Saturday, 30 June 2012

A GiveAway

Bismillahirrahmanirrahim. GA again.  haha. GA from Suga Monsta Belleza :)


28/6/2012 until 31/7/ 2012

Friday, 29 June 2012

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..
Ahlan wasahlan ...:)
Hari ni hari Jumaat, yakni penghulu segala hari. Hari yang penuh keberkatan lagi-lagi di bulan Sya'ban .

Hari ni jugak aku habis baca novel Tautan Hati by Fatimah Syarha yang aku tulis dekat SINI. Apa? Lupe? Nampak sangat korang tak baca.==" . Buku yang sarat dengan pelbagai pengisian rohani. Ternyata kehidupan aku jauh jauh jauh*sebut 3 kali untuk tunjuk penekanan* berbeza daripada kehidupan dalam buku tu.Kehidupan mereka sarat dengan tarbiah islam.Ada orang kata Books are for people who wish they were somewhere else.  And yes ! Sedikit sebanyak memberi impak dalam diri ini. Terasa macam aku salah seorang dari watak dalam cerita tu.


CANTIK DI MATA ALLAH SWT

Sudah norma manusia lebih menyukai perkara yang melebihkan kecantikan.Namun begitu,  hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri.Thats why cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.Ini kerana paras rupa akan hilang dek dimamah usia.

Dari Abu Hurairah r.a katanya.Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras kamu juga tidak memandang kepada harta benda kamu, akan tetapi Allah SWT menilai seseorang melalui isi hati dan amaln-amalannya"
(Hadis sahih Riwayat Muslim )

Hidup muslimah yang cantik dalamannya sentiasa berpaksikan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah sepanjang hayatnya. Rajinlah melakukan ibadah sunat untuk memperoleh pahala selain daripada menunaikan perkara kewajipan.

 Berkat menyertai Halaqah hari tu banyak benda yang aku lebih sedar.Salah-satunya, borang checklist amalan @ Borang Mutaba'ah ni. First time dihulurkan borang ni, aku sangat sentap.Terngiang-ngiang lagi suara akak tu cakap "Kita buat amalan sunnah ni untuk top-up balik dosa-dosa kita. Kalau dicampur dosa kecil dan dosa besar kita tak tahu banyak mana dosa yang dah kita lakukan. At least dengan melakukan amalan sunnah ni, kita tambah lagi pahala kita sebab kadang2 tanpa kita sedari, kita jugak ada buat dosa." ya, terasa di situ. dan sekarang aku mula beristiqamah.

Sudahkah anda ?

Selamat Beramal. Wallahualam.


Jangan dilihat pada orang yang menyampaikan pesan,
 tapi lihatlah pada pesanannya,
-ADIBAHFAIZAH- 




Thursday, 28 June 2012

Spontaneous Thursday #2

Assalamualaikum ..

Before kahwin kena install instagram dalam phone ni.Jimat sikit duit , tak payah upah photographer.hewhew.lawa pon lawa . ye dak ?
ok.bai. sekian .
nak pi amek gaji. trolololol

I miss my childhood :)

Assalamualaikum semua . .
Now, its 4 o'clock already. and i'm not sleeping yet. Wehaaa. boleh jadi geng dngn burung hantu . Aku punya biological clock dah tingtong sikit. Orang tidur, aku bangun. Nanti orang bangun, aku pulak yang tido. apa nak jadi lah ni. Tu lah sape suruh bagi cuti lama-lama sangat . Muka aku pun boleh jadi putih duk terperap dalam rumah tanpa sinaran mentari.cewaaah. perasan.

Proceed to our story..*eceh duk speaking london memalam. Semalam aku mimpi kawan-kawan sekolah rendah :). Tetiba je mimpi diorang-diorang. Adakah sebab pembawaan jadi ustazah ekk. Ceh ada ke? haha.BTW, seriously I really miss them a lots. If I can turn back time. I want to be a kids once more.Kids that Just playing without any problem.Kalau ada prob pun. eleh kicik punyaaa masalah.kan ? kan? 

Watak utama dalam mimpi semalam si Azfarudin. titew main hujan dengan die..*mimpi menggedik. Orang cakap kalau kita mimpi someone. Orang tu rindu dekat kita. Dia rindu aku ke? haha.. prasan.Lepas tu ada Aizam, Firdaus, Farid, Nuar, Afiq ..eh apsal semua laki plaq ni. Ambui miang tu sampai terbawak2 dalam mimpi :P. Dah lama sangat tak jumpa diorang.Ada yang after UPSR, terus tak jumpa2.sedih.

The best moment ever is during childhood . Seriously :)

Gila kemetot time tadika.Ceh. Bajet sekarang tak kemetot je kan.Tengoklah muka aku. Horror giler. Kecik-kecik dah pandai pakai lipstik merah menyala. Aww. seksi gitu. Cikgu lah ni..Nyampes aku, kecik-kecik suruh pakai make-up .Nak buat persembahan la bagai.. Rosak muka I u knowww..

