Wednesday, 14 May 2014

Mimpi

Termasuk hari ni, dah 5 hari nampaknya aku bercuti.Pantas.5 hari tu berlalu macam tu je. Adalah jugak aku study sikit-sikit.(Poyooo!) Aku sedar yang lagi 25 hari nak Final Exam. Emm,cuak pulak tetiba.

Dah namanya pun cuti. Membuta tu memang perkara wajib. Tapi, sejak kebelakangan ni, aku kerap mimpi time tidur.Aku tahu ni perkara normal.

Tapi , aku rasa aku yang tak normal sekarang sebab asyik mimpi pelik-pelik.Time tidur malam, aku mimpi .Time tidur petang, aku mimpi.

bangun-bangun tidur, mimpi tu segar lagi dalam ingatan, time gosok gigi pun aku ingat lagi mimpi tu,  basuh muka , mandi.Zapppppp ! mimpi tu terus berlalu, hilang dari otak aku macam tu je. Yang aku ingat cumalah watak-watak dalam mimpi  tu je.

Ada orang kata, mimpi tu mainan tidur.Mungkin.Tapi , aku rasa kadang-kadang macam ada petunjuk jugak.Dan sejak kebelakangan ni, aku asyik mimpi kawan-kawan time sekolah rendah.Punyalah 6,7 tahun tak jumpa..tiba-tiba muncul dalam mimpi aku.Padahal, before tu takde pulak aku fikir pasal diorang.Actually, dah lost contact dah pun.

Semalam, orang lain muncul. Semalam semalam lagi, kawan yang lain pulak muncul. Semalam semalam punya semalam pun, macam tu jugak. its kinda weird. Aku harap diorang semua, in a good condition .




1 comment :

ain diyana said...

org kata org yg tidur asyik mimpi2 ni org yg x cukup rehat.. org kata lah.. hehehe.. selamat bercuti