Monday, 31 December 2012

Forgive n Forget . Move on ! -2013-

It was the last nineteen us !
seems like it was the first time me n roomates took pic together.lol
padahal satu sem da. see ! kami sngat buzy ye. 

Unofficially menjadi dewasa esok. 20 :) wuuu. (den baru meghaso umo somilanboleh duo mnggu lopeh)
Hanya angka meningkat menjadi dua. so, chill je.*kening-kening* Teruskan move on ! 

2012 -  full of memories. Alhamdulillah for having such a great opportunity. 
and perhaps 2013 will be super super awesome year cause i'm twenty now :D

Azam? Sangat banyak.*ok tipu.
Azam terdekat...nak buat sehabis baik  Final Exam yang tinggal sehari je ni. ! yeah !
Azam jangka masa panjanggg. emmm. let me keep as secret. :D

p/s : i'm a big girl now. muahaha. please jgn tnya  tngkatan brape lg .T_T
p/s : jogging 3 rounds non stop pg tadi. .n end up sakit kaki .sob sob.wishing for mesin ogawa -hadiah new year. haha.Muda kemende ni, lari sikit dah sakit. T_T

May Allah ease everything in this 2013 . Aminnnn.
Kita takkan tahu apa yang akan berlaku dalam 2013 ni. Kita merancang, Tapi Allah yang menentukan.SO GET READY n KEEP POSITIVE !



Sunday, 30 December 2012

Smiles for having a good time.



Thank you for spending your time with me yesterday :D


Friday, 28 December 2012

Get Disciplined, Not Motivated!

It almost 3 a.m dan why me is so fresh ? Ishhh. . ni semua gara-gara  coffee.
Tapi takpe, aku jumpa sesuatu yang menyentap diri ini.Get Disciplined, Not Motivated!


p/s : suddenly teringat azim.
p/ss : rse mnyesal plak tak join azim stay kelantan dulu.eh. 

I tried drinking coffee at night, coz it gives you that mindset that you're gonna stay up late. But then you stayed up late from facebooking or blogging or God-knows-what this cruel world has to offer.





Wednesday, 26 December 2012

Study week . Bertapa dalam bilik sendiri.

Dah nak hampir 5 hari berlalu sejak cuti study week bermula. 
Hari-hari berlalu sebegitu pantas. Hati mula berdebar menanti Exam Final yang bakal kunjung tiba. 

A few days back, diri ini berjanji akan memanfaatkan sepenuhnya study week kali ni. Kerana pointer angka 3 di hadapan menjadi impian. Namun, nampaknya aku dah mula bosan. Sampaikan sehari 2 kali post dekat blog. ye. aku memang bosan terperap dekat kk1 ni.Sampainya hati rumates2 ku tersayang , pulang ke rumah . Dan kenapa aku berlagak tabah sangat, mengharungi study week keseorangan . ahh, knapa ayat aku nak tacing habis.

Tapi ada baiknya. i have my own reasons kenapa tanak balik rumah. 
TITAS.12 bab. subjek yang memerlukan tahap pembacaan paling maksima. Diri ini berusaha keras menghabiskan pembacaan, and congrates to myself. i almost finish that book.
Otak pun dah naik tepu menghadam segala cerita sejarah. oh yer, aku baru teringat tak hantar esaimen titas lagi.*sigh. dah nak final, esaimen tak habis lagi.apekah ?

Aljabar subjek killer ku. oh, tetiba teringat Sir Mohri. Sir yang hensem lagi baik hati, please buat soalan senang2 yer. Bukan apa, bila terkenangkan  test aljabar before ni,  aku rasa macammm. macammm. banyak lagi aku nak kena catch-up. bukan banyak. SANGAT BANYAK.ye. memang tak terkira  banyak nyer. phew. tambah lagi subjek prinsip kimia, 13 bab. 
lemah-longlai memikirkannya. dan aku hanya mampu bermind-map.

Maka akhirnya subjek English dan Arab diabaikan.T_T
Membilang hari yang berbaki. huh. lagi 5 hari. Diri ini perlukan SEMANGAT. 