 

Dulunya aku seorang sasterawan sekolah..berpuisi tak kira masa.Suaraku lantang ibarat Usman Awang menggegarkan awan komulonimbus atas bumbung sekolah yang tak berapa nak tinggi. Malangnya, sekarah dah retired. =='. Usman Awang kata jangan kacau periuk nasi dia. so, aku takleh nak cakap apa.Niatku terpaksa dikuburkan.



lalu aku menyertai Geng Bas Sekolah.3 Boboy 3 Gugirl. Kitorang duk pakat masuk SHOWDOWN 2005.Menari terkinja sana sini. tapi tak menang-menang jugak.


Last-last ibu suruh jaga adik aku yang sorang ni. Seee..kami adik -beradik berkakilebarberdadaseksi  berkaliber & berdedikasi.I ,  the one who wearing maroon vest is a penolong pengawas yang tak berapa nak menolong. My sister is  my orang bawahan. HAHA.gelak evil.

Dah la. sampai di sini saje. Sorila sape yang terbaca post tah pape ni.Aku tengah meroyan tak boleh tidur.Tadi pukul 4. Sekarang pukul 5. Lama ya amat aku taip entri ni. Nak patah dah jari aku.Menatang berukband ni la..sejak -2menjak ni lembab bebenor.Ape kehe nyer tah.=="

p/s : teringat arwah Taufiq, one of my classmate during primary school. *al-Fatihah. Taufiq, kitorang sayang kau sangat-sangat :)



Wednesday, 27 June 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum penduduk bumi .. especially yang tengah duk meniarap depan lappy tuh. Haha.moh2 join GA. Lately ni aku dengan Si YANA ni kena demam GA. duh. =="



TOINK >nak join sila tekan banner :)


Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) 

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum...
kejap je dah hari Rabu kan..

notakaki : sape nak bagi sebiji ? aish. tengah giler kaler kuning :) lol


Tuesday, 26 June 2012

MP-Biz Giveaway 25/5/12-31/7/12

Assalamualaikum semua.."tengah mood GA"
Jom support blogshop Kedai Mama Pipie yang baru dibuka :)


nak join ?
sila tekan   >>SINI<<
tekan banner pun bulehh :)



Sayakah Follower Bertuah itu ?



Syarat-syarat :

1. Follow blog Brooch Wholesaler 
2. Buat entry Sayakah Follower Bertuah itu?
3. Copy gambar yang first 
4. Tag 3 rakan anda 
5. Tinggalkan link korang pada ruangan komen supaya senang dijejak

Senang kan ?

anda di tag :

YANAZA( ehem2 yana , join lah mne taw luck lg. aritu da menang an. hehe)

Monday, 25 June 2012

Ku fikir-fikir sampai tak terfikir.


Entah kenapa aku masih memikirkan perkara ni
dan entah kenapa aku masih tak ketemui jawapannya.

Entah kenapa aku masih meragui dan terus meragui
Entah kenapa aku masih sukar untuk mencari kekuatan
Kekuatan untuk  melepaskan ia pergi
Padahal aku tahu ia bukan hakku

Kenapa aku takut?
Kenapa aku rasa tak sanggup ?
Walhal Allah dah janji 
Allah pasti akan mengembalikannya seandainya dia untuk ku miliki atau Allah akan 
menggantikannya dengan yang lebih baik. 
Adakah aku meragui janji-janji Allah ?

Ya Allah janganlah kau hina kelemahanku ini
Tapi bantulah aku untuk terus mencari keredhaan-Mu

Jauh di sudut hati ini
Aku berdoa agar Allah menyimpan dia untukku.
Kerana aku tidak pernah tahu rencana Tuhan.

Di saat kita berkata "nak ", Allah kata "tunggu"
Di saat "air mata jatuh", Allah kata "senyumlah"
Di saat kita terasa "hilang semangat ", Allah kata "teruskan langkahmu"
Kita merancang , DIA juga merancang tapi hanyalah DIA sebaik-baik perancang :)

Cukuplah aku mencintainya dengan kesederhanaan.

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. 
(HR. Al-Hakim)


JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA

sincerely,
Adibah Faizah


Sunday, 24 June 2012

Nikon GiveAway By Ieqah Blog Gajah

Assalamualaikum..

Hari ni tak ade nak hupdate apa-apa. Just nak join GA..Seee ohsemm kan tajuk GA dia :D. Menarik lagi tertarik. Sesape nak join, bolehlaaa tekan banner bawah ni.



HADIAH GIVEAWAY:

  • Pelbagai Hadiah disediakan-Hadiah Utama -MINI DSLR NIKON PENDRIVE 8GB
    • 6 Hadiah saguhati - Reload Topup & Tudung Bawal Printed *boleh dipilih oleh pemenang GA.
      • Hadiah istimewa disediakan untuk peserta pertama dan terakhir yang join contest ini.
        • Hadiah khas untuk Top Traffic Sources GA ni.



