahap lebih rendah. Tapi aku hairan, kenapa mereka  sibuk-sibuk buka portal estudent hari ni. Oh yer, aku lupa. Akibat terlampau nerbes pasal result, tak ingat langsung dah boleh daftar untuk SEM 4. 

Maka, bersesak-sesaklah pelajar termasuk aku cuba untuk menerobos portal e-student. Setelah berhempas pulas dari pagi sampai tengahari asyik duk tekan buttton reload sampai  touchpad aku rosak (stress), nahhh akhirnya dapat jugak daftar. Semangat membara-bara ni ! 




But then, after zuhur

Dah mula terlihat status2 yang aku cakapkan tadi ...eh, eh apehal ni ? terus level nervous aku melonjak naik dengan jayanya. Aku takut  macam mana kalau tibe-tibe aku rasa down lepas tengok result nanti .Tapi, disebabkan sifat curious aku yang sememangnya tinggi. So, apa tunggu lagi terus rasa nak check. Amboihh, gelojohh ! Tapi kegelojohan aku ni tidaklah sama sekali berbaloi. Tekan lah enampulohlapankalilapan pun tak boleh jugak masuk e-student. Maka, aku mengangkat bendera putih tanda surrender. 

Ehem, bukankah sabar itu separuh daripada iman ? "angguk2"

Maka, aku buat rileks layan movie sedas duaaa. 

Bila hati dah tenang , berusaha check lagi.  Yess dah boleh bukak! SO,  what else i can say. Alhamdulillah, meningkat lagi :) I'm so grateful !!



p/s : Sesi throwback tu kita lupakan, sebab kita semua perlu sentiasa pandang ke hadapan, kan . *senyum*

Wednesday, 4 September 2013

WW #18 : Harga Minyak Naik , Rakyat Naik Angin

mukasunburntakblehblah

Harus maintainkan senyuman walaupun harga minyak naik . Patutkah potong duit belanja makan atau pergi ke kuliah naik bas ? Dulu aku tak berkenderaan, bolehlah cakap aku tak terjejas. Tapi betul ke aku tak terjejas ? ohh lupe , ibu ayah yang terjejas sebab duit datang dari diorang.Fikir duit minyak, nak hantar anak ke sana, ke sini.  Hmmm, tapi sekarang ? Mungkin, aku dah patut rasa terjejas..pandai2 la ang bahagi2 kan duit PTPTN tu..*stress*


Tuesday, 14 August 2012

Marah Tanda sayang, Benci tanda rindu :)


Assalamualaikum :D

Entah apa angin yang datang tiba-tiba teringat quotes ni "MARAH SEBAB SAYANG, RINDU SEBAB BENCI ". Dah nak raya pun, mood aku ke sana ke mari. Kejap OK, kejap tak.. Nyampah =="

"CEMBURU TANDA SAYANG " takde mengena dekat sini. Harap maaf. Quotes yang tu lain kali cerita. Nanti nak cerita panjang pulak. eh!

dah, dah back to the topic...
Kata-kata ni buat aku terfikir dan tersedar yang kadang-kadang ego aku terlebih tinggi. Tinggi yang tak mengena tempat pulak tu. Bila ada yang marah atau tegur aku, aku cepat terasa hati. Terus menjauhkan diri , membawa hati yang lara...cewahhh ! 
Tapi aku tak sedar yang sebenarnya aku silap ! Kalau touching kejap tu..beselah kan. perempuan T_T 
Sepatutnya, SETIAP TEGURAN MESTI DITERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BERLAPANG DADA :D

Selalunyer, kalau orang marah. .kita mesti berfikiran negatif. *aku je lah kot. ==". Terus melenting buat konklusi. Tapi cuba fikir sejenak, kenapa kita kena marah ? Mungkin salah kita, dan mungkin jugak bukan. Setiap teguran tu, ada sebabnya, ada hikmahnya. Yang penting keep POSITIVE. 


Marah seseorang itu tanda mereka ingin kita berubah supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jangan pulak membenci mereka kerana selagi mana kita benci , selagi tu lah akan bermain2 dalam fikiran, kan. 