Study week je , mesti tngkap gmbr pen kaler2.=="
p/s : aku nak keluar dari kk1. argghhhh. mental breakdown. 

    keyboard OFF. 

Wordless Wednesday #8



Sunday, 23 December 2012

ME.TRYING.



Where there is desire, there is gonna be a flame
Where there is a flame, someone's bound to get burned
But just because it burns, doesn't mean your gonna die
You gotta get up and try, and try, and try
Gotta get up and try, and try, and try
You gotta get up and try, and try, and try

TRY-PINK


Thursday, 13 December 2012

SOMETIMES

Sometimes texting is better than calling.

perhaps , u can give a text first , asking wether they are convenient to talk or not. 
if the answer is "yes", then just call :D








Tuesday, 11 December 2012

STUDY MODE ACTIVATED

Every year aku rasakan Disembur.T_T .ok Disembur pun boleh. correction. . Disember. apa punya malas tangan nak tekan bakspace ni. haish. ok. sambung balik .

Selalunya Disember adalah bulan honey moon means HOLIDAY MODE yang kena diactivatedkan not STUDY MODE.tapi tahun ni lain. yeah! need to accept the reality lagi 3 mingu nak FINAL EXAM.ulang sekali lagi..tiga minggu je lagiii wehh. .time tu lah nak kena buat presentation kimia, titas , hntar esaimenn , munazaroh arab, listening arab dan bla bla. 

*SMILE* bersiap sedialah anda, nur adibah faizah untuk mengharungi segala pancaroba yang bakal melanda before final exam ni. Just relax ! everything will be okay .perhaps everything going to be great ! yang penting ikut perancangan rapi anda.rapi la sangat kannn. hew hew

Ehh. dah kenapa aku tersesat post dekat blog ni sedangkan aku tengah study algebra tadi. =="
Sekian.

Saturday, 1 December 2012

Ohsem itu saya.

Harap maaf tajuk tade kena-mengena. 

So, November dah sampai penghujungnya. 
Tapi itu tak penting. Yang penting November kali ni penuh dengan ke"awesome"an :D. Serious tak tipu.Even dah sebulan lebih tak balik rumah, aku tetap gagah (kononyer) even kekadang rasa nak balik rmh tu tak tertahann.Please tlong jngn kata , "kemon lahh bru sbulannn tak balik".. Seriusss sebulan lebih tu ckp lama bg student yg rumah dekat2. Its the fact!

Mohon meng "flashback" event bulan November. hihi. 

#1 Orientasi SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam ) 3 hari
Diorang semua ohsem sesangatttt !  my new family , love them.cant wait for the next camp in January. 


#2 Shooting Video Arab @Putrajaya
Zirah, Yana n Dila sangat superb..tak lupe yassin driver berhemah.sangatlah enjoy the trip with 'em.plus 
Sangat excited pusing-pusing Putrajaya . ok. ye saya gayat. 

Haha. terkejut tetiba yassin  join buat peace sekali.

#3 Having fun in Alamanda and Lunch at Penang Village Restaurant . Mahall kemaennn ! tapi takpe, aku puas dpt Cappuchino <3..plus kerabu manggo yg sngt la tak terkata sedapnyerr. 


#4 Dinner Konvokesyen USIM ( usher je punnn ). Dinner dengan Naib Canselor yg hensem :D. opsss laki orang. tambah syokk sebab dinner ala-ala garden siap ada fountain lagii. i loikee. Nowseheart pun adaaa, suara kemaen sedapp :D.dh nak blik, Puan Aida bg plak sepaket coklat sbb tolong dia. .lagi la sukaaa .aaa! tak sabar nak grade.  



#5. Program Kembara Siswa. This program is for our assignment for TITAS held at Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar, Kuala Langat. Fuhhh,kemaen panjang nama sekolah. Dapat jumpa adik2 yang sangat lah comel dan sangatlah ohsem. Semuanyer bakal hafiz & hafizah :). even dh start school holiday, tp diorang tetap dekat sekolah habiskan hafalan al-quran. wish them success ! at the end of the program, aku telah jd bidan terjun untuk MC. >_< malu. lama kot tak jd MC.


