Friday, 31 August 2012

Sayang anak tangan-tangankan, sayang blog tinggal-tinggalkan.

Assalamualaikum :D. .

fuh ! fuhhhh ! *kasi tiup habuk sikit. haha. nampak macam blog terbengkalai pun ada dah ni. well, balik kelantan, sume ditinggalkan. fb, blog, twitter dan apa lagi kebenda ntah. Dah balik rumah , bila nak update blog. .msti ter stuck  kt tmpt lain. FB la, Twitter la, zalora la,  ehh ! *intro orang dah lama tak menaip sangat tak menarik*

Bukan niat nak membiarkan blog, cuma nak praktis tak blogging for a week. cewahhh ! eh, seminggu ke? macam lebih je. Yelahhh. .esok dah  kena balik semula ke USIM untuk daftar DEGREE. so, akibatnya le mood not in stable mode . Err adakah ini tanda - tanda bakal homesick? oh no ! anda silap. aku gagah, mana pernah homesick.

Maka,  Hari Jumaat yang diberkati tambah -tambah lagi hari ni  Hari Kemerdekaan , dengan rasminya tamatlah percutian aku selama 4 bulan . sobs sobs. Hoping there will be another long holiday for me. LOL. study baru nak mula, dah nak cuti lagi. Kemalasan apa yang menular ni ? 

Emm, Maybe this will be the last post . maybe laaa. kot aku rajin esok. ada lagi satu post. ewahhh, sempat lagi nak blog2, padahal esok dah nak daftar.Barang pun sana sini lagi. packing tak habis-habis.masuk beg, pastu keluarkan balik. masuk lagi, tukar pulak beg lain. Haish bila nak siap pun tataw. aku paling tak suka packing barang. itu pasal la jadi camni.  

So, Alhamdulillah, esok pagi ..diri ni akan kembali menuntut ilmu di USIM. Berdebar la pulak nak menempuh dunia DEGREE ni, kan. Mungkin sedikit berbeza dengan ASASI.But, i hope i will do the best ! 

Dan esok bermulalah perjalanan hidup  aku sebagai PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA JURUSAN TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI. Siapa sangka yang aku akan sambung pelajaran dalam subjek Kimia. Mana taknyer, sumpah benci sesangat kimia time sekolah. Tapi itu dulu, sekarang dah lain. sekarang, aku akan mula sayang kimia. Please pray for me, ok :) aku harap aku tak over shock belajar kimia yang  lagi advance ni. seramwww dik oii .  .

# thanks a lot to Madam Latipah *who inspired me a lot* untuk sambung in I-chem tech. 

Sebelum cuti panjang hari tu, aku siap buat checklist nak buat apa time cuti.haha.Semangat nak cuti la kata kan. so, adalah yang tercapai dan ada yang tak tercapai. Yang tak tercapai tu, sila tunggu on next long holiday. tah bila ntah lagi. Dan hari ni dengan pilunya aku meng'tick' checklist tuh sebab CUTI DAH HABIS !!! nak sedih ke nak happy pun aku tataw.



Sungguh, perasaan aku  bercampur baur sekarang ni. Mampu ke aku nak survive untuk degree ni pulak kan ? Haish. 

Tapi chill je la, kan. Kalau tadika mula2 masuk nangis2..tapi boleh survive. Sekolah rendah..malas malas pun dapat 5A. Sekolah menengah. yang mood belajar kejap ada, kejap tade ..pun tamat dengan bolehlaa gemilangnya. haha...ape lagi ? ha..asasi yang hectic dekat USIM pun dah settle dengan riang-rianya. so, degree ape ke dehal ? *tade orang nak bagi kata2 semangat, naikkan la semangat sendiri.* ahh. sedih.

So, USIM here i come :D

"Success doesn't come to you?you go to it."Marva Collins 

# 3 hari berturut2,  duk melantak open house jer..mana nak siap packing nyer dik oii..again. malam ni open house lagi. T_T. sok smbng pack.

Tuesday, 21 August 2012

Pulanglah ke desa berhari raya :D


Assalamualaikum :D


Yeah ! Malam ni kitorang sekeluarga nak balik kampung nun jauh di sana .
Orang dah lama balik kampung. aku baru nak balik.sobsob T_T

checklist yang penting :
-phone, charger phone
-laptop, charger laptop
-broadband
-camera, charger camera
-sambal kicap. (paling wajib!) tak hidup aku dekat kelantan , takde  pedas . *over*

Balik kampung pun tak boleh nak tinggal benda-benda ni. Haish.