Seteruk mana kita kena marah. Always remember that everyone have their own reason on doing so .Kerana "MARAH TANDA SAYANG, BENCI TANDA RINDU "

Someone baru jer tegur aku sikit, and i already give up on that thing. Mana semangatmu, Adibah Faizah ?

hmmmmmm. . .
Kalau sayang tak perlu marah-marah, 
kalau rindu tak perlu  benci-benci. 
LUAHKAN, eh ! HIHIHI,,maaf zahir batin semua :D




Friday, 10 August 2012

Lailatul Qadr : MENCARI BUKAN MENANTI :)

Assalamualaikum semua :D .

Terima kasih Ya ALLAH,  diri ini  masih lagi bernafas untuk menunaikan rukun islam ketiga ni. 

Dan Alhamdulillah , akhirnya sekarang kita dah masuk fasa terakhir bulan ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan . Yakni di mana adanya satu malam yang penuh keberkatan iaitu LAILATUL QADAR.Malam yang dinanti-nantikan umat islam . Tapi LAILATUL QADAR bukan sahaja perlu DINANTI malah DICARI. Kerana apa? Kerana di malam inilah Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. 

Masya-Allah,betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita, kan  :D. 
Dan malam ini hanyalah dikurniakan untuk kita, Umat Nabi Muhammad SAW. Rasanya tidak perlu diceritakan lebih lanjut kelebihan malam ini kerana rata-ratanya sudah tahu.Sama ada nak atau tak nak je. 

Ramadhan kali ni banyak bezanya dari ramadhan-ramadhan yang lepas.
 Dan Ramadhan kali ni mulai terasa diri ni kekurangan satu benda iaitu KESUNGGUHAN. KESUNGGUHAN untuk mencari malam LAILATUL QADR. 


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Bersama-samalah kita memperbanyakkan berdoa meminta pengampunan dari-NYA serta keredhaan dari-NYA. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semoga kita dipertemukan dengan malam LAILATUL QADR. Insya-Allah. 

10 malam terakhir dah menjengah, 10 orang jugakla yang ada dekat masjid tadi. T_T

Ayuh , muhasabah diri ! Sesungguhnya, rugilah orang yang tidak mencari LAILATUL QADR :)

Salam Ramadhan,
Adibah Faizah

Monday, 23 July 2012

Hijrah Hati- Al-Mathurat

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah Ya Allah, for still giving me an opportunity to breath. what a beautiful morning today. Hearing to the chirp of birds,breath the fresh air. 

Suddenly after sahur, I remembered to read Al-mathurat. I feel so sad that I cannot Istiqamah to read it though i started to know it since in high school . how worse i am.During the school before,maybe it felt like a forced.But, there is goodness for us.  i miss school already . I miss to recite it in jamaah.Ramadhan last year was my first Ramadhan as a university students. And know what? There, I started to realise no more people to force you to go perform Tarawih, force you to read mathurat and whatsoever. So, what happen to me.Terawih  lompong-lompong, Al-Ma'thurat pun entah ke mana. Eventhough, there were still friends yang ajak-ajak ke arah kebaikan ni. Tapi kalau iman tak kuat, susah jugak nak dengar orang nasihat ni. Huh, like me ..  Maybe my Iman still not tough that time .



In second semester,I still remember someone said to me "Eh, jarang nampak kau baca quran".Backthen, i realised how far I am from Allah. Perjalanan terlalu baru dan jauh bagiku, sampaikan aku terlalai di tengah jalan. 

This Ramadhan , insyaAllah i determined to istiqamah in reading Mathurat and also to khatam al-quran. Maybe , reciting this Al-Mathurat just only small practices rather than reciting Al-Quran. But InsyaAllah, by recite al-Mathurat ..tmaybe can help us in Akhirat later.Apa guna kalu tahu seuatu,tapi tak amalkan, kan ?

KELEBIHAN AL-MATHURAT

apa kelebihan AL MATHURAT?

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
lebih info baca SINI

p/s : #oh my english. Broken habiss :(  bajet omputih lebih.
p/ss : Selamat Berpuasa dan selamat beramal :)

Sunday, 22 July 2012

Vlogger femes amos .

Assalamualaikumm..

Hanya mahu menge -post 3 video about Ramadhan .

