Wednesday 6 August 2014

WW #28 : Huru hara jalan raya.





Si Pekerja Part-time

Assalamualaikum..

Dalam kebosanan malam (cewahhhh) terlintas nak update pasal kerjaya sementara aku.Kebetulan  baru dapat gaji. ahakzz.

So, nak diceritakan dari mula..masa first time aku apply kerja ni memang 50-50. Antara nak kerja dengan tanak kerja. Yelahhhh, aku bukan ada  keperluan yang terdesak sampai nak kerja part-time bagai waktu cuti-cuti semester yang masyukk ni.. Tapi , aku try jugak luck kot-kot dapat kerja kat situ. Ini dinamakan teori
 " takde kerja, cari kerja "

Dan selepas sehari ke dua hari entah, aku dapat call suruh masuk kerja esok nyer. Maka, bermulalah episod aku sebagai salesgirl dekat sebuah pasaraya ni. Hari yang pertama tu, aku dah rasa down sangat-sangat. Sebab yang pertama , aku kena adapt dengan a set of new people yang bermacam-macam bangsa dan negara. Sebab kedua , giler penat oiiiii dahla bulan puasa !   Kedai mula bukak pukul 9.15 ..lepas tu kena bukak kedai means tarik besi, angkut palang besi pintu kedai tu...keluarkan segala bakul2 baju, rak2 baju letak kat depan kedai...sapu, mop , buang kotak berbondong-bondong dari tingkat 3...pehhhhh ! lepas tu baru la boleh masuk department masing-masing.barulah boleh kerja macam biasa...

Alhamdulillah sebab  sebenarnya nasib aku agak baik sebab dapat department yang dekat atas. So, kerja dia ok2 sikit dari department bawah. Tapi masa seminggu yang pertama tu banyak kali jugak aku rasa nak berhenti. Yelah, aku rasa this is not so me , angkat2 barang, panjat2 susun barang kenkadang..lepastu aku asyik bandingkan dulu aku kerja jd cikgu part time ..dtang 2 jam , terus dpat 50 ringgit. Ini kerja berat2, tapi takdelah dapat sebanyak tu. Ini lah bzanya kerja based -on ilmu dengan tenaga.

Tapi bila difikirkan balik...why not teruskan jer for the sake of experience .and yeahhhh ! berjaya akhirnya mengharungi 25 hari bekerja dekat sana..tak sempat cukup sebulan sebab sehari sebelum raya aku dah berhenti. Haaa, nak dekat raya satu hal...malam yang 2 hari lagi nak raya tu kena pulak OT sampai pukul 12. Penat baq hang ! *nasib baik last day kerja*

Aku tak sangka pun sebenarnya 25 hari tu berlalu dengan cepat.Maybe, sebab buat benda yang sama hari-hari. So, best jugak kerja kat sini, jumpa banyak jenis customer..rakan sekerja pun best2,ada india , cina , melayu, bangla, vietnam , indon . Hmmmm, suasana yang aku takkan dapat dekat universiti. Sampai nama aku pun bertukar jadi "adi" je..
Bila aku cakap nama aku adibah... yang india , bangla, vietnam  ni payah nak sebut smpi jdi halimah, habibah la bgai, adidas pun ada. =="
Ada sorang abng bngla ni  dia pngil aku "shapla". Aku tanya dia ape bende tu , dia ckap bunga no 1 dekat bngla. ye yo''o je tu..mentang2 aku tak pham, ntah2 bunga tahi ayam ke ape..



Orang kuat department atas . Kak Ani, Priya and Me. Yang lelain tak sempat ambik gambar takut boss nampak dekat CCTV. 


Haaa, cerita pasal gaji pulak. Selama aku kerja ni aku tak tahu pun gaji aku berapa, basic berapa ke ape ke..diorang ad ckap , tapi aku mcm lupa pastu malas nak tanya balik. Nampak tak seikhlas hati aku kerja, tak kisah pun gaji berapa. Tapi tup tap tup tap ambik gaji tadi cecah sampai seri_ _    $_$.

Banyak lagi nak cerita tapi aku macam huaghhhhh ! ngantuknyer. Nak cerita benda yang sebulan dalam satu post memang takkan cukup.So kesimpulannya, aku berjaya cabar diri aku untuk belajar erti susah mencari rezeki . Seriously cakap, diorang yang lama kerja kat sini seriously GAGAH . (ramai yang kerja sehari je kat sini pastu dah bla)

Tadi aku datang-datang je diorang jerit , peluk aku. Diorang ramai pangkat adik-adik jer , tapi lepak aku kau aku kau je dengan aku (terasa otai kejap)..aku layan jela janji ngammm ! kinda miss them :) thank u guys !