Bye Bye Rompin and Hello Pasir Puteh!

Rasenyer tak rajin nak update blog kat kampung ;D Nak habiskan masa sepuas-puasnya before masuk DEGREE . yeah! Excited terlebih pulak makcik sorang ni =="

OK.Bai.



Oh My Raya !

Assalamualaikum  :D 
Hari ni, dah masuk raya ke-3. cepatnya masa berlalu, kan. and,hows ur RAYA?

Sebelum aku terus membebel lantas terlupa nak wish hari raya. So, Selamat Hari Raya . .Maaf zahir dan Batin especially yang selalu menjenguk dan mengomen blog aku ni. tak lupa jugak untuk silence readers.*cewahhh ade ke? haha.TERIMA KASIH jugak  untuk KAMAL LEE n  SUE PELIK yang sudi mengutus perutusan raya secara rasmi di blog mereka :D *bajet ucapan raya PM.

Beraya di rumah sendiri taklah seseronok yang disangka. ehh apsal sedih je bunyi aku ni. Hmmm..bese-bese jelah. bila dah besar, feeling nak raya makin lama makin kurang.Mungkin lepas dah kahwin. .feeling excited nak raya ada balik kot. yeke? haha. 

Hari raya pertama dimulakan dengan perkara-perkara sunnah/sunat.mandi sunat, makan sunat (makn sebelom pi smbhyang rya), sembhyang sunat dan pape jelah yang rsenyer boleh disunatkan. even aku tak boleh nak sembahyang raya. tapi aku menggedik jugak nak ikot lantas orang di masjid memandang hina pelik sebab aku duduk kat luar tak semayang2.ahh. apa aku peduli ? yang bebudak lelaki ni setakat datang masjid tnjuk muka dah tu lepak bawah pokok. .bukan nak smayang ke ape ke.cettt !! 


Tahun ni tema "ikut suka kau lah nak pakai apa". Dah bosan sedondon-dondon ni. duk asyik rotate kaler je.Ayah pulak orang paling tak kisah bab-bab baju raya ni. Elok dah adik iron baju Melayu dier.Last-last pi mintak nak pakai jubah. Alasan ---> takde songkok.Maka, berjubah, berkopiah putih la beliau di pagi raya. haih. Cik Ipin oiii.

My mini family :) Tolonglahhh..aku nak anak ramaiii oiii. ok. kluar tajuk. abaikan.

So, kalau dah raya dekat rumah sendiri . haruslah balik kampung belah ayah yang hanya 10 minit perjalanan naik kereta. Kalau nak feeling2 kmpng jauh... rsenyer boleh la try jaln kaki. Maka, First house yang wajib pergi ialah RUMAH TOK LAN a.k.a abang arwah atuk . dan akhirnya. .runtuh jugak sikit kejantanan ayah time salam Tok lan bila aku tengok mata dia berkaca-kaca time mintak maaf bagai. He surely missed arwah atuk n arwah nenek:(

Dah sudah tu, balikla KAMPUNG SENDIRI. since atok n nenek dah takde. . yang lain2 first raya semua balik raya rumah pak mertua masing2 dulu. 
So, tinggal lah kitorang dua family. T_T .dan aku hanya melantak kat kmpng. Tiap kali orang datang raya.. tiap tu jugak aku join sekaki melantak. hasilnya, empatlimapuluh kali aku pergi toilet. menipu.


Aku ingat dah takde tradisi pusing-pusing kampung cari duit raya ni. rupanyer ada lagi.siap ada plan bagai bebudak ni.  Yang tak boleh blah. .keoveran kejujuran diorang ni . datng-datang rumah orang terus cakap " kitorang datang nak duit raya jer". ewahhh! ewahhh!. tak nyempat nak hidang air. *nasib baikla bukan aku yang kena bagi duit raya.fuhh!


Dah la.tah apa yang aku membebel sorang-sorang kat sini. Korang bolehla sila abaikan apa yang korang baca dari atas sampai bawah ni. huahua!. raya aku bukan best pon. 

yang dah terlanjur baca lagi tersesat di sini .nah kuih raya !



yang penting . .
NAK KELIK KLATE PULOP MALE NI :D


pengembangan pipi dan badan hasil kegigihan aku menternak ladang lemak selama 3 bulan.


