Entah kenapa aku masih memikirkan perkara ni
dan entah kenapa aku masih tak ketemui jawapannya.
Entah kenapa aku masih meragui dan terus meragui
Entah kenapa aku masih sukar untuk mencari kekuatan
Kekuatan untuk melepaskan ia pergi
Padahal aku tahu ia bukan hakku
Kenapa aku takut?
Kenapa aku rasa tak sanggup ?
Walhal Allah dah janji
Allah pasti akan mengembalikannya seandainya dia untuk ku miliki atau Allah akan
menggantikannya dengan yang lebih baik.
Adakah aku meragui janji-janji Allah ?
Ya Allah janganlah kau hina kelemahanku ini
Tapi bantulah aku untuk terus mencari keredhaan-Mu
Ya Allah janganlah kau hina kelemahanku ini
Tapi bantulah aku untuk terus mencari keredhaan-Mu
Jauh di sudut hati ini
Aku berdoa agar Allah menyimpan dia untukku.
Kerana aku tidak pernah tahu rencana Tuhan.
Di saat kita berkata "nak ", Allah kata "tunggu"
Di saat "air mata jatuh", Allah kata "senyumlah"
Di saat kita terasa "hilang semangat ", Allah kata "teruskan langkahmu"
Kita merancang , DIA juga merancang tapi hanyalah DIA sebaik-baik perancang :)
Cukuplah aku mencintainya dengan kesederhanaan.
Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.
(HR. Al-Hakim)

JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA
sincerely,
Adibah Faizah
3 comments :
betul2 ,....
lebih baik juga kita hilang sesuatu kerana Allah
jangan hilang Allah kerana sesuatu .
nice :')
sayu aku bce:)
Post a Comment