Wednesday, 19 February 2014

WW #24 : Pagi tanpa kelas.


Bangun pagi kononya semangat nak datang kelas KINETIK KIMIA yang pertama untuk semester ni . Tapi , hampa. Lecturer tak masuk (cewahhhh, padahal dalam hati gembira). Apa lagi , ke McD lah kita ! 



Thursday, 13 February 2014

USIM terus ke hadapan. Ehhh !


Semalam bagi aku adalah hari yang biasa seperti hari-hari biasa. Apa yang aku risaukan  adalah pasal result final yang tak dapat-dapat lagi. Tapi takpe , jangan risau sangat. Penanda bila nak tahu result dah keluar, bila mana satus dekat facebook majoritinyer berbunyi begini "Alhamdulillah, bla bla bla " Yeah, time tu barulah boleh kita yakin yang result dah keluar. 

Tapi hari ni, aku bukak facebook masih lagi tak kelihatan status-status sebegitu. Maka,nebes aku berkurangan ke tahap lebih rendah. Tapi aku hairan, kenapa mereka  sibuk-sibuk buka portal estudent hari ni. Oh yer, aku lupa. Akibat terlampau nerbes pasal result, tak ingat langsung dah boleh daftar untuk SEM 4. 

Maka, bersesak-sesaklah pelajar termasuk aku cuba untuk menerobos portal e-student. Setelah berhempas pulas dari pagi sampai tengahari asyik duk tekan buttton reload sampai  touchpad aku rosak (stress), nahhh akhirnya dapat jugak daftar. Semangat membara-bara ni ! 




But then, after zuhur

Dah mula terlihat status2 yang aku cakapkan tadi ...eh, eh apehal ni ? terus level nervous aku melonjak naik dengan jayanya. Aku takut  macam mana kalau tibe-tibe aku rasa down lepas tengok result nanti .Tapi, disebabkan sifat curious aku yang sememangnya tinggi. So, apa tunggu lagi terus rasa nak check. Amboihh, gelojohh ! Tapi kegelojohan aku ni tidaklah sama sekali berbaloi. Tekan lah enampulohlapankalilapan pun tak boleh jugak masuk e-student. Maka, aku mengangkat bendera putih tanda surrender. 

Ehem, bukankah sabar itu separuh daripada iman ? "angguk2"

Maka, aku buat rileks layan movie sedas duaaa. 

Bila hati dah tenang , berusaha check lagi.  Yess dah boleh bukak! SO,  what else i can say. Alhamdulillah, meningkat lagi :) I'm so grateful !!



p/s : Sesi throwback tu kita lupakan, sebab kita semua perlu sentiasa pandang ke hadapan, kan . *senyum*

Wednesday, 12 February 2014

WW # 23



Sunday, 9 February 2014

KHAYALAN

Entah apa pasal, kepala aku hari ni berdenyut tak henti-henti. Aku fikir jantung je yang berdenyut. Eh berdenyut ? berdegup ? ah, lantakla. 

Baring, sakit kepala. Bangun , pening pulak berpusing-pusing 365 darjah kepala ni.Aghhhhh, aku stress. Dengan pantasnya, aku capai baju yang tak payah iron, tudung yang semalam aku pakai tak basuh-basuh lagi. pap, pap tepek compact powder agar tak kelihatan jerawat dan cela-cela di muka. (sempat lagi). SIAP !! Aku ambil keputusan , ambil angin petang dekat luar.

Zuppppppppp ! Berdesup kereta "bumblebee" aku menempuh jalan raya. Tiada hala tujuan, namun jalan raya terus aku redah dengan rakusnya dek kerana jalan lengang yang amat. Dalam hati "Best jugak keluar petang-petang ni, best lagi klu ada teman " hummmm, lonely forever. 

Beberapa langkah  keluar dari kereta, derap kaki aku tiba-tiba terhenti . Jantung aku terus berdegup kencang mengalahkan kereta Formula One. Sakit kepala tadi menyerang lagi. Aku terpaku sejenak. "dia ke tu ? " "kenapa gaya dia macam . . .   ?"

Sekali orang tu berpalinggggg, hummm dia adalah  seorang asing yang sememangnya asing bagi aku. "ahhhh, aku ni kenapa ? " denyut jantung bertambah laju . Masa seolah-olah terhenti . Simptom rindu ke hape aku ni. Kemonnnnn la ! 

OK. entry ni seriously pointless. Aku cuma nak bagitahu , aku masih sihat di sini. (even tiada siapa pun yang tanya ). Ohh BTW , cuti semester tinggal seminggu. So, aku rasa nak buat sesi THROWBACK kat blog ni memandangkan aku bosan sepulohkuasadduapuloh . SEKIAN .