Our group in BLUE. tapi luqman lari tema. =="

#6 Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 at PWTC.
Bersoal jawab dengan TPM isu2 mahasiswa, rasa terbukak sikit otak. haha.Almaklumlah, saya spesies malas baca newspaper gituu. siap dapat tiket bola n token free. Tapi, dukacitanya tak dapat pergi atas masalah2 tertentu. Such a waste. Tapi tak menyesal sebab Malaysia kalah teruk. Hehe.yg penting dapat makan sedap2 :D

 FOREVER  SISPA :D

#7 MAJLIS IRINGAN PULANG NAIB CANSELOR.
NC just finish his contract n we'll get new NC . wuuu. 
Tapi aku suka NC lama. dia sangat la ramah -tamah :D

Next awesome activity will be tomorrow in Port dickson. can't wait for it :D
M'busykan diri supaya tak homesick... itu bagus :D

lastly , Say Hello to December !!! *ayat common awal bulan.

notakaki :saya memang suka post panjang-panjang.XD




Wednesday, 14 November 2012

Wordless Wednesday #9



Some thoughts are better left untold. Some feelings & things are better left unknown.Let it be between you or the person and Allah.

Tuesday, 13 November 2012

Ini Rasa Hati.Abaikan.

jerawat tumbuh dekat muka. ciss ! petanda stress ? yeahhh memang. 
before tu harap maklum ni hanya lah post tak bermoral . aku tengah sangat stress , stress dan stresss sampai aku rasa nak pergi kelahap ABC ke tutti frutti dan seangkatannya. 

Berhadapan dengan hari-hari yang pernuh kestressan di universiti makes me looks like tengah PMS hari-hari. Semuanya rasa macam tak kena. Mungkin aku tak tunjuk dari luaran. Tapi dekat dalam , aku sorang je yang tahu. Orang mungkin nampak aku okay, happy je everyday. sejujurnya i'm not okay at all. Aku hanyalah orang yang memilih untuk terus move on and just left behind all the negatives thinking, ke stressan dan tekanan buat esaimen sume bagai tuhh. Tapi bila dah always  keep teliing yourself to be always positive, akan ada sampai satu tahap aku rasa tak tahan. 

entah. kekadang. aku tak faham perasaan aku, aku tak paham diri aku. perempuan memang sukar difahami. yupp. aku rasa aku harus setuju dengan kata-kata tuh. Ada masa yang aku akn rasa taknak cakap dengan sesiapa, tanak sesapa call, taknak sesapa mesej dan aku pun tanak contact sesapa. Hmmm tapi,  itu hanya perasaan aku yang tertekan. Siapa je yang boleh hidup sensorang dalam dunia ni, kan.. 

Tadi, bila keluar dari pagar USIM tuh. .aku lupakan kejap segala esaimen yang berserabut dalam otak. Bila masuk balik  pagar, aku stress balik. Aku rasa nak balik rumah. ahhh dah kenapa aku ni ?

lately ni aku rasa nak tacing je. . hish. aku pun tak paham la.aku memang suka berlagak tabah padahal dalam hati dah beremuk -redam. remuk redam? kay. abaikan.  aku rasa aku macam dah tersepit dalam dunia sendiri. keliru tak habis2. 

Dan bila kau jumpa orang yang kau rindu sangat, kau blurr, speechless , talk nonsense. yess. congratz to myself. 

I have so much to say but you're so far away.but its okay. 

ini rasa aku. who cares kn ? aku hanya mengharapkan ketenangan di hati. Bajet puas  tulis dalam blog yang kononnya mengerti rasa ni. sekian.


Wednesday, 7 November 2012

Wordless Wednesday #8


Dear Adibah, please ignore the quote above. 

but 

Please show to the world that you  have thousand of reasons to smile. :D


Thursday, 1 November 2012

I'm searching for the mood .

IM NOT IN MOOD RIGHT NOW.
I'm thinking that Twitter will be the right place. .
but
I WAS WRONG !
I'm  becoming so sensitive or ?....aah just ignore it.

