Friday, 10 August 2012

Lailatul Qadr : MENCARI BUKAN MENANTI :)

Assalamualaikum semua :D .

Terima kasih Ya ALLAH,  diri ini  masih lagi bernafas untuk menunaikan rukun islam ketiga ni. 

Dan Alhamdulillah , akhirnya sekarang kita dah masuk fasa terakhir bulan ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan . Yakni di mana adanya satu malam yang penuh keberkatan iaitu LAILATUL QADAR.Malam yang dinanti-nantikan umat islam . Tapi LAILATUL QADAR bukan sahaja perlu DINANTI malah DICARI. Kerana apa? Kerana di malam inilah Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. 

Masya-Allah,betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita, kan  :D. 
Dan malam ini hanyalah dikurniakan untuk kita, Umat Nabi Muhammad SAW. Rasanya tidak perlu diceritakan lebih lanjut kelebihan malam ini kerana rata-ratanya sudah tahu.Sama ada nak atau tak nak je. 

Ramadhan kali ni banyak bezanya dari ramadhan-ramadhan yang lepas.
 Dan Ramadhan kali ni mulai terasa diri ni kekurangan satu benda iaitu KESUNGGUHAN. KESUNGGUHAN untuk mencari malam LAILATUL QADR. 


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Bersama-samalah kita memperbanyakkan berdoa meminta pengampunan dari-NYA serta keredhaan dari-NYA. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semoga kita dipertemukan dengan malam LAILATUL QADR. Insya-Allah. 

10 malam terakhir dah menjengah, 10 orang jugakla yang ada dekat masjid tadi. T_T

Ayuh , muhasabah diri ! Sesungguhnya, rugilah orang yang tidak mencari LAILATUL QADR :)

Salam Ramadhan,
Adibah Faizah

11 comments :

Unknown said...

barisan solat terawih makin kurang 10 malam terakhir nie

cikeyrah said...

makin nak dekat raya, makin sikit org kat masjid , .

Malaysian Boy said...

jadi kebiasaan kita hanya bertawakal je menunggu bulan jatuh ke riba, lailatul qadr menjengah kita. Walhal, ia malam istmewa utk insan istimewa dgn amalan sempurna. Mari sama2 muhasabah jiwa di malam2 akhir ramadan ni.:)

Unknown said...

bsenya 10 mlm terakhir smue cari persiapan raya....

adibahfaizah said...

@Nur Atiqah Mohd Zaki emmm. tu lah pasal...tinggal la orng2 tua jer..

adibahfaizah said...

@cikeyrah itulah kebiasaannye ,kan

adibahfaizah said...

@legendary wariner betul tu, tak guna kalau hanya menunngu je. smoga kita dpt bertemu dngn mlm istimewa tu :)

adibahfaizah said...

@piko ija lumrah la tu..sme je la kita semua. haha. msng2 cri lailatul kamdar bkn lailatul qadar. haha

putryteya said...

Ayuhh !!

tapi , bulan terakhir ramadhan ni pula teya 'cuti' ... :'(

adibahfaizah said...

@putryteya cuti pun bleh dpt lailatul qadr jugak :) . kita pun da nk dkt2 in month da :(

missha said...

mkin akhir ramadhan, mkin pendek saf :(