Assalamualaikum..
Rejab sudah berlalu pergi. Kini Syaaban pula menjelma. Lambaian Ramadhan dah semakin jelas. Aku berharap Allah memanjangkan umur kita semua untuk berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi :)
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.
Selamat menyambut Syaaban semua dengan memperbanyakkan puasa sunat .Di bulan ini, berusahalah memperbaiki diri dari segala macam cela.Semoga kita semua mendapat keberkatannya :)
Selama aku jadi cikgu ganti kafa ni, aku dapat rasa betapa mulianya seorang guru. cewahhh..Bukannyer mudah nak menjadi seorang guru. Memerlukan kesabaran setiap masa.Haih. nak melayan karenah budak-budak yang macam-macam.Dah la tade pengalaman sangat layan budak2. . adik ada sorang je. T_T.
Mesti dulu-dulu pun ustaz ustazah payah nak ajar aku.Dah la asyik selalu ponteng kelas je. tu yang lembab benar khatam al-quran.hari tu ajar budak darjah satu..terharunyer tengok diorang dah pandai baca al-quran even tersangkut-sangkut pun. kalau aku dulu..baru nak terkedek-kedek baca iqra '..Serious perlukan KESABARAN yang tinggi, nak tunggu sorang-sorang habis baca..lamo ea.Lepas tu aku tegur kalau jumpa tanda ni "~" kena baca panjang 6 harkat sambil keluarkan 6 jari.Lepas tu, sampai je tanda ni..memasing dok keluar 6 jari. Aih..comel.
Alhamdulillah, dah ada yang ingat berapa rakaat solat-solat fardhu bila aku tanya. ada jugak yang lupa2..T_T.Naseb baek comel.
Esok ada lagi kelas kafa. tapi darjah 4. err. nak ajar apa ni ?
Buat muka redha .baru nak feeling2 amek gambar sendiri time rehat. ada pulak yang buat tanduk. =="
notakaki : adibahfaizah, teruskan keikhlasan tuu..jangan pemaleh !! hihi. semangat bulan sya'ban.
Tadi terbaca cerpen ni kat blog Dayah.Aku terima Lamaran Si Pemberi Tudung Labuh.Terbaca plak. Bukan senang aku nak baca cerpen panjang2 ni. Cerpen yang menghiasi pagi Sya'ban aku.
Salam 1 syaaban :D
No comments :
Post a Comment