SO..
Log in Blogger
and. 
HERE
Post yang tak terpost-post since September n now. .
Errr. November ?? LOL. 


Assalamualikum guys :D


wow, its September already! These word that I'm about to say is pretty common, but yeah TIME FLIES SO FAST. and it's already 18 days since the last post and I'm now stuck in USIM as a degree student.  

It seems like yesterday i was rushing to the class, fighting over each other to get into the bus, the pack TAMHIDI timetable and what  so ever.And now,  i'm already be a first degree student. whoa ! until now,  i don't know why i still can't believe it. Maybe a little bit shock. I'm still trying to adapt with the new environment eventhough it's almost one year i've been in usim. Degree environment is a little bit different i think . new friends, new lecturers, new timetable, new hostel. 

And, i think i need to be a NEW ME.I mean new in attitude and having new spirit. Life changes, and as it changes..we change with it.

Sitting with all the new classmates make me feel  how empty I am in knowledge.All of them are full of confident, and I...full of nervousness. NERVOUSNESS is really a big problem in my life. why it is so hard to gain confidence ? why ?Hmmm... 
It's just that, sometimes I wish i would have a higher confidence just like the others. So, i decided to step out from my comfort zone !

I will not just sit and watch people walk ahead of me. But people will sit and witness me walking away. That is the way it should be.
Just stay strong. No matter what happen, this journey is just begin .


-END-



^
|

TRYING HARD TO GET THE MOOD BACK . 
LALALALA. . . where are you, mood ?




Sunday, 2 September 2012

NEW JOURNEY

Assalamualikum :) entry auto publish.



Bye Ibu dan Ayah. Anakmu pergi berjuang di menara gading. cewahhh !


love yaaa, till the next post, 
Adibah Faizah..

Friday, 31 August 2012

Sayang anak tangan-tangankan, sayang blog tinggal-tinggalkan.

Assalamualaikum :D. .

fuh ! fuhhhh ! *kasi tiup habuk sikit. haha. nampak macam blog terbengkalai pun ada dah ni. well, balik kelantan, sume ditinggalkan. fb, blog, twitter dan apa lagi kebenda ntah. Dah balik rumah , bila nak update blog. .msti ter stuck  kt tmpt lain. FB la, Twitter la, zalora la,  ehh ! *intro orang dah lama tak menaip sangat tak menarik*

Bukan niat nak membiarkan blog, cuma nak praktis tak blogging for a week. cewahhh ! eh, seminggu ke? macam lebih je. Yelahhh. .esok dah  kena balik semula ke USIM untuk daftar DEGREE. so, akibatnya le mood not in stable mode . Err adakah ini tanda - tanda bakal homesick? oh no ! anda silap. aku gagah, mana pernah homesick.

Maka,  Hari Jumaat yang diberkati tambah -tambah lagi hari ni  Hari Kemerdekaan , dengan rasminya tamatlah percutian aku selama 4 bulan . sobs sobs. Hoping there will be another long holiday for me. LOL. study baru nak mula, dah nak cuti lagi. Kemalasan apa yang menular ni ? 

Emm, Maybe this will be the last post . maybe laaa. kot aku rajin esok. ada lagi satu post. ewahhh, sempat lagi nak blog2, padahal esok dah nak daftar.Barang pun sana sini lagi. packing tak habis-habis.masuk beg, pastu keluarkan balik. masuk lagi, tukar pulak beg lain. Haish bila nak siap pun tataw. aku paling tak suka packing barang. itu pasal la jadi camni.  

So, Alhamdulillah, esok pagi ..diri ni akan kembali menuntut ilmu di USIM. Berdebar la pulak nak menempuh dunia DEGREE ni, kan. Mungkin sedikit berbeza dengan ASASI.But, i hope i will do the best ! 

Dan esok bermulalah perjalanan hidup  aku sebagai PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA JURUSAN TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI. Siapa sangka yang aku akan sambung pelajaran dalam subjek Kimia. Mana taknyer, sumpah benci sesangat kimia time sekolah. Tapi itu dulu, sekarang dah lain. sekarang, aku akan mula sayang kimia. Please pray for me, ok :) aku harap aku tak over shock belajar kimia yang  lagi advance ni. seramwww dik oii .  .