First. Om nom nom nom.( dont sure whats the meaning) . Macam bunyi tengah makan jer. Better tengok lepas berbuka, nanti tergoda dengan Maggi dia. haha. He's back with his new video. Banyak pengajaran bagi yang bercinta mahupun yang berpuasa :)


Second. A person who has a same name with me. Ahaks *Muka Bangga *. Her english is really superb superb  fluent. . Ah, so envy. 


Third. From a friend of mine.Special for Ramadhan :) Mengenang kembali zaman puasa yang yang yok. erk, betul ke aku sebut ni?  hewhew


Daaaaa...enjoy all the videosss on this Superb sunday ! 

notakaki : tengok video yang berapa minit pon jadi lama dek kelembapan berukband yang mengalahkan tapir. huh.

Tuesday, 17 July 2012

Pelangi muncul setelah hujan *DEGREE*

Assalamualaikum...Selamat Pagi ebelibadi  *nah pelempang*  .pelat semacam je..

Ternyata kali ini bukan lagi mimpi, bukan juga angan-angan. Tapi kini ianya terbentang di hadapan mata. Seusai sahaja menunaikan solat. Alhamdulillah dengan hanya sekali klik , aku terus waaa menjerit keriangan  ..* menari gelek-gelek* sambil report dekat ibu dapat bukak web tu.

Tidak sia sia penantian aku dari pukul 12 tengahari semalam. Malangnya USIM sangat lah melatih aku erti kesabaran sampaikan pukul 12 tengah malam baru lah aku boleh bukak web tu. *ulang suara* dari pukul 12 tengah hari sampai 12 tengah malm. 

Satu hari aku menanti dan terus menati. ohh. sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan jiwa dan raga setelah di troll tanggal 13 JULAI hri tu.. Jiwa lara terus diseksa setelah diminta untuk menunggu sehingga 16 JULAI . Malangnya, kami diminta lagi untuk bersabar sehinggakan pukul 4 petang, barulah ada beberapa hamba ALLAH yang bertuah dapat menerobos ke dalam laman web tu. Itupun setelah duapulohempatribulimaratus kali refresh.

credit : TAIKO TTS 9. ahaks. 

Tapi apalah sangat dengan penantian tu, jika dibandingkan dengan rezeki yang ALLAH telah limpahkan kepada kami semua warga EX-TAMHIDI@ASASI USIM ni.Sesungguhnya aku dan rakan-rakan masih diberi peluang berada di TAMAN ILMU USIM ini. Hanya satu kalimah yang mampu dituturkan. ALHAMDULILLAH. :D

maka, tanggal 16 JULAI. dengan rasminya saya telah menerima lamaran sebagai pelajar  mahasisiwi IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI ).


Sesungguhnya kata-kata itu DOA.Everytime people ask me what course are you apply for ? And i just simpy said. "INDUSTRIAL CHEMISTRY". sebabnyer malas nak jawab pilihan yang lain. Tup tap tup tap. Betul-betul dapat course ni. 


Siapa tahu, subjek kimia yang dulunya waktu sekolah aku akan menangis setiap kali buat latihan akhirnya kini menjadi pendampingku.BUT PERHAPS YOU HATE A THING AND IT IS GOOD FOR YOU, AND PERHAPS YOU LOVE A THING,  AND IT IS BAD FOR YOU, AND ALLAH KNOWS, WHILE YOU KNOW NOT.

Although they plan, Allah also plans, And Allah is the best of planners
Surah al-Anfal  : 30 


notakaki :ohh. berjela aku tulis padahal nak ngtaw course apa je. =="



Wednesday, 11 July 2012

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum. nah setepek . 





Hewhew. teraso eden. =="

Friday, 6 July 2012

Tazkirah Jumaat #2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Salam Jumaat u'ollsss. Muah pipi kanan, muah pipi kiri. haha

sumber : muka buku.

#Renungan untuk diri sendiri. yeah, let's do it together kawan2. Mujahadah itu pahit, kerana syurga tu manis :)
Takleh nak tulis panjang2. have kelas KAFA this evening. hopefully, kelas berjalan lancar petang ni. Aku sangat la  tak bertauliah nak ajr bebudak. sobsob.

Checklist for this evening :
Recite yassin .
Arabic exercise.
tasmi' bacaan solat.

undur diri dulu..nah pantun 4 kerat.

Kalau ada sumur di ladang

Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

tetttttt. salah bagi pantun. Harap maaf.
wassalam.

