Showing posts with label fobia. Show all posts
Showing posts with label fobia. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Hati perempuan


Ini aku yang sekarang
Kerna dulu pernah terlalu sayang
Kerna dulu pernah terlalu berharap
Kerna dulu pernah terlalu percaya

Even aku dah move on.


Tuesday, 17 June 2014

Empat perkara

Assalamualaikum

Sebelum aku tulis apa-apa,  peringatan.. ini adalah post random dengan tone bahasa yang pelbagai ! Saja nak merepek meraban kat sini..kot-kot ler in the future cucu aku baca blog ni, nnt dia duk pelik mana nanny ? (kemaen !) ...asyik duk poyo2 tulis puisi  pastu senyap tak update pape. 

OK PERTAMA.Masih lagi di sini, di universiti tercinta , setia menunggu detik bertemu kertas-kertas yang mampu mendebarkan hati, jiwa dan lara.

Alhamdulillah, satu dah lepas. tinggal lagi 5 jenis kertas yang aku pun tak tahu isi di dalamnya. Susah ke, senang ke belum dapat dikonklusikan lagi ...yang aku mampu hanya berdoa.Mohon tembakkan doa kalian juga :)


DUA. Untuk yang pertama kalinya selepas 13 tahun aku menjejakkan kaki kembali ke FUNFAIR. 13 tahun dulu yang mana aku ada kenangan pahit dekat funfair. Kisah pahitnya taklah sepahit mana pun, tapi just aku lost my parents time aku duk leka tengok ferris wheel. AKu melalak tak tentu hala sampaila ada sorang pakcik tolong carikan parents. Bermula saat tu, aku tak pernah pergi funfair. Kadang-kadang memori zaman kanak-kanak banyak meninggalkan kefobiaan dalam diri.




Sumpah selama ni aku memandang enteng terhadap funfair, rupanya best jugak. kekeke. lagi2 tengah stressss..
TIGA. Sila rujuk gambar.


Ini bukan sugar daddy, tapi ini pengarang buah jantung hati. Even dah lepas pun Father day, tapi tak kisah la kan..because everyday is a father's day :D
Ni gambar zaman bila pun aku tak tahu la, yang sebelah tu meroyan konon -kononyer skuba.puihhh !

Tak perlu untuk bergambar selalu, cukuplah kasih sayang yang utuh sentiasa berpaut di kalbu . <3. 


EMPAT.



TAk minat bola punnnnn, tapi aku rasa still kena ada pasukan pilihan .HIHIHII. Bukan every year ad FIFA. .So, aku kononnya sokong sepanyol dengan Portugal. Dua2 hampehhhhh. ! nasib brazil menang. 

currently 1.45 a.m ...esok exam STATISTIC. sempat lagi aku update blog. cemerlang tak cemerlang ?haha



Sunday, 9 March 2014

Random Updates : Unexpected Life

Assalamualaikum. 

Sesungguhnya aku kebuntuan idea untuk tulis Lab Report Inorganic Chemistry, maka aku muncul di sini mencari idea (kot yer ada)

So, it's been about third week since this semester started. Dan aku baru rasa minggu ni adalah minggu pertama semester. Minggu ni baru mula LAB , baru start buat tutorial n bla bla ( things u do as a student ). Disebabkan dah lame tak buat eksperimen, aku rasa lab first ni macam huru-hara sangat.  Rasa macam cuak sangat nak pegang semua apparatus . yeahh u know semua apparatus berpotensi besar untuk jatuh dan pecah. Everytime dengar ada apparatus jatuh je, rasa macam luruhh jantung ni. Lama-lama boleh sakit jantung aku duduk dalam lab. But to be honest, I love doing experiments , but not the report =="

Selain misi mencari calon suami  ahakzzz, semester ni rasa macam nak ada azam baru. Aku rasa macam nak involve kan diri lebih banyak dalam aktiviti2 kampus. So, this is my first step. On first weekend of new semester , i went to my ex school which is SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI JEMPOL or the new name is INTEJ (Integrated Jempol ). 

