Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Kopi Paling Pahit ?

Nampaknya rutin seharian aku iaitu "START YOUR DAY WITH COFFEE" dah bermula balik. Mana taknya, kat tempat kerja  asyik mengantuk je bila takde customer. 

Maka, apa lagi time sahur aku balun la secawan nescafe 3 in 1 ke, yang buat sendiri ke, kopi tongkat ali ke .ok tipu. ..tak kisahla pape ..yang penting mengandungi caffein yang secukupnya untuk buat aku segar. 
Tapi i end up kehausan sebab puasa.duhhhh!

Dan sepahit-pahit kopi, ada satu jenis kopi  yang pahit teramat sampai menusuk ke jiwa dan raga. Nak tahu apa dia ?







Okay dah kenapa bunyi macam heart broken sangat pulak ni kan .T_T 

Maka, berhati-hatilah memilih kopi anda . 



#PRAY FOR GAZA 






Sunday, 4 August 2013

Sembang Persiapan Raya

Assalamualaikum people :D Bonjour ! 

Salam 26 Ramadhan :D Macam tak percaya je tinggal lagi 3 hari nak raya, kan. Emmm emmmm sempat lagi tak kalau iolls  nk wish Happy Ramadhan Al-Mubarak. hehe. 

And Alhamdulillah , let us be grateful for this Ramadhan once again. Hope this Ramadhan will be better than before :D 

Sebenarnya aku tengah rasa frust. sebab apa ? sebab dah jarang update blog macm dulu. hmmm ..ini sume gara2 ketidakstabilan emosi yang melanda. cewahhhh ! i can't story much bout what happened, what i've been through cause sat g ada yang teremosi lebih kang. ok enough.  

So, syawal hampir menjelang tiba.n of course i've been prepared for raya. weee, sape yang tak excited nak raya kan. But still, Ramadhan adalah bulan yang terbaik , tak gituu :D

Okay, as usual the most excited part untuk persiapan raya semestinyalah baju raya kan. tapi, its NO for me this year. haha. aku pun tak tahu kenapa. Biasanya before Ramadhan dah sibuk p tempah baju bagai , tapi raya kali ni jumaat haritu baru beli .tulahh, memaseng buzy smpai tk smpt nk tmph bju raya. 

Ohooo,yg pnting fed up okeh cari bju kurung siap ni. ==" . Plus nak cari size yg sesuai susah sangat. Bukan nak ckp aku kurus ke apa. but its the fact. hahaha  *sape yang kenal aku, sila muntah* peghasaaaann kemaen !

After dah round2 smpai nak tercabut kaki, akhirnya belilah jugak bju raya. itupun sebab dh butik yang last. LOL. redha jelahkn , sebab gua dah haus dn lpar. Nak berbuka lmbat lagi. sob sob. 

And guess what , yang peliknya kali ni aku excited pulak buat kuih raya. haha. Selama ni tadelah kesah mana pasal kuih raya , buat gitu2 jelah kan. Tapi kali ni, gua siap p shopping sensorang semata beli brng nk buat kuih raya.ahaaa, feeling mak2 pulak.Shopping punyer shopping, terserempak pulak dengan schoolmates skolah rendh. kbtulan plak dy culinary student yg majoring dlm pastry, terus dapat respi kuih raya. haha. maka, wujudlah 2,3, 4 jenis kuih  hasil kegigihan aku. 


Taraaaa, the most simple kuih raya  !

Yang bestnyer, hasrat yang tak tercapai tahun lepas nk drive sndiri p terawih da tercapai ! woot woot , i'm the driver now . sape nak jalan2 , contact i okehhhh. haha.tapi ad pulak part yang tak best which is berat tak turun langsung pose2 ni. == " . Stresss taw tak memikirkan hal ni.Pasai pa pun tataw. 

Ahaaaa, yg paling paling paling paling best skali tem raya of kos lah blik kampung. Amboihhh bnyak betul paling aku. hope tahun ni boleh blk klntan . aku pn tatw pasl pe aku suke sngt  blk klntn . sebab orngnyer ker...ewah, laen mcm pulak mksdnyer. 

Yang aku sure sangat sekarang ni, post aku semakin berjela - jela. i've better off now sebelum bebelan mak nenek aku keluar . ke dh terkeluar tadi....




Monday, 13 August 2012

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.

Assalamualaikum :D

Tadi aku dah taip post panjang-panjang. and then tetiba laju jer aku tonyoh butang BACKSPACE laju-laju. ahhh., mood apekah aku ni ?


Pelita rumah jiran. hewhew

Penat lah penat. Tadi jenjalan sensorang, rayau sana-rayau sini.Kurus dennnn. Tapi hari ni rasa sejuk jerrr..macam nak hujan tapi tak hujan-hujan. A nice windy day :D . Semalam ke ekk LAILATUL QADAR?. Windy , windy pon..bila nampak COOL BLOG pose-pose ni.. mau tak telan air liur. eh. ape aku ni. 