Friday, 29 June 2012

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..
Ahlan wasahlan ...:)
Hari ni hari Jumaat, yakni penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan lagi-lagi di bulan Sya'ban .

Hari ni jugak aku habis baca novel Tautan Hati by Fatimah Syarha yang aku tulis dekat SINI. Apa? Lupe? Nampak sangat korang tak baca.==" . Buku yang sarat dengan pelbagai pengisian rohani. Ternyata kehidupan aku jauh jauh jauh*sebut 3 kali untuk tunjuk penekanan* berbeza daripada kehidupan dalam buku tu.Kehidupan mereka sarat dengan tarbiah islam.Ada orang kata Books are for people who wish they were somewhere else.  And yes ! Sedikit sebanyak memberi impak dalam diri ini. Terasa macam aku salah seorang dari watak dalam cerita tu.


CANTIK DI MATA ALLAH SWT

Sudah norma manusia lebih menyukai perkara yang melebihkan kecantikan.Namun begitu,  hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri.Thats why cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.Ini kerana paras rupa akan hilang dek dimamah usia.

Dari Abu Hurairah r.a katanya.Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras kamu juga tidak memandang kepada harta benda kamu, akan tetapi Allah SWT menilai seseorang melalui isi hati dan amaln-amalannya"
(Hadis sahih Riwayat Muslim )

Hidup muslimah yang cantik dalamannya sentiasa berpaksikan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah sepanjang hayatnya. Rajinlah melakukan ibadah sunat untuk memperoleh pahala selain daripada menunaikan perkara kewajipan.

 Berkat menyertai Halaqah hari tu banyak benda yang aku lebih sedar.Salah-satunya, borang checklist amalan @ Borang Mutaba'ah ni. First time dihulurkan borang ni, aku sangat sentap.Terngiang-ngiang lagi suara akak tu cakap "Kita buat amalan sunnah ni untuk top-up balik dosa-dosa kita. Kalau dicampur dosa kecil dan dosa besar kita tak tahu banyak mana dosa yang dah kita lakukan. At least dengan melakukan amalan sunnah ni, kita tambah lagi pahala kita sebab kadang2 tanpa kita sedari, kita jugak ada buat dosa." ya, terasa di situ. dan sekarang aku mula beristiqamah.

Sudahkah anda ?

Selamat Beramal. Wallahualam.


Jangan dilihat pada orang yang menyampaikan pesan,
 tapi lihatlah pada pesanannya,
-ADIBAHFAIZAH- 




Monday, 25 June 2012

Ku fikir-fikir sampai tak terfikir.


Entah kenapa aku masih memikirkan perkara ni
dan entah kenapa aku masih tak ketemui jawapannya.

Entah kenapa aku masih meragui dan terus meragui
Entah kenapa aku masih sukar untuk mencari kekuatan
Kekuatan untuk  melepaskan ia pergi
Padahal aku tahu ia bukan hakku

Kenapa aku takut?
Kenapa aku rasa tak sanggup ?
Walhal Allah dah janji 
Allah pasti akan mengembalikannya seandainya dia untuk ku miliki atau Allah akan 
menggantikannya dengan yang lebih baik. 
Adakah aku meragui janji-janji Allah ?

Ya Allah janganlah kau hina kelemahanku ini
Tapi bantulah aku untuk terus mencari keredhaan-Mu

Jauh di sudut hati ini
Aku berdoa agar Allah menyimpan dia untukku.
Kerana aku tidak pernah tahu rencana Tuhan.

Di saat kita berkata "nak ", Allah kata "tunggu"
Di saat "air mata jatuh", Allah kata "senyumlah"
Di saat kita terasa "hilang semangat ", Allah kata "teruskan langkahmu"
Kita merancang , DIA juga merancang tapi hanyalah DIA sebaik-baik perancang :)

Cukuplah aku mencintainya dengan kesederhanaan.

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. 
(HR. Al-Hakim)


JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA

sincerely,
Adibah Faizah


Monday, 18 June 2012

Kesabaran melawan taufan di hati

Manusia itu punya hati dan akal yang memberi ruang untuk berfikir. Setiap manusia juga punya  iman yang terpahat di dada. Namun sesekali nilai iman ditewaskan oleh hasutan syaitan.

