Showing posts with label ustazah. Show all posts
Showing posts with label ustazah. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Wordless wednesday #16


I'm glad my ex-students still remember me :D.When they saw me , they started to bisik2 sesame diorang "eh, ustzhla, eh , ustazahla"  and i just can only smile cause i didn't remember their names. lol.
this is what we call  "simptom mak nenek " di usia muda :( 

Thursday, 2 August 2012

Photoshoot dengan MURID-MURID :)


Assalamualaikum :D

Alhamdulillah hari ni dah masuk 12 Ramadhan berpuasa. Kejap je rasa. Rezeki bulan Ramadhan ni pun boleh laa. Dah banyak duit gaji den. HIHI. Again , hari ni ada  kelas KAFA untuk tahun 4 . Kelas hari ni sepatutnya mula pukul 1.30 petang. Tapi maaf murid2, ustazah tak tahu.Ustazah Sue lambat bagi taw yang hari Rabu kelas start awal.  Takpe , aku bagi diorang peluang main stngah jam before masuk kelas. Oh, baik nya ustazah macam aku ni. T_T.

Ustazah Sue pesan, hari ni diorang belajar TILAWAH AL-QURAN dengan buat latihan jawi. Tapi disebabkan aku lambat setengah jam. .proceed terus buat latihan jawi . Tapi baru 4 muka surat aku suruh buat, dah mengeluh penat puasa lah bagai budak2 ni. Takpe2, kita main kuiz tajwid n bhasa arab pulak. hari ni GIRLS POWER VS MANS POWER.  eh, baru 20 soalan , diorang dah hilang fokus.  T_T. Maka, kuiz akhirnya dimenangi oleh budak lelaki. 

OK. aku dah penat. 3 jam kelas sangat panjang. Kalau aku ada kuliah 3 hours pun pengsan dah. So, REHAT setengah jam......after rehat, jom lah buat latihan susun ayat pulak. eh tapi  kejap je dah siap diorang ni. aduihhh. Aku rasa jadi cikgu ni kena kreatif. Dalam satu-satu kelas tu kena ada macam2 PLAN sebab budak2 ni cepat sangat hilang fokus T_T. 

So, 15 minit terkahir. Jom kita bersuka-ria di luar. Since aku tataw bila lagi dapat jumpa diorang sebab dah nak masuk degree.


Anak murid dengan ustazah berebut nak masuk muka dlam camera. LOL

Fine. excted nk amik gmbr, muka aku dikaki-kaki kan. Halim lah ni =="


Hard to handle them (Halim, Daniel n Acap). Nasib baik pandai T_T

Hari ni ustazah ajar teknik pose comel.hewhew.

Jangan dipersoalkan ketinggian aku ==". haha.Penat dah minum susu. 
Kompius mana satu cikgu, mana satu murid ni. 

Bermain hak kami (iklan MILO).Maen rumput, pun bolehhhh. . .

Yeaaaaa, kitorang sepupu.silap! eh, aku tak termasuk. diorang berdua je .


Even penat, senyuman diorang mampu menghilangkan kepenatan tu :)
OK.BAI. Malas dah tepek gambar lagi. Post ni hanya sebagai kenangan di masa hadapan sahaja.. 

SEKIAN.WASSALAM DARI SAYA. :)


Monday, 30 July 2012

Me as a teacher.


Yeah, today is Monday and mostly everyone hate it. especially during in school time. i always wondering why Monday will come after Sunday.and why friday is so far from Monday. can we just skip to Saturday please.hoho.No Monday, no School , no assembly, no class ! dasar pemaleh punya orang. 

Fuh.fuh. penat .*lap peluh kat dahi. 3 hours class KAFA non stop petang tadi.. .So, hari ni aku buat kelas #OMJ dengan borang #OMR. Ingat Astro je ada Oh My English. ..aku pun ada. 

okeh, #OMJ stand for Oh Micheal Jackson. eh, bukan, bukan ! #Oh My Jawi. dan #OMR stands for Oh My Rasulullah . hewhew.