# thanks a lot to Madam Latipah *who inspired me a lot* untuk sambung in I-chem tech. 

Sebelum cuti panjang hari tu, aku siap buat checklist nak buat apa time cuti.haha.Semangat nak cuti la kata kan. so, adalah yang tercapai dan ada yang tak tercapai. Yang tak tercapai tu, sila tunggu on next long holiday. tah bila ntah lagi. Dan hari ni dengan pilunya aku meng'tick' checklist tuh sebab CUTI DAH HABIS !!! nak sedih ke nak happy pun aku tataw.



Sungguh, perasaan aku  bercampur baur sekarang ni. Mampu ke aku nak survive untuk degree ni pulak kan ? Haish. 

Tapi chill je la, kan. Kalau tadika mula2 masuk nangis2..tapi boleh survive. Sekolah rendah..malas malas pun dapat 5A. Sekolah menengah. yang mood belajar kejap ada, kejap tade ..pun tamat dengan bolehlaa gemilangnya. haha...ape lagi ? ha..asasi yang hectic dekat USIM pun dah settle dengan riang-rianya. so, degree ape ke dehal ? *tade orang nak bagi kata2 semangat, naikkan la semangat sendiri.* ahh. sedih.

So, USIM here i come :D

"Success doesn't come to you?you go to it."Marva Collins 

# 3 hari berturut2,  duk melantak open house jer..mana nak siap packing nyer dik oii..again. malam ni open house lagi. T_T. sok smbng pack.

Tuesday, 21 August 2012

Pulanglah ke desa berhari raya :D


Assalamualaikum :D


Yeah ! Malam ni kitorang sekeluarga nak balik kampung nun jauh di sana .
Orang dah lama balik kampung. aku baru nak balik.sobsob T_T

checklist yang penting :
-phone, charger phone
-laptop, charger laptop
-broadband
-camera, charger camera
-sambal kicap. (paling wajib!) tak hidup aku dekat kelantan , takde  pedas . *over*

Balik kampung pun tak boleh nak tinggal benda-benda ni. Haish.




Bye Bye Rompin and Hello Pasir Puteh!

Rasenyer tak rajin nak update blog kat kampung ;D Nak habiskan masa sepuas-puasnya before masuk DEGREE . yeah! Excited terlebih pulak makcik sorang ni =="

OK.Bai.



Oh My Raya !

Assalamualaikum  :D 
Hari ni, dah masuk raya ke-3. cepatnya masa berlalu, kan. and,hows ur RAYA?

Sebelum aku terus membebel lantas terlupa nak wish hari raya. So, Selamat Hari Raya . .Maaf zahir dan Batin especially yang selalu menjenguk dan mengomen blog aku ni. tak lupa jugak untuk silence readers.*cewahhh ade ke? haha.TERIMA KASIH jugak  untuk KAMAL LEE n  SUE PELIK yang sudi mengutus perutusan raya secara rasmi di blog mereka :D *bajet ucapan raya PM.

Beraya di rumah sendiri taklah seseronok yang disangka. ehh apsal sedih je bunyi aku ni. Hmmm..bese-bese jelah. bila dah besar, feeling nak raya makin lama makin kurang.Mungkin lepas dah kahwin. .feeling excited nak raya ada balik kot. yeke? haha. 

Hari raya pertama dimulakan dengan perkara-perkara sunnah/sunat.mandi sunat, makan sunat (makn sebelom pi smbhyang rya), sembhyang sunat dan pape jelah yang rsenyer boleh disunatkan. even aku tak boleh nak sembahyang raya. tapi aku menggedik jugak nak ikot lantas orang di masjid memandang hina pelik sebab aku duduk kat luar tak semayang2.ahh. apa aku peduli ? yang bebudak lelaki ni setakat datang masjid tnjuk muka dah tu lepak bawah pokok. .bukan nak smayang ke ape ke.cettt !! 


