Seperti biasa hujung minggu akan dipenuhi dengan aktiviti2 yang berfaedah (cewahhh! ).
2 minggu lepas pergi Big Bad wolf, dan mingggu lepas pulak menghabiskan 3 hari dua malam pergi LATIHAN MEDAN yang diadakan di HUTAN SIMPAN SUNGAI MENYALA, PORT DICKSON
( dokek yooo !). Penat sampai hari ni tak hilang lagi.
So, Let the pictures tell the story :)
HARI 1 | JUMAAT
Setelah sekian lama, tak tidur dalam khemah.
Night-walk dalam hutan. Dalam kegelapan, dapat tengok kelip-kelip/kunang-kunang/ kuku pontianak, Walaupun penat jalan dalam hutan terlanggar segala ranting2, tapi penat tu hilang bila dah sampai satu tempat untuk tengok bintang, Subhanaallah. Banyak giler bintang n lawa sangat !
HARI 2 | SABTU
|
Kembali ke hutan semula , tapi kali ni belajar tentang tumbuhan di hutan yang boleh dimakan dan tumbuhan-tumbuhan herba. Dalam 10 km (main petik je nombor) jugaklah kitorang jungle -trekking. And here, the first time ever aku kena gigit pacat. |
Pokok Jelutung berusia 200 tahun di belakang kami !
Ulangkaji simpulan &ikatan , Cara menggunakan kompas & peta, dan Penggunaan stretcher.(main sesedap letak tajuk)
Malam - CULTURAL NIGHT
HARI 3 | AHAD
Beach is the best place ever.
Sesi belajar BASIC SWIMMING SKILLS. Ahaaaa, aktiviti yg sngat sesuai untuk aku. HAHA. Kitorang belajar pernafasan dalam air (submerged n blowing bubbles) , floating n etc.
Overall, LATIHAN MEDAN sangat best ! (even muka telah menjadi 2 tone ) jgn maen2, ingat tudung je ke ada 2 tone, 3 tone .
P/s : hujung minggu ni pun ada aktiviti lain dengan ahli grup DIASPORA (melaka, here I come! )