Bukan hati ni tidak mengerti, bukan hati tidak pernah memahami. tapi setiap sesuatu ada penyelesaiannya.Tahulah engkau bahawa DIA sentiasa ada di sisi hamba-hambanya.

Rasulullah s.a.w bersabda : Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. [HR. Bukhari dan Muslim]

Tahulah engkau bahawa marah itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kecuali hanya mendatangkan keburukan dalam jiwa seseorang.Ini kerana Allah menciptakan amarah untuk sesuatu hikmah yang besar.Teguhkan iman. Nescaya kewarasan akal dan iman akan bergerak seiring lantas kita akan berlapang dada dalam segala apa yang terjadi.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah, ayat 45]
SABAR. ungkapan yang mudah disebut namun sukar dilaksanakan.
 SABAR. amat pahit untuk dirasai tapi hasilnya manis sekali.
 SABAR.itulah yang harus disemat dalam hati kerana di situlah utuhnya hati seorang Muslim.


Sesungguhnya kehidupan ini manis untuk dinikmati jika kita tahu di mana terletaknya kemanisan itu. :)

                                                                               
  adibahfaizah.5 p.m. ruang tamu.


notakaki :HIHI. tengah bersabar nak buka puasa je pun.




Wednesday, 13 June 2012

Aurat Kita, Maruah Kita.


Assalamualaikum..

Terbaca artikel bawah ni dekat FB. oouuuchhh !! terasa tepat terkena dekat batang hidung ni.
Korang bacalah.. Insyaallah. moga terbuka hati. :D


Gadis A : Eh, mahalnya stokin yg kau beli. Sepasang dekat RM5. Itu baru stokin. Hand sock tu lagi mahal. Tak campur dengan yg lain lagi.Tengok baju aku. Sehelai baru berapa ringgit je.


Gadis B : Kau beli baju apa?



Gadis A : Baju t-shirt lengan pendek, ni baru berapa ringgit je. Dah boleh pakai pegi mana-mana. Selesa, takde serabut sangat, tak panas.
Kau pulak nak kena beli itu la, ini la.



Gadis B : Owhhh, pakaian yang buka aurat, memanglah MURAH. Murah jugak harga diri kita bila kita memakainya. Pakaian yang tutup aurat MAHAL,tapi takpe, Semahal aurat yang dijaga .


Masih dalam usaha beristiqamah memakai stoking.Moga dipermudahkan niat ni :D. Bila Allah dah tunjukkan ke jalannya yang benar jangan bertangguh ! so i grab it. moga- moga hati ni akan terus ikhlas.

Berusaha untuk mencipta ikhlas agar amalan ini akn berterusan. InsyaAllah :D

Friday, 8 June 2012

Mencari ilmu sebagai perisai diri.

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Tuan blog akan OFF selama 2 hari. esok (sabtu ) dan Ahad.Tuan blog ke mana ?
Ni den nak koba  la ni..
Harap maklum ,tuan blog nak pergi bertapa dekat Shah Alam . Rasanyer kadang-kadang cuti pun perlu pengisian ilmu.tak gitu ?

Kadang-kadang terasa aku ni lebih banyak menyesal. lepas menyesal, buat balik.Entah kenapa susah sangat nak beristiqamah dalam sesuatu perkara.

Wahai encik hati, kenapa kau senang sangat tewas dengan segala permainan duniawi ?

Terasa kerdil pabila mengenang kembali dosa-dosa lama. Ya Allah kuatkan hati ku. jauhkanlah hati ni dari kelalaian.

Aku selalu menyesali dosa-dosa ku. tapi kenapa? kenapa aku sentiasa mengulanginya kembali. Apa gunanya penyesalan, jika aku kembali mengulangnya.

entah. terlalu rumit untuk merungkaikan apa yang aku rasakan saat ini.

Ya Allah,
Enlighten what is dark in me,
Strengthen what is weak in me.

CINTA KU HANYA UNTUK ALLAH.

AKU HANYALAH HAMBA MU YANG HINA DI MUKA BUMIMU INI.
DAN AKU HANYA HARAPKAN KEAMPUNANMU..

Semoga majlis ilmu yang akan ku hadiri pada esok dan hari seterusnya dapat memberi input kepada diri ini.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya "(Hadis riwayat Al-khatib)

Photobucket