Tahun ni tema "ikut suka kau lah nak pakai apa". Dah bosan sedondon-dondon ni. duk asyik rotate kaler je.Ayah pulak orang paling tak kisah bab-bab baju raya ni. Elok dah adik iron baju Melayu dier.Last-last pi mintak nak pakai jubah. Alasan ---> takde songkok.Maka, berjubah, berkopiah putih la beliau di pagi raya. haih. Cik Ipin oiii.

My mini family :) Tolonglahhh..aku nak anak ramaiii oiii. ok. kluar tajuk. abaikan.

So, kalau dah raya dekat rumah sendiri . haruslah balik kampung belah ayah yang hanya 10 minit perjalanan naik kereta. Kalau nak feeling2 kmpng jauh... rsenyer boleh la try jaln kaki. Maka, First house yang wajib pergi ialah RUMAH TOK LAN a.k.a abang arwah atuk . dan akhirnya. .runtuh jugak sikit kejantanan ayah time salam Tok lan bila aku tengok mata dia berkaca-kaca time mintak maaf bagai. He surely missed arwah atuk n arwah nenek:(

Dah sudah tu, balikla KAMPUNG SENDIRI. since atok n nenek dah takde. . yang lain2 first raya semua balik raya rumah pak mertua masing2 dulu. 
So, tinggal lah kitorang dua family. T_T .dan aku hanya melantak kat kmpng. Tiap kali orang datang raya.. tiap tu jugak aku join sekaki melantak. hasilnya, empatlimapuluh kali aku pergi toilet. menipu.


Aku ingat dah takde tradisi pusing-pusing kampung cari duit raya ni. rupanyer ada lagi.siap ada plan bagai bebudak ni.  Yang tak boleh blah. .keoveran kejujuran diorang ni . datng-datang rumah orang terus cakap " kitorang datang nak duit raya jer". ewahhh! ewahhh!. tak nyempat nak hidang air. *nasib baikla bukan aku yang kena bagi duit raya.fuhh!


Dah la.tah apa yang aku membebel sorang-sorang kat sini. Korang bolehla sila abaikan apa yang korang baca dari atas sampai bawah ni. huahua!. raya aku bukan best pon. 

yang dah terlanjur baca lagi tersesat di sini .nah kuih raya !



yang penting . .
NAK KELIK KLATE PULOP MALE NI :D


pengembangan pipi dan badan hasil kegigihan aku menternak ladang lemak selama 3 bulan.


‘Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”


sekian laporan raya,
Adibah Faizah.


Thursday, 16 August 2012

Membangkitkan mood AILDILFITRI :)

Assalamualaikum :D

Salam 27 Ramadhan ! pehh. .Hari ni full of emotion. Pagi dipenuhi dengan tangisan dan petang ni penuh senyuman plak.HIHI. Pagi tadi  sedih sangat sebab aku baru  tengok full iklan BERNAS tu T_T. Sob sob..sedih. and then sambung dengar celoteh adik AHMAD and FIZI dekat HOT FM. Lakonan diorang memang sangat sincere,  memang meninggalkan kesan yang mendalam sampaikan majoriti yang menonton menitiskan air mata.tak terkecuali aku.

 Time tengah temubual diorang dekat HOT FM pagi tadi, ada sorang pemanggil call and cerita yang  arwah adik dia ada iras -iras muka adik AHMAD. Meleleh dengar akak tu cerita.sob sob. mesti family dia rindu sangat dekat arwah adik diorang tu. 

Ada lagi sorang pemanggil who is a doctor. Dan apa yang menariknya, doktor tu dengan berbesar hati nya offer RAWATAN PERCUMA untuk adik AHMAD N FIZI ni.alhamdulillah,  Tak sangka ada lagi rakyat Malaysia yang seprihatin mcam ni. So, to all doctor-to-be ..take note  ok ! bantulah mereka yang tidak berkemampuan :D . 

Dan TERIMA KASIH untuk abang POSMEN yang duk hon-hon rumah aku siap call henpon suruh keluar ambil barang-barang yang aku pun tak tahu siapa penghantarnya. Sabar je lah kena call call suruh keluar rumah. so, let's check it out. 