Entah apa yang membuatkan aku masih bertahan dalam bidang ajar-mengajar ni, even tade minat pun.
Takpelah, timba jelah pengalaman selagi boleh. 



Monday, 9 July 2012

Just monolog

Assalamualaikum. .
Update secara laju-laju. 

11 Days to go for Ramadhan

ok. tu je nak bagi taw.
ceit. orang lain pun boleh countdown sendiri.
Saje mengingatkan :)
The probelem is ......everytime nak update or blogwalking
mesti kena panggil pergi sekolah. 
Nak  jumpa si Aiman dan Irsyad yang bersemangat nak jumpa Rasulullah :)



Friday, 6 July 2012

Tazkirah Jumaat #2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Salam Jumaat u'ollsss. Muah pipi kanan, muah pipi kiri. haha

sumber : muka buku.

#Renungan untuk diri sendiri. yeah, let's do it together kawan2. Mujahadah itu pahit, kerana syurga tu manis :)
Takleh nak tulis panjang2. have kelas KAFA this evening. hopefully, kelas berjalan lancar petang ni. Aku sangat la  tak bertauliah nak ajr bebudak. sobsob.

Checklist for this evening :
Recite yassin .
Arabic exercise.
tasmi' bacaan solat.

undur diri dulu..nah pantun 4 kerat.

Kalau ada sumur di ladang

Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

tetttttt. salah bagi pantun. Harap maaf.
wassalam.

Thursday, 21 June 2012

Salam Sya'aban !

Assalamualaikum..

Rejab sudah berlalu pergi. Kini Syaaban pula menjelma. Lambaian Ramadhan dah semakin jelas. Aku berharap Allah memanjangkan umur kita semua untuk berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi :)

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.


Selamat menyambut Syaaban semua dengan memperbanyakkan puasa sunat .Di bulan ini, berusahalah memperbaiki  diri dari segala macam cela.Semoga kita semua mendapat keberkatannya :)


Selama aku jadi cikgu ganti kafa ni, aku dapat rasa betapa mulianya seorang guru. cewahhh..Bukannyer mudah nak menjadi seorang guru. Memerlukan kesabaran setiap masa.Haih. nak melayan karenah budak-budak yang macam-macam.Dah la tade pengalaman  sangat layan budak2. . adik ada sorang je. T_T.

Mesti dulu-dulu pun ustaz ustazah payah nak ajar aku.Dah la asyik selalu ponteng kelas je. tu yang lembab benar khatam al-quran.hari tu ajar budak darjah satu..terharunyer tengok diorang dah pandai baca al-quran even tersangkut-sangkut pun. kalau aku dulu..baru nak terkedek-kedek baca iqra '..Serious perlukan KESABARAN yang tinggi, nak tunggu sorang-sorang habis baca..lamo ea.Lepas tu aku tegur kalau jumpa tanda ni "~" kena baca panjang 6 harkat sambil keluarkan 6 jari.Lepas tu, sampai je tanda ni..memasing dok keluar 6 jari. Aih..comel.

Alhamdulillah, dah ada yang ingat berapa rakaat solat-solat fardhu bila aku tanya. ada jugak yang lupa2..T_T.Naseb baek comel.

Esok ada lagi kelas kafa. tapi darjah 4. err. nak ajar apa ni ?


Buat muka redha .baru nak feeling2 amek gambar sendiri time rehat. ada pulak yang buat tanduk. =="

notakaki : adibahfaizah, teruskan keikhlasan tuu..jangan pemaleh !! hihi. semangat bulan sya'ban.
Tadi terbaca cerpen ni kat blog Dayah.Aku terima Lamaran Si Pemberi Tudung Labuh.Terbaca plak. Bukan senang aku nak baca cerpen panjang2 ni. Cerpen yang menghiasi pagi Sya'ban aku.

Salam 1 syaaban :D