‘Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”


sekian laporan raya,
Adibah Faizah.


Thursday, 16 August 2012

Membangkitkan mood AILDILFITRI :)

Assalamualaikum :D

Salam 27 Ramadhan ! pehh. .Hari ni full of emotion. Pagi dipenuhi dengan tangisan dan petang ni penuh senyuman plak.HIHI. Pagi tadi  sedih sangat sebab aku baru  tengok full iklan BERNAS tu T_T. Sob sob..sedih. and then sambung dengar celoteh adik AHMAD and FIZI dekat HOT FM. Lakonan diorang memang sangat sincere,  memang meninggalkan kesan yang mendalam sampaikan majoriti yang menonton menitiskan air mata.tak terkecuali aku.

 Time tengah temubual diorang dekat HOT FM pagi tadi, ada sorang pemanggil call and cerita yang  arwah adik dia ada iras -iras muka adik AHMAD. Meleleh dengar akak tu cerita.sob sob. mesti family dia rindu sangat dekat arwah adik diorang tu. 

Ada lagi sorang pemanggil who is a doctor. Dan apa yang menariknya, doktor tu dengan berbesar hati nya offer RAWATAN PERCUMA untuk adik AHMAD N FIZI ni.alhamdulillah,  Tak sangka ada lagi rakyat Malaysia yang seprihatin mcam ni. So, to all doctor-to-be ..take note  ok ! bantulah mereka yang tidak berkemampuan :D . 

Dan TERIMA KASIH untuk abang POSMEN yang duk hon-hon rumah aku siap call henpon suruh keluar ambil barang-barang yang aku pun tak tahu siapa penghantarnya. Sabar je lah kena call call suruh keluar rumah. so, let's check it out. 

1.with love from TERENGGANU, CIK ELYNA.


Sebelum tu, jom terjah orang yang bagi kad ni dekat SINI .
Kad ni dapat sebab haritu menang segmen kad raya by elyna mirsada :D. comel sangat kad ni, kan .>_< tak sangka pulak owner blog tingggal nun jauh dekat GANU. Cik Elyna, THANKS sangat-sangat taw ! Salam Aidilfitri jugak ! 

2.with love from KUALA LUMPUR, YANA


YANAZA !!! Sayang ko lebih :D Tapi. tak dapat nak balas T_T. tunggu next year ea kalau panjang umur.eh terima ksh bg duit raya ,comel je kena tampal kat situ. Sangat menggamit memori sekolah rendah tampal2 duit syiling ni. haha.Thanks girlfrengggg :D tak sabar nak jumpa 1 September nanti.
eh, SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN.

3.with love from N.SEMBILAN, Namiaz Masashi 


Aiman, ucapan tak boleh lagi pendek ke? HAHA. :P make sure raya nanti bagi SMS raya lagi panjang ok ! tahun depan orang balas kad raya :D

Thanks for 1 year- childhood friendship :D
Thanks for 5 years -be a good listener :D
Thanks for 2 years -be a bestfriend :D
terima ksih banyak-banyak. 
SALAM AIDILFITRI. raya nanti orang mintak maaf kay . keke

4.with love from the lovely person, Deqna n Aiman 


- Terima kasih Deqna for the handmade felt craft keychain. eh sesuka hati aku je bagi nama. Tak tahu lah nama dia ape T_T. janji LAWA :D suke >_<

-Aiman, thanks for a bundle of pictures *senyum lebor-lebor*

apsal sume nak guna DSLR ni ==
p/s : sori ..tercuri dekat FB. 

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK UNTUK AWAK-AWAK SEMUA SEBAB BAGI MOOD RAYA :D HEW HEW. 
SAYANG SEMUA !!! 

SELAMAT HARI RAYA :D



Wednesday, 15 August 2012

Wordless Wednesday - KUIH RAYA


Kuih Semperit prittt pritt. nyum nyum. eh apsal rasa  macam manis-manis semperit je kt mulut ni. ==". eh batal pose !