1.with love from TERENGGANU, CIK ELYNA.


Sebelum tu, jom terjah orang yang bagi kad ni dekat SINI .
Kad ni dapat sebab haritu menang segmen kad raya by elyna mirsada :D. comel sangat kad ni, kan .>_< tak sangka pulak owner blog tingggal nun jauh dekat GANU. Cik Elyna, THANKS sangat-sangat taw ! Salam Aidilfitri jugak ! 

2.with love from KUALA LUMPUR, YANA


YANAZA !!! Sayang ko lebih :D Tapi. tak dapat nak balas T_T. tunggu next year ea kalau panjang umur.eh terima ksh bg duit raya ,comel je kena tampal kat situ. Sangat menggamit memori sekolah rendah tampal2 duit syiling ni. haha.Thanks girlfrengggg :D tak sabar nak jumpa 1 September nanti.
eh, SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN.

3.with love from N.SEMBILAN, Namiaz Masashi 


Aiman, ucapan tak boleh lagi pendek ke? HAHA. :P make sure raya nanti bagi SMS raya lagi panjang ok ! tahun depan orang balas kad raya :D

Thanks for 1 year- childhood friendship :D
Thanks for 5 years -be a good listener :D
Thanks for 2 years -be a bestfriend :D
terima ksih banyak-banyak. 
SALAM AIDILFITRI. raya nanti orang mintak maaf kay . keke

4.with love from the lovely person, Deqna n Aiman 


- Terima kasih Deqna for the handmade felt craft keychain. eh sesuka hati aku je bagi nama. Tak tahu lah nama dia ape T_T. janji LAWA :D suke >_<

-Aiman, thanks for a bundle of pictures *senyum lebor-lebor*

apsal sume nak guna DSLR ni ==
p/s : sori ..tercuri dekat FB. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK UNTUK AWAK-AWAK SEMUA SEBAB BAGI MOOD RAYA :D HEW HEW. 
SAYANG SEMUA !!! 

SELAMAT HARI RAYA :D



Wednesday, 15 August 2012

Wordless Wednesday - KUIH RAYA


Kuih Semperit prittt pritt. nyum nyum. eh apsal rasa  macam manis-manis semperit je kt mulut ni. ==". eh batal pose !

Tuesday, 14 August 2012

Marah Tanda sayang, Benci tanda rindu :)


Assalamualaikum :D

Entah apa angin yang datang tiba-tiba teringat quotes ni "MARAH SEBAB SAYANG, RINDU SEBAB BENCI ". Dah nak raya pun, mood aku ke sana ke mari. Kejap OK, kejap tak.. Nyampah =="

"CEMBURU TANDA SAYANG " takde mengena dekat sini. Harap maaf. Quotes yang tu lain kali cerita. Nanti nak cerita panjang pulak. eh!

dah, dah back to the topic...
Kata-kata ni buat aku terfikir dan tersedar yang kadang-kadang ego aku terlebih tinggi. Tinggi yang tak mengena tempat pulak tu. Bila ada yang marah atau tegur aku, aku cepat terasa hati. Terus menjauhkan diri , membawa hati yang lara...cewahhh ! 
Tapi aku tak sedar yang sebenarnya aku silap ! Kalau touching kejap tu..beselah kan. perempuan T_T 
Sepatutnya, SETIAP TEGURAN MESTI DITERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BERLAPANG DADA :D

Selalunyer, kalau orang marah. .kita mesti berfikiran negatif. *aku je lah kot. ==". Terus melenting buat konklusi. Tapi cuba fikir sejenak, kenapa kita kena marah ? Mungkin salah kita, dan mungkin jugak bukan. Setiap teguran tu, ada sebabnya, ada hikmahnya. Yang penting keep POSITIVE. 


Marah seseorang itu tanda mereka ingin kita berubah supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jangan pulak membenci mereka kerana selagi mana kita benci , selagi tu lah akan bermain2 dalam fikiran, kan. 


