Saturday, 12 April 2014

Terowwwbakk HOT AIR BALLOON FIESTA !

Okay, memandangkan cuti mid semester dah nak habis. So, aku rasa aku nak sambung yang kononnya TEASER haritu. 

Nak dijadikan cerita, malam before nak pergi Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta tu kitorang punya motif utama memang nak naik belon panas tak kira apa yang terjadi, cewahhh. Kaunter untuk pagi, buka pukul 7. Apa lagi, esoknya lepas subuh ., start enjin kereta, berdesupppp atas jalan raya. Sampai dekat sana dlam pukul 7.05 pagi tapi keadaan dekat sana dah macam pukul 10 pagi. Maksudnya, ramai sangat oranggggg ! Tiba-tiba, kitorang ternampak satu line beratur yang panjang giler. Punyalah gelabah, tak sempat nak parking kereta, aku suruh Wantin n Soleh pergi beratur.

Sampai je dekat line beratur tu , apa yang kitorang nampak ialah ni. 




yezzzzza, semua tiket untuk Morning Flight sold outtt ! Sodihhhh, den !
And you wanna know, the first person yang dapat tiket tu mula beratur pukul 2 pagi n the last person yang dapat tiket tu beratur pukul 5.50 pagi. Pehhhhh,sudah terang lagi bersuluh next year kalau nak naik kena bermalam kat Putrajaya nampaknya.Ada sorang auntie tu cakap "This is Putrajaya , 180 is not enoughhh !! " *muka bengang* .  saya sokong auntie . 


Tapi takla sedih sangat , sebab rupa-rupanya belon tu naik tinggi berapa meter je. Ingatkan naik , terbang-terbang and then landing kat tempat lain. 


Basket belon tu diikat guna tali. So, tak boleh terbang. Belon just naik dekat udara and then turun balik. RM 20 per person. Berbaloi ke idokkk ?

Sebab plan nak naik hot balloon cancel, so kitorang gantikan duit 2o ringgit tu pergi buat aktiviti lain. 




HOT AIR BALLOON SHOW.


Dekat sini boleh jugak rasa masuk dalam belon panas yang tengah mengembang atas tanah.Paham ke ? Kiranya, macam ni lahhh.




Boleh usha-usha apa ada dalam tu. Tapi sebab kena bayar RM 3, tengok dari luar pun jadilah. 


Hilangkan kempunan tak dapat naik belon panas. Nak amik gambar ni pun kena beratur okehhh. =="

Membuat comeback selepas 4 tahun meninggalkan arena panah-memanah. RM 9 for 12 arrows. Ikutkan hati nak je  main satu game lagi, rasa macam lepas gerammm.

Walaupun tak tengok cerita STAR WARS, layan jelaaaa. Satu watak pun aku tak kenal. Yang penting aku suka mat salleh belakang aku tu, kacak kan jambang beliau. haha




PADDLE  BOAT. Proses memecahkan lemak paha dengan kos paling rendah. 5 Henggetttt je. Lepas ni datang lagi, upgrade nak naik Perahu Dondang Sayang dengan Cruise pulak.


Ni paling best , HELICOPTER JOY RIDE. RM130 p/pax . Siapa mau belanja ? 


" wow,u ollsss jerit macam kena histeria laa " -uncle
Sori uncle, tengok movie roller coaster 6D ni lagi scary dari roller coaster times square.


Makcik-makcik kepoh dah puas berpesta. Jom balik !!

Tapi 
|
|
|




Beriya kononnyer dah petang nak balik. Last-last berkampung dekat putrajaya sampai malam tengok NIGHT GLOW.



EPIC. the last picture taken before the battery run off.Nasib baik sempat empat -empat orang masuk. 


Harap suatu hari nanti ada orang proposed masa tengah terbang dalam hot air balloon dekat Turkey *berangan*. haha



1 comment :

Ana Jingga said...

kira tak rugilah sgt kan tak dapat naik belon..sekadar naik kat situ turun balik kan..hehe tak pe yang penting dah ada pengalaman melihat secara dekat hot belon ni..hehe