Tuesday, 14 August 2012

Marah Tanda sayang, Benci tanda rindu :)


Assalamualaikum :D

Entah apa angin yang datang tiba-tiba teringat quotes ni "MARAH SEBAB SAYANG, RINDU SEBAB BENCI ". Dah nak raya pun, mood aku ke sana ke mari. Kejap OK, kejap tak.. Nyampah =="

"CEMBURU TANDA SAYANG " takde mengena dekat sini. Harap maaf. Quotes yang tu lain kali cerita. Nanti nak cerita panjang pulak. eh!

dah, dah back to the topic...
Kata-kata ni buat aku terfikir dan tersedar yang kadang-kadang ego aku terlebih tinggi. Tinggi yang tak mengena tempat pulak tu. Bila ada yang marah atau tegur aku, aku cepat terasa hati. Terus menjauhkan diri , membawa hati yang lara...cewahhh ! 
Tapi aku tak sedar yang sebenarnya aku silap ! Kalau touching kejap tu..beselah kan. perempuan T_T 
Sepatutnya, SETIAP TEGURAN MESTI DITERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN BERLAPANG DADA :D

Selalunyer, kalau orang marah. .kita mesti berfikiran negatif. *aku je lah kot. ==". Terus melenting buat konklusi. Tapi cuba fikir sejenak, kenapa kita kena marah ? Mungkin salah kita, dan mungkin jugak bukan. Setiap teguran tu, ada sebabnya, ada hikmahnya. Yang penting keep POSITIVE. 


Marah seseorang itu tanda mereka ingin kita berubah supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Jangan pulak membenci mereka kerana selagi mana kita benci , selagi tu lah akan bermain2 dalam fikiran, kan. 


Seteruk mana kita kena marah. Always remember that everyone have their own reason on doing so .Kerana "MARAH TANDA SAYANG, BENCI TANDA RINDU "

Someone baru jer tegur aku sikit, and i already give up on that thing. Mana semangatmu, Adibah Faizah ?

hmmmmmm. . .
Kalau sayang tak perlu marah-marah, 
kalau rindu tak perlu  benci-benci. 
LUAHKAN, eh ! HIHIHI,,maaf zahir batin semua :D




Give Away by Syalyn : Kite nak raya


Assalamualaikum semua :D





 Sekiranya GA ini kurang mendapat sambutan, maka secara automatiknya BATAL
so, CEPAT JOIN!


Orang yang bertuah :

Monday, 13 August 2012

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.

Assalamualaikum :D

Tadi aku dah taip post panjang-panjang. and then tetiba laju jer aku tonyoh butang BACKSPACE laju-laju. ahhh., mood apekah aku ni ?


Pelita rumah jiran. hewhew

Penat lah penat. Tadi jenjalan sensorang, rayau sana-rayau sini.Kurus dennnn. Tapi hari ni rasa sejuk jerrr..macam nak hujan tapi tak hujan-hujan. A nice windy day :D . Semalam ke ekk LAILATUL QADAR?. Windy , windy pon..bila nampak COOL BLOG pose-pose ni.. mau tak telan air liur. eh. ape aku ni. 

Nasib baik aku dapat kawal nafsu SHOPPING-menSHOPPING aku ni, mana tak nyer dik oii. Semua murah-murah ! beli 1 prcuma 1, beli 3 prcuma dua lahh..lagi, tudung OBAMA yang selalu nyer RM 10..dia jual RM4 je. yang 2 tone ,3, tone,  bawal roses, pelangi tah ape ke nama tudung lagi tu jadi RM 6.50. ohh, taktik perniagaan apekah ini. Rasa nak rembat sepuluh-tigapuluh helai.lastlast, beli sehelai je..bijak berbelanja kan aku. haha.Nak beli kain pasang, terus tak jadi. 

Sebenarnya, malas nak layan pekerja lelaki  kedai kain tu. sikit-sikit.."akak lawa la pakai yang ini, lawa lah pakai yang tu ".  sabor, sabor. den baru nak pilih. ==". taktik mengampu dalam meniaga, aku tak layan. *muka serious*

Dah nak petang, pergi bazar ramadhan pulak. . jalan-jalan . . ehhh nampak bunga api pulak. dan tetiba terbeli bunga api . err, tah bila nak main. takpe anak jiran ramai. boleh jadi mngsa tolong habiskan bunga api..kalau tak habis simpan lepas raya, boleh buat rasuah paw duit raya diorang.hew hew.eh diorang layan ke bunga2 api ni ? ceit.



lepas tu, lepas tu . .pi beli laksa, kuih seri ayu, air tebu ..umphh fevret2 :D
Disebabkan raya tahun ni rumah aku, officially semua kuih TUNJUK -MENUNJUK. aku@hantu kerepek pun pergi tunjuk -menunjuk kerepek. hehe. Sekali tunjuk, rembat 3 Paket besar kerepek pelbagai jenis. 

dah la. sekian sahaja kemerapuan untuk hilangkan mood PMS aku ni. tension-tension. Nak tidor, jangan lupa esok qiam yer :D




Saturday, 11 August 2012

Spam gambar lama and quoting.

