Tuesday 21 August 2012

Oh My Raya !

Assalamualaikum  :D 
Hari ni, dah masuk raya ke-3. cepatnya masa berlalu, kan. and,hows ur RAYA?

Sebelum aku terus membebel lantas terlupa nak wish hari raya. So, Selamat Hari Raya . .Maaf zahir dan Batin especially yang selalu menjenguk dan mengomen blog aku ni. tak lupa jugak untuk silence readers.*cewahhh ade ke? haha.TERIMA KASIH jugak  untuk KAMAL LEE n  SUE PELIK yang sudi mengutus perutusan raya secara rasmi di blog mereka :D *bajet ucapan raya PM.

Beraya di rumah sendiri taklah seseronok yang disangka. ehh apsal sedih je bunyi aku ni. Hmmm..bese-bese jelah. bila dah besar, feeling nak raya makin lama makin kurang.Mungkin lepas dah kahwin. .feeling excited nak raya ada balik kot. yeke? haha. 

Hari raya pertama dimulakan dengan perkara-perkara sunnah/sunat.mandi sunat, makan sunat (makn sebelom pi smbhyang rya), sembhyang sunat dan pape jelah yang rsenyer boleh disunatkan. even aku tak boleh nak sembahyang raya. tapi aku menggedik jugak nak ikot lantas orang di masjid memandang hina pelik sebab aku duduk kat luar tak semayang2.ahh. apa aku peduli ? yang bebudak lelaki ni setakat datang masjid tnjuk muka dah tu lepak bawah pokok. .bukan nak smayang ke ape ke.cettt !! 


Tahun ni tema "ikut suka kau lah nak pakai apa". Dah bosan sedondon-dondon ni. duk asyik rotate kaler je.Ayah pulak orang paling tak kisah bab-bab baju raya ni. Elok dah adik iron baju Melayu dier.Last-last pi mintak nak pakai jubah. Alasan ---> takde songkok.Maka, berjubah, berkopiah putih la beliau di pagi raya. haih. Cik Ipin oiii.

My mini family :) Tolonglahhh..aku nak anak ramaiii oiii. ok. kluar tajuk. abaikan.

So, kalau dah raya dekat rumah sendiri . haruslah balik kampung belah ayah yang hanya 10 minit perjalanan naik kereta. Kalau nak feeling2 kmpng jauh... rsenyer boleh la try jaln kaki. Maka, First house yang wajib pergi ialah RUMAH TOK LAN a.k.a abang arwah atuk . dan akhirnya. .runtuh jugak sikit kejantanan ayah time salam Tok lan bila aku tengok mata dia berkaca-kaca time mintak maaf bagai. He surely missed arwah atuk n arwah nenek:(

Dah sudah tu, balikla KAMPUNG SENDIRI. since atok n nenek dah takde. . yang lain2 first raya semua balik raya rumah pak mertua masing2 dulu. 
So, tinggal lah kitorang dua family. T_T .dan aku hanya melantak kat kmpng. Tiap kali orang datang raya.. tiap tu jugak aku join sekaki melantak. hasilnya, empatlimapuluh kali aku pergi toilet. menipu.


Aku ingat dah takde tradisi pusing-pusing kampung cari duit raya ni. rupanyer ada lagi.siap ada plan bagai bebudak ni.  Yang tak boleh blah. .keoveran kejujuran diorang ni . datng-datang rumah orang terus cakap " kitorang datang nak duit raya jer". ewahhh! ewahhh!. tak nyempat nak hidang air. *nasib baikla bukan aku yang kena bagi duit raya.fuhh!


Dah la.tah apa yang aku membebel sorang-sorang kat sini. Korang bolehla sila abaikan apa yang korang baca dari atas sampai bawah ni. huahua!. raya aku bukan best pon. 

yang dah terlanjur baca lagi tersesat di sini .nah kuih raya !



yang penting . .
NAK KELIK KLATE PULOP MALE NI :D


pengembangan pipi dan badan hasil kegigihan aku menternak ladang lemak selama 3 bulan.


‘Taqabbalullah minna waminka’ 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”


sekian laporan raya,
Adibah Faizah.