Entah apa pasal, kepala aku hari ni berdenyut tak henti-henti. Aku fikir jantung je yang berdenyut. Eh berdenyut ? berdegup ? ah, lantakla.
Baring, sakit kepala. Bangun , pening pulak berpusing-pusing 365 darjah kepala ni.Aghhhhh, aku stress. Dengan pantasnya, aku capai baju yang tak payah iron, tudung yang semalam aku pakai tak basuh-basuh lagi. pap, pap tepek compact powder agar tak kelihatan jerawat dan cela-cela di muka. (sempat lagi). SIAP !! Aku ambil keputusan , ambil angin petang dekat luar.
Zuppppppppp ! Berdesup kereta "bumblebee" aku menempuh jalan raya. Tiada hala tujuan, namun jalan raya terus aku redah dengan rakusnya dek kerana jalan lengang yang amat. Dalam hati "Best jugak keluar petang-petang ni, best lagi klu ada teman " hummmm, lonely forever.
Beberapa langkah keluar dari kereta, derap kaki aku tiba-tiba terhenti . Jantung aku terus berdegup kencang mengalahkan kereta Formula One. Sakit kepala tadi menyerang lagi. Aku terpaku sejenak. "dia ke tu ? " "kenapa gaya dia macam . . . ?"
Sekali orang tu berpalinggggg, hummm dia adalah seorang asing yang sememangnya asing bagi aku. "ahhhh, aku ni kenapa ? " denyut jantung bertambah laju . Masa seolah-olah terhenti . Simptom rindu ke hape aku ni. Kemonnnnn la !
OK. entry ni seriously pointless. Aku cuma nak bagitahu , aku masih sihat di sini. (even tiada siapa pun yang tanya ). Ohh BTW , cuti semester tinggal seminggu. So, aku rasa nak buat sesi THROWBACK kat blog ni memandangkan aku bosan sepulohkuasadduapuloh . SEKIAN .
2 comments :
lorh, dah kenape?btw tertnya2 siapa yang berjaya membuatkan jantg mek dibah ni berdgup dengan lajunyeee .hehehe
@shafiqah adilla amboihhh, lajunyer komen. haha. tp ntuk soklan anda tu, no comment :P kekekeke
Post a Comment