Banyak benda yang aku belajar dalam program ni. Overall, program 3 hari 2 malam  ni best sangat :D. Sekolah pun dah banyak berubah, semua kenangan dulu keep playing in my mind. Bila dah jadi student U ni, rasa macam rindu nak jadi budak sekolah. 



So, misi diteruskan lagi untuk akitiviti hujung minggu yang kedua. 


KONSERT STAIRWAY TO HEAVEN


BUKIT BROGA


Tapi, kita hanya merancang. Tanpa izin ALLAH , apa yang kita rancang tetap tidak akan terjadi.

Entah macam mana malam khamis tu aku boleh tak nampak lubang tu . Bukkkk ! Jatuh terjelepok tepi kereta. Aku cuba nak bangun, tapi kaki aku sakit sangat .Air mata mengalir dengan laju nyer. Tapi aku kuatkan diri jugak nak pergi meeting I-Fest. Alaaa, jatuh je pun. 

Habis je meeting, tengok ankle dah lebam macam telur ayam . Omaigaddd, aku tak pernah experience sakit macam ni. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, habis pusing satu Nilai, satu klinik pun tak bukak. SABAR , tunggu lah esok. 

Nak tunggu esok tu rasa macam setahun. Ini lah kali pertma aku rasa macam tak sabar nak pergi klinik. Habis banjir tilam dengan air mata tahan sakit. Sedar-sedar pukul 2 pagi, sedar lagi pukul 3 pagi 4 pagi , sedar lagi pukul 6 lebihhh. Yesss, dah pagi. But the moment, aku nak bangun amik air semayang ..rasa macam kaki paralyzed. (over!) Tapi seriously, sakit dia indescribable. Terpaksalah housemates amikkan air semayang , lap2 je. Sembahyang pun duduk. 

Pergi klinik, doktor bagi naik wheelchair. Ehem, best jugak ada orang tolakkan. hehe. Balik rumah pulak pergi berurut, 3 kali pulak tu. Ni lagi satu benda yang em tak tahu nak ceritala sakit dia. Habis terpulas-pulas kaki. Duduk kat rumah asyik terfikir nak datang Konsert I-Fest yang sepatutnya aku jadi usher. Tapi lagi sedih, tak dapat join hiking  Broga. Everything was cancel on the spot !

Minggu ni pulak dan dan semua lif nak rosak. sakittt woi naik turun tangga 4 tingkat. Tapi takpe, aku tahan. 
Dah hampir seminggu aku jatuh, tapi kaki ni tak fully recover lagi. Aku ada 2 hari lagi untuk make sure kaki dah elok before  start training kawad formasi. Hope to get well soon. 


Oh, i guess this is getting pretty long. Ada anjing menyalak-nyalak kat bawah. Cuakk ! nak tido. Stay awesome people :) 

Thursday, 17 January 2013

Kisah Calar di langit petang : Kemalangan


Lewat petang tadi bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa, aku memandu kereta  kuning terang tang tang itu berseorangan. Awan petang mendung, semendung hatiku. Entah. Rasa lain macam drive hari ni. Yelah. bukan selalu aku memandu. Rupa-rupanya, niat di hati nak menuju ke kampung , dihiasi  suatu tragedi yang tak berapa manis.

Memanglah tak berapa manis sebab den terlanggaq bumper kereta orang, diq non! Serius  gelabah gila .I've no idea macam mana boleh tergesel pulak. Aku berhenti tepi jalan.Fuh ! Nasib baik tak bertembung kereta depan. Kereta-kereta belakang pulak sume lelaki bermuka ganas berbadan sasa bermisai lentik , duk pakat-pakat hon kat aku sambil buat muka macam nak belasah.Sumpahhh aku macam "arghhh! apa nak buat ".Aku keseorangan. Jantung berdebar kencang memikirkan apa yang harus dilakukan.Alang-alang da nak sampai kampung.Lantas, aku decide  pergi rumah cik Mas dulu la. Then, patah balik rumah orang tu settlekan kot-kot cik mas kenal orang tu. Dalam hati aku dah agak da , mesti orang tu fikir aku langgar lari .Yelah . dah terlanggar pastu tak cakap sori, lari terus. Oh tidak bang.  Tidak. Tidak. Aku tidak sekurang ajar itu.