Assalamualaikum :D

VENUE : Pantai tak tahu nama, MALACCA.
ACTIVITY : Program Kecemerlangan SPM 2010 (Kumpulan 1), SBPI JEMPOL.

If i could spend time with them again ..
Rindu nak beriftar dengan schoolmates macam dekat asrama dulu .



This was a picture of " tanglung" taken during school time.
 And tetiba quotes pasal Lailalatul qadar.Harap maaf. Hanya nak menunjukkan supaya kita menghidupkan malam ni je :) hihi. 

Ramadhan is leaving us :(

p/s : tetiba teringin nak main bunga api. .takpe esok boleh beli  :) 
        Kalau main mercun , nanti putus jari..risau mak mentua lari . 

Friday, 10 August 2012

Lailatul Qadr : MENCARI BUKAN MENANTI :)

Assalamualaikum semua :D .

Terima kasih Ya ALLAH,  diri ini  masih lagi bernafas untuk menunaikan rukun islam ketiga ni. 

Dan Alhamdulillah , akhirnya sekarang kita dah masuk fasa terakhir bulan ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan . Yakni di mana adanya satu malam yang penuh keberkatan iaitu LAILATUL QADAR.Malam yang dinanti-nantikan umat islam . Tapi LAILATUL QADAR bukan sahaja perlu DINANTI malah DICARI. Kerana apa? Kerana di malam inilah Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang beramal melebihi kebaikan seribu bulan. 

Masya-Allah,betapa besarnya nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita, kan  :D. 
Dan malam ini hanyalah dikurniakan untuk kita, Umat Nabi Muhammad SAW. Rasanya tidak perlu diceritakan lebih lanjut kelebihan malam ini kerana rata-ratanya sudah tahu.Sama ada nak atau tak nak je. 

Ramadhan kali ni banyak bezanya dari ramadhan-ramadhan yang lepas.
 Dan Ramadhan kali ni mulai terasa diri ni kekurangan satu benda iaitu KESUNGGUHAN. KESUNGGUHAN untuk mencari malam LAILATUL QADR. 


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Bersama-samalah kita memperbanyakkan berdoa meminta pengampunan dari-NYA serta keredhaan dari-NYA. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan semoga kita dipertemukan dengan malam LAILATUL QADR. Insya-Allah. 

10 malam terakhir dah menjengah, 10 orang jugakla yang ada dekat masjid tadi. T_T

Ayuh , muhasabah diri ! Sesungguhnya, rugilah orang yang tidak mencari LAILATUL QADR :)

Salam Ramadhan,
Adibah Faizah

Thursday, 9 August 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Assalamualaikum :D
3 days more until  this GA willl be close. 
So, lets join :D


Pilih jangan tak pilih, nak KAMERA LOMO tu boleh tak ? :D

TAG :





segmen kad raya by elyna mirsada

Assalamualaikum...

Asyik join nak duit raya je kan..jom la pulak join segmen kad raya pulak. Lagi brpe hri nak raya, satu kad raya pun tade orng bagi lagi. sob sob. sedih kan ? ceh.macam aku bagi kat orang.Dunia dah maju ,pakai alam maya pun bulehhh~~ 

dah2.jom join .ada NURSE CANTIK tag tadi. :)


DUE DATE : HARI NI 

MY BELOVED FOLLOWER

Assalamualaikum ..

Malam ni nak habiskan join GA- GA yang telah di bookmark. pehh, berjela-jela dah bookmark, tapi tak join2..

so, jom join yang ni..senang je :D


terjah SINI

tag :

Jom berkasih sayang merapatkan ukhwah sesama kita :) hehe

Wednesday, 8 August 2012

Saya Nak Duit Raya By Wawa

Assalamualaikum :D
Dengan lafaz bismillah....


nak jugak duit raya  ? klik SINI
Tunggu apa lagi. Cepat join sebelum terlambat.



