Sunday, 27 April 2014

GISO CHINA. #1




GLOBAL INTERNATIONAL STUDENT OUTREACH

Semalam dan hari  ni kami mulakan misi kami untuk mengumpul duit . Alhamdulillah, dalam masa 15-20 minit. .80 bungkus nasi terjual. Walaupun ada saingan dengan budak FEM , tapi takpe yang penting jualan laris ! 






Thursday, 24 April 2014

Kali pertama

Kali pertama kau tegur aku
Aku malu-malu
Kau tersenyum, aku tersipu

Senyumanmu semanis madu
Buat aku terpaku
Ingin ku hentikan waktu
Tapi aku tak mampu

Lambaian terakhirmu
Buat aku sayu

Ada jodoh, kita ketemu.






Tuesday, 22 April 2014

Suara



Suara mu, senyuman mu , mungkin tu yang pertama dan terakhir .



Wednesday, 16 April 2014

Janji

Andai tak dapat apa yang ditunggu, 
Aku tahu, Itu biasa berlaku.
Itu janji Melayu.





Sunday, 13 April 2014

Darah




"Udah besar anak-anaknyer, loro wedok pulak. .  Anak dara lagi ? "   Wak .
     
      Aku orak isin ngaku wong Jowo.












Saturday, 12 April 2014

Terowwwbakk HOT AIR BALLOON FIESTA !

Okay, memandangkan cuti mid semester dah nak habis. So, aku rasa aku nak sambung yang kononnya TEASER haritu. 

Nak dijadikan cerita, malam before nak pergi Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta tu kitorang punya motif utama memang nak naik belon panas tak kira apa yang terjadi, cewahhh. Kaunter untuk pagi, buka pukul 7. Apa lagi, esoknya lepas subuh ., start enjin kereta, berdesupppp atas jalan raya. Sampai dekat sana dlam pukul 7.05 pagi tapi keadaan dekat sana dah macam pukul 10 pagi. Maksudnya, ramai sangat oranggggg ! Tiba-tiba, kitorang ternampak satu line beratur yang panjang giler. Punyalah gelabah, tak sempat nak parking kereta, aku suruh Wantin n Soleh pergi beratur.

Sampai je dekat line beratur tu , apa yang kitorang nampak ialah ni. 




yezzzzza, semua tiket untuk Morning Flight sold outtt ! Sodihhhh, den !
And you wanna know, the first person yang dapat tiket tu mula beratur pukul 2 pagi n the last person yang dapat tiket tu beratur pukul 5.50 pagi. Pehhhhh,sudah terang lagi bersuluh next year kalau nak naik kena bermalam kat Putrajaya nampaknya.Ada sorang auntie tu cakap "This is Putrajaya , 180 is not enoughhh !! " *muka bengang* .  saya sokong auntie . 


Tapi takla sedih sangat , sebab rupa-rupanya belon tu naik tinggi berapa meter je. Ingatkan naik , terbang-terbang and then landing kat tempat lain. 


Basket belon tu diikat guna tali. So, tak boleh terbang. Belon just naik dekat udara and then turun balik. RM 20 per person. Berbaloi ke idokkk ?

Sebab plan nak naik hot balloon cancel, so kitorang gantikan duit 2o ringgit tu pergi buat aktiviti lain. 




HOT AIR BALLOON SHOW.


Dekat sini boleh jugak rasa masuk dalam belon panas yang tengah mengembang atas tanah.Paham ke ? Kiranya, macam ni lahhh.




Boleh usha-usha apa ada dalam tu. Tapi sebab kena bayar RM 3, tengok dari luar pun jadilah. 


Hilangkan kempunan tak dapat naik belon panas. Nak amik gambar ni pun kena beratur okehhh. =="

Membuat comeback selepas 4 tahun meninggalkan arena panah-memanah. RM 9 for 12 arrows. Ikutkan hati nak je  main satu game lagi, rasa macam lepas gerammm.

Walaupun tak tengok cerita STAR WARS, layan jelaaaa. Satu watak pun aku tak kenal. Yang penting aku suka mat salleh belakang aku tu, kacak kan jambang beliau. haha




PADDLE  BOAT. Proses memecahkan lemak paha dengan kos paling rendah. 5 Henggetttt je. Lepas ni datang lagi, upgrade nak naik Perahu Dondang Sayang dengan Cruise pulak.


Ni paling best , HELICOPTER JOY RIDE. RM130 p/pax . Siapa mau belanja ? 


" wow,u ollsss jerit macam kena histeria laa " -uncle
Sori uncle, tengok movie roller coaster 6D ni lagi scary dari roller coaster times square.


Makcik-makcik kepoh dah puas berpesta. Jom balik !!

Tapi 
|
|
|




Beriya kononnyer dah petang nak balik. Last-last berkampung dekat putrajaya sampai malam tengok NIGHT GLOW.



EPIC. the last picture taken before the battery run off.Nasib baik sempat empat -empat orang masuk. 


Harap suatu hari nanti ada orang proposed masa tengah terbang dalam hot air balloon dekat Turkey *berangan*. haha



Friday, 11 April 2014

Anonymous


Ya, kau
Kau yang cuba 
untuk lupakan aku
Aku harap kau kuat. 
Friends, maybe ?





Wednesday, 9 April 2014

Agensi Nuklear Malaysia : "ohh aku kena radiasi !"



Setiap hari menuntut kita untuk membuat pilihan
Bermula dari pagi
Kita perlu pilih, nak pakai baju warna apa?
Nak sarapan apa , roti canai or lempeng cicah gula?

  Dan hari ni aku pilih
 untuk TIDAK PUTUS ASA ,
untuk terus berada di landasan yang sedia ada
Untuk bersyukur dengan apa yang aku ada

Mungkin sekali sekala, aku rasa aku jauh tersasar
Aku jeles tengok orang lain punya minat yang mendalam 
Sedangkan aku belajar sambil lewa
Namun, apakan daya. Aku masih mencuba.

Tapi aku tahu yang DIA tahu , apa yang terbaik untuk aku. 

Ohhh, terima kasih AJK lawatan industri untuk kali ni, SUPERB BEST ! Pengalaman yang menarik dapat naik atas Reaktor yang setinnggi 7 meter and see how the reactor operated.

Separuh hati ku tertinggal di sana. I wish i can be part of them one day .
HOpe next LI  boleh pergi bahagian forensik pulak mungkin.