Seteruk mana kita kena marah. Always remember that everyone have their own reason on doing so .Kerana "MARAH TANDA SAYANG, BENCI TANDA RINDU "

Someone baru jer tegur aku sikit, and i already give up on that thing. Mana semangatmu, Adibah Faizah ?

hmmmmmm. . .
Kalau sayang tak perlu marah-marah, 
kalau rindu tak perlu  benci-benci. 
LUAHKAN, eh ! HIHIHI,,maaf zahir batin semua :D




Give Away by Syalyn : Kite nak raya


Assalamualaikum semua :D





 Sekiranya GA ini kurang mendapat sambutan, maka secara automatiknya BATAL
so, CEPAT JOIN!


Orang yang bertuah :

Monday, 13 August 2012

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.

Assalamualaikum :D

Tadi aku dah taip post panjang-panjang. and then tetiba laju jer aku tonyoh butang BACKSPACE laju-laju. ahhh., mood apekah aku ni ?


Pelita rumah jiran. hewhew

Penat lah penat. Tadi jenjalan sensorang, rayau sana-rayau sini.Kurus dennnn. Tapi hari ni rasa sejuk jerrr..macam nak hujan tapi tak hujan-hujan. A nice windy day :D . Semalam ke ekk LAILATUL QADAR?. Windy , windy pon..bila nampak COOL BLOG pose-pose ni.. mau tak telan air liur. eh. ape aku ni. 

Nasib baik aku dapat kawal nafsu SHOPPING-menSHOPPING aku ni, mana tak nyer dik oii. Semua murah-murah ! beli 1 prcuma 1, beli 3 prcuma dua lahh..lagi, tudung OBAMA yang selalu nyer RM 10..dia jual RM4 je. yang 2 tone ,3, tone,  bawal roses, pelangi tah ape ke nama tudung lagi tu jadi RM 6.50. ohh, taktik perniagaan apekah ini. Rasa nak rembat sepuluh-tigapuluh helai.lastlast, beli sehelai je..bijak berbelanja kan aku. haha.Nak beli kain pasang, terus tak jadi. 

Sebenarnya, malas nak layan pekerja lelaki  kedai kain tu. sikit-sikit.."akak lawa la pakai yang ini, lawa lah pakai yang tu ".  sabor, sabor. den baru nak pilih. ==". taktik mengampu dalam meniaga, aku tak layan. *muka serious*

Dah nak petang, pergi bazar ramadhan pulak. . jalan-jalan . . ehhh nampak bunga api pulak. dan tetiba terbeli bunga api . err, tah bila nak main. takpe anak jiran ramai. boleh jadi mngsa tolong habiskan bunga api..kalau tak habis simpan lepas raya, boleh buat rasuah paw duit raya diorang.hew hew.eh diorang layan ke bunga2 api ni ? ceit.



lepas tu, lepas tu . .pi beli laksa, kuih seri ayu, air tebu ..umphh fevret2 :D
Disebabkan raya tahun ni rumah aku, officially semua kuih TUNJUK -MENUNJUK. aku@hantu kerepek pun pergi tunjuk -menunjuk kerepek. hehe. Sekali tunjuk, rembat 3 Paket besar kerepek pelbagai jenis. 

dah la. sekian sahaja kemerapuan untuk hilangkan mood PMS aku ni. tension-tension. Nak tidor, jangan lupa esok qiam yer :D




Saturday, 11 August 2012

Spam gambar lama and quoting.

Assalamualaikum :D

VENUE : Pantai tak tahu nama, MALACCA.
ACTIVITY : Program Kecemerlangan SPM 2010 (Kumpulan 1), SBPI JEMPOL.

If i could spend time with them again ..
Rindu nak beriftar dengan schoolmates macam dekat asrama dulu .



This was a picture of " tanglung" taken during school time.
 And tetiba quotes pasal Lailalatul qadar.Harap maaf. Hanya nak menunjukkan supaya kita menghidupkan malam ni je :) hihi. 

Ramadhan is leaving us :(

p/s : tetiba teringin nak main bunga api. .takpe esok boleh beli  :) 
        Kalau main mercun , nanti putus jari..risau mak mentua lari .