Untuk cik wawa , selamat Hari Raya :)


tag  :







Saya Nak Duit Raya dari Fatin Diana

Assalamualaikum :D




DUE DATE: 13 August 2012 / TIME : 10.00 p.m.

nak jugak ? klik SINI

Tuesday, 7 August 2012

Please Go Away !


I don't know what is happening to me now. 
I don't know why it can crossed my mind.
And I know , i should not think about it. 
Seriously, How can I can be like this. 

I feel so bad right now.
My mind telling me that it's pointless, but. ..


Arghhh, it's just annoying ..

I hope this will be the last time it crossed my mind. 
Yaaaa, please go away from my mind !!! please..


NOTHING TO DO WITH LOVE. 



Sunday, 5 August 2012

Dato Lee Chong Wei is our HERO !


OK. aku tengah dalam mood sedih sebab Dato Lee Chong Wei kalah tadi. 



Omo~~~~ he's crying. Dato LCW please don't cry. You're still our hero !
I'm proud of you :D


Congratulation ! you already give ur best.totally speechless tengok game tadi. 

 LCW is such a great guy while Lin Dan is 'a bit arrogant'. Skills win you medals, 

but attitude win hearts.


LOVE LEE CHONG WEI :D

Keburukan guna alarm. LOL.

Assalamualaikum  :D

Sekarang tepat 9.15 a.m waktu LONDON . dan waktu Malaysia tepat 4.15 p.m. Tapi bukan waktu yang aku kisahkan. Apa yang aku kisah kan adalah malam ini. Penentuan sama ada pingat emas akan menjadi milik Chong Wei oppa atau Lin Dan . pangggg ! sesuka hati nak ber oppa2 pulak kan. Correction. Datuk Lee Chong Wei :D Tapi dah masuk final kira o.K la kan. Perak dalam tangan. semangat..semangat jugak. terawih jangan lupe. :D
ok.dah abaikan.aku memang fail buat INTRO. berbalik kepada tajuk.


Aku rasa dah dua kali benda ni jadi dekat aku. 


S T R E S S S S S !!!!! (baca ikut gaya Gary oppa). 



Kejadian 1

 Tadi tengahari aku pergi bank nak bank-in kan duit. Hari ni bank tutup . so tadela KAUNTEROPHOBIA.hew hew .Tapi masalah lain pulak yang datang. After dah settle bank-in kan duit tu, tunggulah ayah dekat depan BANK. orang ramai sangat hari ni. i guess hari ni orang sibuk nak bershopping raya. So, ayah tinggalkan aku keseorangan dekat bank sebab tade parking. lepas dah settle, Tunggu punyalah tunggu . .ayah tak sampai-sampai. Kereta banyak giler. Overload aku tengok Bahau ni. Maka, aku pun duk mundar-mandir depan pintu bank tu. 

Tetiba aku dengar bunyi alarm. Bising giler. i thought alarm kereta yang parking dekat depan  aku  yang berbunyi. So, aku buat muka toyee berdiri lagi dekat situ. Tetiba pelik, mana tuan kereta ni. Tutuplah alarm ni ha. sakit pulak telinga kita ni.eh jap! tetiba terfikir, kereta depan ni kereta SAGA yang lama tu. bila pulak kereta ni ada alarm ekk ? ke aku yang kuno sangat. 

Tetiba terasa macam bunyi alarm tu dekatttttttt je dengan aku. Dongak je kepala. erkkk ternampak alarm bank .ohh, rupa-rupanyer si alarm bank tu yang sedang berbunyi.  patutla kuat yang amat. huwaaaa !!!! den ke yang buat dia bunyi. Patutla orang lalu lalang pandang je aku ni. Mana nak letak muka, habis tebal dah.. Punya lah gelabah cepat-cepat terus blah dari situ buat muka tak bersalah. TENSION !

Malu ceq oiiii. dan aku masih tertanya-tanya, aku ke yang buat alarm tu berbunyi .T_T. 