Nasib baik aku dapat kawal nafsu SHOPPING-menSHOPPING aku ni, mana tak nyer dik oii. Semua murah-murah ! beli 1 prcuma 1, beli 3 prcuma dua lahh..lagi, tudung OBAMA yang selalu nyer RM 10..dia jual RM4 je. yang 2 tone ,3, tone,  bawal roses, pelangi tah ape ke nama tudung lagi tu jadi RM 6.50. ohh, taktik perniagaan apekah ini. Rasa nak rembat sepuluh-tigapuluh helai.lastlast, beli sehelai je..bijak berbelanja kan aku. haha.Nak beli kain pasang, terus tak jadi. 

Sebenarnya, malas nak layan pekerja lelaki  kedai kain tu. sikit-sikit.."akak lawa la pakai yang ini, lawa lah pakai yang tu ".  sabor, sabor. den baru nak pilih. ==". taktik mengampu dalam meniaga, aku tak layan. *muka serious*

Dah nak petang, pergi bazar ramadhan pulak. . jalan-jalan . . ehhh nampak bunga api pulak. dan tetiba terbeli bunga api . err, tah bila nak main. takpe anak jiran ramai. boleh jadi mngsa tolong habiskan bunga api..kalau tak habis simpan lepas raya, boleh buat rasuah paw duit raya diorang.hew hew.eh diorang layan ke bunga2 api ni ? ceit.



lepas tu, lepas tu . .pi beli laksa, kuih seri ayu, air tebu ..umphh fevret2 :D
Disebabkan raya tahun ni rumah aku, officially semua kuih TUNJUK -MENUNJUK. aku@hantu kerepek pun pergi tunjuk -menunjuk kerepek. hehe. Sekali tunjuk, rembat 3 Paket besar kerepek pelbagai jenis. 

dah la. sekian sahaja kemerapuan untuk hilangkan mood PMS aku ni. tension-tension. Nak tidor, jangan lupa esok qiam yer :D




Saturday, 11 August 2012

Spam gambar lama and quoting.

Assalamualaikum :D

VENUE : Pantai tak tahu nama, MALACCA.
ACTIVITY : Program Kecemerlangan SPM 2010 (Kumpulan 1), SBPI JEMPOL.

If i could spend time with them again ..
Rindu nak beriftar dengan schoolmates macam dekat asrama dulu .



This was a picture of " tanglung" taken during school time.
 And tetiba quotes pasal Lailalatul qadar.Harap maaf. Hanya nak menunjukkan supaya kita menghidupkan malam ni je :) hihi. 

Ramadhan is leaving us :(

p/s : tetiba teringin nak main bunga api. .takpe esok boleh beli  :) 
        Kalau main mercun , nanti putus jari..risau mak mentua lari . 

Friday, 10 August 2012

Lailatul Qadr : MENCARI BUKAN MENANTI :)

Assalamualaikum semua :D .

Terima kasih Ya ALLAH,  diri ini  masih lagi bernafas untuk menunaikan rukun islam ketiga ni. 

Dan Alhamdulillah , akhirnya sekarang kita dah masuk fasa terakhir bulan ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan . Yakni di mana adanya satu malam yang penuh keberkatan iaitu LAILATUL QADAR.Malam yang dinanti-nantikan umat islam . Tapi LAILATUL QADAR bukan sahaja perlu DINANTI malah DICARI. Kerana apa? Kerana di malam inilah Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. 

Masya-Allah,betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita, kan  :D. 
Dan malam ini hanyalah dikurniakan untuk kita, Umat Nabi Muhammad SAW. Rasanya tidak perlu diceritakan lebih lanjut kelebihan malam ini kerana rata-ratanya sudah tahu.Sama ada nak atau tak nak je. 

Ramadhan kali ni banyak bezanya dari ramadhan-ramadhan yang lepas.
 Dan Ramadhan kali ni mulai terasa diri ni kekurangan satu benda iaitu KESUNGGUHAN. KESUNGGUHAN untuk mencari malam LAILATUL QADR. 


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Bersama-samalah kita memperbanyakkan berdoa meminta pengampunan dari-NYA serta keredhaan dari-NYA. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semoga kita dipertemukan dengan malam LAILATUL QADR. Insya-Allah. 

10 malam terakhir dah menjengah, 10 orang jugakla yang ada dekat masjid tadi. T_T

Ayuh , muhasabah diri ! Sesungguhnya, rugilah orang yang tidak mencari LAILATUL QADR :)

Salam Ramadhan,
Adibah Faizah

Friday, 3 August 2012

NO PONTENG2 !

Salam Jumaat. .


HIHI. teringat time kecik-kecik. puasa-puasa ....air paip pun jadiii. ^^. budak laki lah ni ajar aku.Lepas tu terkantoi puasa setengah hari. cis.
ADIK-ADIK SILA JANGAN TIRU,PERANGAI TAK SENEREH BULAN2 PUASA.

Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wednesday #5 (doodling)


Assalamualaikum. . 

terimalah hasil "sumbang" karya den . .


Poie = pergi ( dalam bahaso nogori )

jom2 temankan pak imam :)


Monday, 23 July 2012

Hijrah Hati- Al-Mathurat

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah Ya Allah, for still giving me an opportunity to breath. what a beautiful morning today. Hearing to the chirp of birds,breath the fresh air. 

Suddenly after sahur, I remembered to read Al-mathurat. I feel so sad that I cannot Istiqamah to read it though i started to know it since in high school . how worse i am.During the school before,maybe it felt like a forced.But, there is goodness for us.  i miss school already . I miss to recite it in jamaah.Ramadhan last year was my first Ramadhan as a university students. And know what? There, I started to realise no more people to force you to go perform Tarawih, force you to read mathurat and whatsoever. So, what happen to me.Terawih  lompong-lompong, Al-Ma'thurat pun entah ke mana. Eventhough, there were still friends yang ajak-ajak ke arah kebaikan ni. Tapi kalau iman tak kuat, susah jugak nak dengar orang nasihat ni. Huh, like me ..  Maybe my Iman still not tough that time .



In second semester,I still remember someone said to me "Eh, jarang nampak kau baca quran".Backthen, i realised how far I am from Allah. Perjalanan terlalu baru dan jauh bagiku, sampaikan aku terlalai di tengah jalan. 

This Ramadhan , insyaAllah i determined to istiqamah in reading Mathurat and also to khatam al-quran. Maybe , reciting this Al-Mathurat just only small practices rather than reciting Al-Quran. But InsyaAllah, by recite al-Mathurat ..tmaybe can help us in Akhirat later.Apa guna kalu tahu seuatu,tapi tak amalkan, kan ?

KELEBIHAN AL-MATHURAT

apa kelebihan AL MATHURAT?

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
lebih info baca SINI

p/s : #oh my english. Broken habiss :(  bajet omputih lebih.
p/ss : Selamat Berpuasa dan selamat beramal :)

Sunday, 22 July 2012

Vlogger femes amos .

Assalamualaikumm..

Hanya mahu menge -post 3 video about Ramadhan .

First. Om nom nom nom.( dont sure whats the meaning) . Macam bunyi tengah makan jer. Better tengok lepas berbuka, nanti tergoda dengan Maggi dia. haha. He's back with his new video. Banyak pengajaran bagi yang bercinta mahupun yang berpuasa :)


Second. A person who has a same name with me. Ahaks *Muka Bangga *. Her english is really superb superb  fluent. . Ah, so envy. 


Third. From a friend of mine.Special for Ramadhan :) Mengenang kembali zaman puasa yang yang yok. erk, betul ke aku sebut ni?  hewhew


Daaaaa...enjoy all the videosss on this Superb sunday ! 

notakaki : tengok video yang berapa minit pon jadi lama dek kelembapan berukband yang mengalahkan tapir. huh.

Friday, 20 July 2012

PUASA RAMADHAN -rukun islam ke-3

Assalamualaikum. .ya habibi , ya maulana.

Nampaknya seperti esok kita semua akan mula  berpuasa . .Tapi yang herannya kenapa malam semalam aku tak dengar pengumuman puasa ekk? ataupun aku yang tak perasan ? ataupun malam ni? eh. takpelah abaikan.Yang penting malam ni kita semua akan mula berterawih . Rindu sangat dengan terawih. .


Bila sebut Ramadhan , kita akan ingat kurma yusuf taiyoob, moreh, sahur, air sirap ,bazar ramadhan,  murtabak, ayam golek dan. . eh apsal sume makanan pulak  ni?
Ok. taklah. Sebenarnya bila sebut Ramadhan semua orang akan  mula rasa untuk  berebut pahala dalam bulan yang barakah ni. Maka, bersama-sama lah kita meningkatkan ibadah dalam   meraih pahala di bulan Ramadhan ni. 

Syukur Alhamdulillah, jika panjang umur.InsyaAllah,  Esok kita akan dipertemukan sekali lagi dengan buah hati kita iaitu Ramadhan Kareem. Tralalala, excited ! Setelah 6 tahun, kini aku buat come back ...hari first puasa dekat rumah. Maka, esok pagi bersahur bersama-sama keluarga tercinta :). Al-maklumlah budak skolah asrama. 

Eh, nak puasa tu jangan lupa niat.nah, setepek. !


Selamat Berpuasa ! Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu kebaikan :)
INGAT ! Tingkatkan IBADAH, kurangkan aktiviti TAK BERFAEDAH.-pesanan penaja_


notakaki : First time try doodle guna paint sai tool . jangan kutuk. dosa taw. haha

Wednesday, 11 July 2012

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum. nah setepek . 





Hewhew. teraso eden. =="