Last-last, abang tu follow sampai rumah cik mas.Aku sangat cuak ingat abang tu nak maki hamun ke apa ke.  aku tengok si kuning dah calar sikit.  After slow talk, nasik baik boleh settle macam tu je. Mungkin dia tengok aku comel, maka tak jadi nak ambil apa-apa tindakan.*ok tipu.Nasib baik abang tu tak baran , kalau tidak mahu aku dengan dia berkungfu tadi. . nasib baik calar sikit dan tak melibatkan nyawa. Kalau tidak, habislah lesen ku.Bila nak drive balik rumah, aku duk ligat fikir nak cakap apa dekat ayah.Tambah perasaan trauma nak drive balik. Nasib baik ayah rileks je. 

 Seriously NOOB. Haish, adibahhh, adibahhh. .
Syukur kepada Allah, tiada apa yang dahsyat berlaku.kejadian hari ini adalah pengajaran bagiku supaya lebih berhati-hati.

P/s : Calar di kereta boleh nampak, calar di hati siapa yang tahu.Hmmmmmm  =,=

Sunday, 5 August 2012

Keburukan guna alarm. LOL.

Assalamualaikum  :D

Sekarang tepat 9.15 a.m waktu LONDON . dan waktu Malaysia tepat 4.15 p.m. Tapi bukan waktu yang aku kisahkan. Apa yang aku kisah kan adalah malam ini. Penentuan sama ada pingat emas akan menjadi milik Chong Wei oppa atau Lin Dan . pangggg ! sesuka hati nak ber oppa2 pulak kan. Correction. Datuk Lee Chong Wei :D Tapi dah masuk final kira o.K la kan. Perak dalam tangan. semangat..semangat jugak. terawih jangan lupe. :D
ok.dah abaikan.aku memang fail buat INTRO. berbalik kepada tajuk.


Aku rasa dah dua kali benda ni jadi dekat aku. 


S T R E S S S S S !!!!! (baca ikut gaya Gary oppa). 



Kejadian 1

 Tadi tengahari aku pergi bank nak bank-in kan duit. Hari ni bank tutup . so tadela KAUNTEROPHOBIA.hew hew .Tapi masalah lain pulak yang datang. After dah settle bank-in kan duit tu, tunggulah ayah dekat depan BANK. orang ramai sangat hari ni. i guess hari ni orang sibuk nak bershopping raya. So, ayah tinggalkan aku keseorangan dekat bank sebab tade parking. lepas dah settle, Tunggu punyalah tunggu . .ayah tak sampai-sampai. Kereta banyak giler. Overload aku tengok Bahau ni. Maka, aku pun duk mundar-mandir depan pintu bank tu. 

Tetiba aku dengar bunyi alarm. Bising giler. i thought alarm kereta yang parking dekat depan  aku  yang berbunyi. So, aku buat muka toyee berdiri lagi dekat situ. Tetiba pelik, mana tuan kereta ni. Tutuplah alarm ni ha. sakit pulak telinga kita ni.eh jap! tetiba terfikir, kereta depan ni kereta SAGA yang lama tu. bila pulak kereta ni ada alarm ekk ? ke aku yang kuno sangat. 

Tetiba terasa macam bunyi alarm tu dekatttttttt je dengan aku. Dongak je kepala. erkkk ternampak alarm bank .ohh, rupa-rupanyer si alarm bank tu yang sedang berbunyi.  patutla kuat yang amat. huwaaaa !!!! den ke yang buat dia bunyi. Patutla orang lalu lalang pandang je aku ni. Mana nak letak muka, habis tebal dah.. Punya lah gelabah cepat-cepat terus blah dari situ buat muka tak bersalah. TENSION !

Malu ceq oiiii. dan aku masih tertanya-tanya, aku ke yang buat alarm tu berbunyi .T_T. 