Kejadian 2

Kejadian ni pulak  berlaku masa aku OUTING time FORM 5. Macam biasa lah , pergi pasaraya beli  MAKANAN.Time bayar dekat kaunter OK je. Tapi sampai je part nak keluar pasaraya tu. TET TET TET TET TET. errr, elok je aku melangkah keluar, alarm pasaraya tu pun elok jer berbunyi. Habis sume pak cik, mak cik, adik ,abang, kakak,  dalam pasaraya tu pandang aku dengan kawan2 aku. Mana nak letak muka ni dik oiii, satu pasaraya alarm tu bunyi. Kalau perlahan takpelah. ni bunyi dia aduiyaiii . lemah jantung. 

last-last , pak guard tahan kitorang suruh masuk balik . Lepas tu dia check satu2 barang yang kitorang beli. Eh, ingat kitorang ni mencuri aper. . Rupa-rupanyer cashier tu tak kira aku punyer gula-gula.Kurang hasem betul mamat bangla ni.  Pasal gula2 sebotol, bising satu pasaraya. sadis T_T.

Bila nak keluar balik, pak guard tu ejek aku . TET TET TET TET (buat bunyi alarm ). sabar jelahhhhh T_T

Lepas ni aku nak buang alarm dekat kereta aku. ==". Tanak dah alarm2 ni. 

SEKIAN. 

Friday, 3 August 2012

NO PONTENG2 !

Salam Jumaat. .


HIHI. teringat time kecik-kecik. puasa-puasa ....air paip pun jadiii. ^^. budak laki lah ni ajar aku.Lepas tu terkantoi puasa setengah hari. cis.
ADIK-ADIK SILA JANGAN TIRU,PERANGAI TAK SENEREH BULAN2 PUASA.

Thursday, 2 August 2012

Photoshoot dengan MURID-MURID :)


Assalamualaikum :D

Alhamdulillah hari ni dah masuk 12 Ramadhan berpuasa. Kejap je rasa. Rezeki bulan Ramadhan ni pun boleh laa. Dah banyak duit gaji den. HIHI. Again , hari ni ada  kelas KAFA untuk tahun 4 . Kelas hari ni sepatutnya mula pukul 1.30 petang. Tapi maaf murid2, ustazah tak tahu.Ustazah Sue lambat bagi taw yang hari Rabu kelas start awal.  Takpe , aku bagi diorang peluang main stngah jam before masuk kelas. Oh, baik nya ustazah macam aku ni. T_T.

Ustazah Sue pesan, hari ni diorang belajar TILAWAH AL-QURAN dengan buat latihan jawi. Tapi disebabkan aku lambat setengah jam. .proceed terus buat latihan jawi . Tapi baru 4 muka surat aku suruh buat, dah mengeluh penat puasa lah bagai budak2 ni. Takpe2, kita main kuiz tajwid n bhasa arab pulak. hari ni GIRLS POWER VS MANS POWER.  eh, baru 20 soalan , diorang dah hilang fokus.  T_T. Maka, kuiz akhirnya dimenangi oleh budak lelaki. 

OK. aku dah penat. 3 jam kelas sangat panjang. Kalau aku ada kuliah 3 hours pun pengsan dah. So, REHAT setengah jam......after rehat, jom lah buat latihan susun ayat pulak. eh tapi  kejap je dah siap diorang ni. aduihhh. Aku rasa jadi cikgu ni kena kreatif. Dalam satu-satu kelas tu kena ada macam2 PLAN sebab budak2 ni cepat sangat hilang fokus T_T. 

So, 15 minit terkahir. Jom kita bersuka-ria di luar. Since aku tataw bila lagi dapat jumpa diorang sebab dah nak masuk degree.


Anak murid dengan ustazah berebut nak masuk muka dlam camera. LOL

Fine. excted nk amik gmbr, muka aku dikaki-kaki kan. Halim lah ni =="


Hard to handle them (Halim, Daniel n Acap). Nasib baik pandai T_T

Hari ni ustazah ajar teknik pose comel.hewhew.

Jangan dipersoalkan ketinggian aku ==". haha.Penat dah minum susu. 
Kompius mana satu cikgu, mana satu murid ni. 

Bermain hak kami (iklan MILO).Maen rumput, pun bolehhhh. . .

Yeaaaaa, kitorang sepupu.silap! eh, aku tak termasuk. diorang berdua je .


Even penat, senyuman diorang mampu menghilangkan kepenatan tu :)
OK.BAI. Malas dah tepek gambar lagi. Post ni hanya sebagai kenangan di masa hadapan sahaja.. 

SEKIAN.WASSALAM DARI SAYA. :)