Monday, 18 June 2012

Kesabaran melawan taufan di hati

Manusia itu punya hati dan akal yang memberi ruang untuk berfikir. Setiap manusia juga punya  iman yang terpahat di dada. Namun sesekali nilai iman ditewaskan oleh hasutan syaitan.

Bukan hati ni tidak mengerti, bukan hati tidak pernah memahami. tapi setiap sesuatu ada penyelesaiannya.Tahulah engkau bahawa DIA sentiasa ada di sisi hamba-hambanya.

Rasulullah s.a.w bersabda : Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. [HR. Bukhari dan Muslim]

Tahulah engkau bahawa marah itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kecuali hanya mendatangkan keburukan dalam jiwa seseorang.Ini kerana Allah menciptakan amarah untuk sesuatu hikmah yang besar.Teguhkan iman. Nescaya kewarasan akal dan iman akan bergerak seiring lantas kita akan berlapang dada dalam segala apa yang terjadi.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah, ayat 45]
SABAR. ungkapan yang mudah disebut namun sukar dilaksanakan.
 SABAR. amat pahit untuk dirasai tapi hasilnya manis sekali.
 SABAR.itulah yang harus disemat dalam hati kerana di situlah utuhnya hati seorang Muslim.


Sesungguhnya kehidupan ini manis untuk dinikmati jika kita tahu di mana terletaknya kemanisan itu. :)

                                                                               
  adibahfaizah.5 p.m. ruang tamu.


notakaki :HIHI. tengah bersabar nak buka puasa je pun.




2 comments :