Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Tuan blog akan OFF selama 2 hari. esok (sabtu ) dan Ahad.Tuan blog ke mana ?
Harap maklum ,tuan blog nak pergi bertapa dekat Shah Alam . Rasanyer kadang-kadang cuti pun perlu pengisian ilmu.tak gitu ?
Kadang-kadang terasa aku ni lebih banyak menyesal. lepas menyesal, buat balik.Entah kenapa susah sangat nak beristiqamah dalam sesuatu perkara.
Wahai encik hati, kenapa kau senang sangat tewas dengan segala permainan duniawi ?
Terasa kerdil pabila mengenang kembali dosa-dosa lama. Ya Allah kuatkan hati ku. jauhkanlah hati ni dari kelalaian.
Aku selalu menyesali dosa-dosa ku. tapi kenapa? kenapa aku sentiasa mengulanginya kembali. Apa gunanya penyesalan, jika aku kembali mengulangnya.
entah. terlalu rumit untuk merungkaikan apa yang aku rasakan saat ini.
Ya Allah,
Enlighten what is dark in me,
Strengthen what is weak in me.
CINTA KU HANYA UNTUK ALLAH.
AKU HANYALAH HAMBA MU YANG HINA DI MUKA BUMIMU INI.
DAN AKU HANYA HARAPKAN KEAMPUNANMU..
Semoga majlis ilmu yang akan ku hadiri pada esok dan hari seterusnya dapat memberi input kepada diri ini.
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya "(Hadis riwayat Al-khatib)
No comments :
Post a Comment