Friday, 29 June 2012

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..
Ahlan wasahlan ...:)
Hari ni hari Jumaat, yakni penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan lagi-lagi di bulan Sya'ban .

Hari ni jugak aku habis baca novel Tautan Hati by Fatimah Syarha yang aku tulis dekat SINI. Apa? Lupe? Nampak sangat korang tak baca.==" . Buku yang sarat dengan pelbagai pengisian rohani. Ternyata kehidupan aku jauh jauh jauh*sebut 3 kali untuk tunjuk penekanan* berbeza daripada kehidupan dalam buku tu.Kehidupan mereka sarat dengan tarbiah islam.Ada orang kata Books are for people who wish they were somewhere else.  And yes ! Sedikit sebanyak memberi impak dalam diri ini. Terasa macam aku salah seorang dari watak dalam cerita tu.


CANTIK DI MATA ALLAH SWT

Sudah norma manusia lebih menyukai perkara yang melebihkan kecantikan.Namun begitu,  hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri.Thats why cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.Ini kerana paras rupa akan hilang dek dimamah usia.

Dari Abu Hurairah r.a katanya.Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras kamu juga tidak memandang kepada harta benda kamu, akan tetapi Allah SWT menilai seseorang melalui isi hati dan amaln-amalannya"
(Hadis sahih Riwayat Muslim )

Hidup muslimah yang cantik dalamannya sentiasa berpaksikan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah sepanjang hayatnya. Rajinlah melakukan ibadah sunat untuk memperoleh pahala selain daripada menunaikan perkara kewajipan.

 Berkat menyertai Halaqah hari tu banyak benda yang aku lebih sedar.Salah-satunya, borang checklist amalan @ Borang Mutaba'ah ni. First time dihulurkan borang ni, aku sangat sentap.Terngiang-ngiang lagi suara akak tu cakap "Kita buat amalan sunnah ni untuk top-up balik dosa-dosa kita. Kalau dicampur dosa kecil dan dosa besar kita tak tahu banyak mana dosa yang dah kita lakukan. At least dengan melakukan amalan sunnah ni, kita tambah lagi pahala kita sebab kadang2 tanpa kita sedari, kita jugak ada buat dosa." ya, terasa di situ. dan sekarang aku mula beristiqamah.

Sudahkah anda ?

Selamat Beramal. Wallahualam.


Jangan dilihat pada orang yang menyampaikan pesan,
 tapi lihatlah pada pesanannya,
-ADIBAHFAIZAH- 




1 comment :

YaNaza said...

yaaa itu dia ustazah kite ;D...btul betul..diba.. pasni cari buku fatima syarha jugak..tajuk dia sebarkan cintaMu..fuuhh..lagi banyak ilmu yang kita boleh peroleh lagi ;D