Kejadian 2

Kejadian ni pulak  berlaku masa aku OUTING time FORM 5. Macam biasa lah , pergi pasaraya beli  MAKANAN.Time bayar dekat kaunter OK je. Tapi sampai je part nak keluar pasaraya tu. TET TET TET TET TET. errr, elok je aku melangkah keluar, alarm pasaraya tu pun elok jer berbunyi. Habis sume pak cik, mak cik, adik ,abang, kakak,  dalam pasaraya tu pandang aku dengan kawan2 aku. Mana nak letak muka ni dik oiii, satu pasaraya alarm tu bunyi. Kalau perlahan takpelah. ni bunyi dia aduiyaiii . lemah jantung. 

last-last , pak guard tahan kitorang suruh masuk balik . Lepas tu dia check satu2 barang yang kitorang beli. Eh, ingat kitorang ni mencuri aper. . Rupa-rupanyer cashier tu tak kira aku punyer gula-gula.Kurang hasem betul mamat bangla ni.  Pasal gula2 sebotol, bising satu pasaraya. sadis T_T.

Bila nak keluar balik, pak guard tu ejek aku . TET TET TET TET (buat bunyi alarm ). sabar jelahhhhh T_T

Lepas ni aku nak buang alarm dekat kereta aku. ==". Tanak dah alarm2 ni. 

SEKIAN. 

Saturday, 28 July 2012

Kaunterophobia. hewhew

Sila jangan translate jenis fobia yang dinyatakan dekat atas tuh. . TIADA MAKSUD. 

I guess i'm having this type of phobia, KAUNTEROPHOBIA.  Tak kira lah kaunter jenis ape pun, mesti aku seram sejuk, berdebar debar, terketaq-ketaq dsb . Especially kaunter dekat bank.And yesterday, dad let me settle the payment at the bank by myself. OMG, kenapa bank ada kaunter? *boleh ke tanya macam ni.

Dengan lafaz bismillah, aku pun melangkah masuk ke dalam Maybank. Dalam hati terfikir. bank-in jelah guna mesin. Tapi, baru teringat ada RM 1 di hujung amaun yang nak kena bayar tu. Rasanyer, mesin tak terima seringgit. oh, tidak ! kena jugak guna kaunter. T_T. Bukan tak pernah berurusan dengan bank, tapi tak familiar. Yelah , bukan selalu masuk bank. Selalunyer , guna  mesin ATM je. 

masuk bank, Isi slip payment, ambil no giliran, naik tingkat ats pergi kaunter.  Time tunggu no giliran, ahhh berdebar je jantung ni. Aku pun tak paham kenapa nak kena seram sejuk bagai tengok kaunter. Tapi memang time tu tangan aku memang sejuk. Maybe sebab air-cond. errr.maybe laaa.  lepas tu SETTLE within 15 minutes.

Next destination, bank again T_T. BSN pulakkk dah. Tetiba dalam bank takde orang langsung. Yang ada hanya lah pegawai-pegawai bank dan aku, pengguna bank. ohhh,lagi lah laju jantung den ni aiii. dalam otak fikir, apa nak buat ni ? apa nak buat ni ? and then, aku terus je pergi kaunter mintak nak beli no pin PTPTN. Tetiba akak tu cakap "sila ambil nombor". Erkkk, lupa pulak ada prosedur. mentang-mentang tak ada orang langsung, sesuka hati je nak serbu kaunter mana-mana. 

Disebabkan takde orang, lima minit je dah settle . kenapalah benda sesenang ni pun aku nak  berdebar laju-laju. Kalau tak try buat sendiri, sampai bila pun akan depends dekat orang lain, kan ? yang penting atasi segala kerisauan dan ketakutan. 


So, i guess i'm having this phobia bukan sebab fobia but i'm afraid to try something new, something i'm not familiar with ! 

moral of the strory : DON'T BE AFRAID TO TRY SOMETHING YOU'RE NOT FAMILIAR WITH, adibah :)