Saturday, 16 February 2013

Di sini bermulanya seorang SUKARELAWAN. (SISPA USIM)

Assalamualaikum dan Salam 1 SISPA :D

Baru-baru ni Kor SISPA USIM telah mengadakan KURSUS TAMAT LATIHAN ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 05 yang bertempat di JPAM , Negeri Sembilan
Program ni khusus untuk pelajar SEMESTER 1 yang mengambil kokorikulum SISPA dengan kod kursus CVC1011.  Di sini peserta diberikan pendedahan dan penerangan secara teori dan praktikal mengenai asas pertolongan cemas, simpulan tali, menyelamat dan sebagainya. Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu (7-10 Februari)<----basi dah wehh cerita ni. (Skema gila intro =,= )

Maka, mari kita menulusuri foto-foto menarik yang sempat dirakam. 

HARI 1


Tiba di JPAM, Seremban


Taklimat Etika dari Tuan Zamri.


 Ha, ni sesi kena denda kawad + lari 3 pusingan padang kawad. fuhh ! fuhhh !*lap peluh. Nilah akibatnya , Bila Lapar diutamakan, Perut didahulukan. Pehhh, cukup politik ayat aku. Ni kena denda pasal tak ikut salah satu  etika makan dimana all of us kena tunggu semua orang, baru boleh makan. Tapi, kami telah melanggarnya . 

HARI 2

Pagi kedua dimulakan dengan PT pagi yang diketuai oleh Koperal Ziela. 


Tough tak tough SISPA. banyak lagi regangan2 yang lain daripada lain. Tapi tak dapat ditunjuk. Takut korang terkejut. haha. Mau patah pinggang aku buat segala stretching. =,=



Seterusnya, sesi latihan asas kawad kaki selama 2 jam. 


Dan ini pulak, SENAMAN BASAH. lol. Tak ingat kenapa kena pumping basah-basah ni. Habis lencun baju aihhh. 


PETANG . Kami dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, SEREMBAN. Di sini kami digalakkan untuk MENDERMA DARAH  dengan seikhlasnya.cewahhh. .  Dan dengan sedihnya, aku tak layak =,=. tapi  dah lama teringin nak derma darah. 




MALAM. Pembelajaran diteruskan dengan praktikal KEPATAHAN DAN BALUTAN LUKA.

HARI 3
Hari ketiga juga dimulakan dengan PT pagi supaya sentiasa cergas sepanjang hari dan jugak sesi kawad selama dua jam. 

Matahari menyinar sebegitu kuat berbeza dengan hari semalam.



Disini, kami juga diajar pelbagai jenis SIMPULAN DAN IKATAN. Ikatan dan simpulan ni penting terutamanya untuk menyelamat dari tempat tinggi, lemas dan macam-macam lagi. 



PETANG. Sesi MENYELAMAT (kot) *tak ingat tajuk*. Kami diajar pelbagai cara untuk menyelamatkan mangsa . So, kitorang belajar 11 cara untuk menyelamat mangsa wether yang masih sedar /separa sedar/tak sedar langsung. And gambar yang right side tuh, Darling Carry. Sweet gituuu nama. haha


Untuk membuatkan  sesi pembelajaran lagi menarik ...So, lets compete between groups ! Maka, bermulalah sesi angkat -mengangkat, papah-mempapah, heret -mengheret dan sebagainya. First time, aku merasa kena heret . Mengheret pun salah satu cara nk menyelamat. and thanks Mai seret aku. haha


Dan, tahniah kepada grup aku sebab kalah, maka kena denda masuk kolam. Nampak je cetek, ada ikan sembilang wehh. 


Rupanya bukan grup kitorang je kena masuk kolam, Semua orang kena. Bhahaha *gelak kejam . Habis basah padang kawad. . This is what we call, ONE FOR ALL, ALL FOR ONE.


MALAM. Pembelajaran tentang BASIC LIFE SUPPORT. Dimana kitorang mempelajari tentang   CPR dan CHOKING (tercekik). Tapi, aku rasa kalau tak jadi SISPA pun, patut tahu benda-benda ni. Accidents can happen everywhere, anytime. And here we learn a few things   yang boleh kita buat before seseorang tu mendapatkan rawatan sepenuhnya. 

HARI 4

Hari yang terakhir , diteruskan pula dengan pembelajaran  CARA MEMADAM KEBAKARAN. 
Ini kali pertama, aku tengok peralatan memadam kebakaran yang banyak gila. Hos je dah macam-macam jenis. 



Percaya atau tidak, setiap seorang kena angkat hos yang berat gila tuh dan kena gulung balik hos tu.Sumpah berat ! Selama ni usha2 budak kadet Bomba dekat sekolah je, dok angkut2 hos ni. 
 Dan hanya orang yang gagah je boleh angkat hos tu dan berlari dengan pantas (contoh seperti dlm gmbar) . hehe.  Kalau tidak, alamatnya hangus terbakar lah rumah orang, hos nya tak sampai2 lagi. 


 MAJLIS PENUTUP. Maka dengan rasminya, kami telah menjadi anggota JABATAN PERTAHANAN AWAM. :D

Semoga ilmu-ilmu yang dipelajari di sini dapat dipraktikkan di masa hadapan. 

SEKIAN. 
Gambar ihsan dari SINI

Kenapa post aku  macam buat laporan tahunan je ni ? =,= .Tak sabar menunggu aktiviti SISPA yang seterusnya. Ekspedisi Gua Batu Maloi :)

14 comments :

YaNaza said...

sabar ye ekspedisi gua batu maloi XD. hope korang akan terhibur lanya :). eh eh, gambar aku adalah.kih3

MUJAHIDIN91 said...

ingt x sebab apa kena kawad basah 2....ada yg gelak2 dan boleh plak bergurau senda dalam baris.jadi 2 la makannya.baru cikit saya bagi.

Miss Za said...

macam best....teringat lak masa masuk ptandingan kawat kaki...asek kena latihan dan pumping, ketuk ketampi je...salah sikit je kena..tp alhamdulilliah akhirnya dpt 1st place..yg innalillah bila sijil xdpt2 lagi..cis!!

Izz Hazwani. said...

Hai Kak JPAM!

(sweet betul tengok darling carry tu haih)

adibahfaizah said...

@YaNazatak sabarrrrr jugak XD. HAHA

adibahfaizah said...

@MUJAHIDIN91Tuan ke yg denda T_T. haha. .ingt kna squadjump tdelah bsah bju. hehe

adibahfaizah said...

@Miss Za wahhhh, tahniah !. bab sjil tu kna usha mntk, pnt2 da kawad, tk dpt plak kan. haha

adibahfaizah said...

@Izz Hazwani. HAIIII :) lg sweet kalu suami yg angkt, kan. hew hew.

Sue PeLik said...

terimbau zaman dulu2 kawad untuk sekolah. untuk pasukan puteri islam. hahaha sikit2 letih jerk kerja nya saya neh huhuhu.

adibahfaizah said...

@Sue PeLik Beselah tuuu, panas2 kan. burn hbs sgale muke. hehe

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

wah2.. bestnyer dyer masuk sispa!
eyqa x masuk.. hehehehe

Azwa Mislan said...

wow,kalau aku x mampu buat semua ni. T.T

Nasuha said...

bestnya klu dpt ikut..

Alyn Roslan said...

JPAM!, alyn pernah pergi kursus Asas, masa sem 1 kat poli..huhu..best jugak..:D