Saya join NIKON GIVEAWAY BY IEQAH BLOG GAJAH kerana  nak menyokong Giveaway blogger-blogger sekalian.FYI, ni first GA by IEQAH BLOG GAJAH. So, saja nak mengimarahkan lagi first GA beliau. Baru semalam start dah ramai giler yang join GA ni, memang ohsemlaaa..:D.

BTW, hadiah dia pun mantop-mantop jugak. MINI DSLR NIKON PENDRIVE 8 GB..comel kott benda alah ni. First time dulu tengok dekat blog Irine Nadia Marcello. tak silap laa..Mula-mula baca tajuk GA ingat kan nak bagi hadiah DSLR seketul. Wawwww ! super excited kalau hadiah dia DSLR sebiji.HAHA. Last-last baca balik. okeh ! bru perasan .




Haaa. yang paling penting dan yang paling suka, dia punya syarat-syarat penyertaan sumpah PALING SUPERB SIMPLE..no like2 and no follow2  .Join dengan hati tulus ikhlas. eceh..

So, sesuaila untuk orang pemalas macam den ni.kalau korang pun sama spesies moh la join skaki GA ni :D




eh, da macam den pulak tuan GA jadi tukang promote.Kalau dapat hadiah pun ok jugak. *angkat-angkat kening. ok. materialistik di situ.


AMARAN ! Sila abaikan mulut huduh tuh.
Oppps. curang pulak ! orang suruh tepek gambar NIKON. Ni CANON pasai pa? Asalkan adik beradik DSLR..balun ajelahh..ni pun orang lain punya camera. sob sob.T_T. mampu amek gambar ajela..


Saturday, 23 June 2012

Ice Cream Temptation . LOL

Disebabkan rasa panas cuaca sekarang, mula lah teringat aiskrim. Hujan pun dah lama tak turun. aih, den rindu suara2 sumbang katak duk memanggil hujan dopan rumah.
Tadi pergi kedai nak beli aiskrim, tapi bila teringat peti ais yang penuh dengan segala daging binatang laut dan darat spt ikan, ayam, lembu..dan laen2, hasrat terpaksa dibatalkan  :(. peti ais bila kau nak membesar haa ?



Oreo McFlurry. Aaaa. i'm lovin it betul laaa. Fevret aver after :)


notakaki : ohoi budak2, jangan makan aiskrim depan den time rehat boleh tak ? kalau la den budak2 jugak,  nak aje den mintak. 


Thursday, 21 June 2012

Salam Sya'aban !

Assalamualaikum..

Rejab sudah berlalu pergi. Kini Syaaban pula menjelma. Lambaian Ramadhan dah semakin jelas. Aku berharap Allah memanjangkan umur kita semua untuk berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi :)

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.


Selamat menyambut Syaaban semua dengan memperbanyakkan puasa sunat .Di bulan ini, berusahalah memperbaiki  diri dari segala macam cela.Semoga kita semua mendapat keberkatannya :)


Selama aku jadi cikgu ganti kafa ni, aku dapat rasa betapa mulianya seorang guru. cewahhh..Bukannyer mudah nak menjadi seorang guru. Memerlukan kesabaran setiap masa.Haih. nak melayan karenah budak-budak yang macam-macam.Dah la tade pengalaman  sangat layan budak2. . adik ada sorang je. T_T.

Mesti dulu-dulu pun ustaz ustazah payah nak ajar aku.Dah la asyik selalu ponteng kelas je. tu yang lembab benar khatam al-quran.hari tu ajar budak darjah satu..terharunyer tengok diorang dah pandai baca al-quran even tersangkut-sangkut pun. kalau aku dulu..baru nak terkedek-kedek baca iqra '..Serious perlukan KESABARAN yang tinggi, nak tunggu sorang-sorang habis baca..lamo ea.Lepas tu aku tegur kalau jumpa tanda ni "~" kena baca panjang 6 harkat sambil keluarkan 6 jari.Lepas tu, sampai je tanda ni..memasing dok keluar 6 jari. Aih..comel.

Alhamdulillah, dah ada yang ingat berapa rakaat solat-solat fardhu bila aku tanya. ada jugak yang lupa2..T_T.Naseb baek comel.

Esok ada lagi kelas kafa. tapi darjah 4. err. nak ajar apa ni ?


Buat muka redha .baru nak feeling2 amek gambar sendiri time rehat. ada pulak yang buat tanduk. =="

notakaki : adibahfaizah, teruskan keikhlasan tuu..jangan pemaleh !! hihi. semangat bulan sya'ban.
Tadi terbaca cerpen ni kat blog Dayah.Aku terima Lamaran Si Pemberi Tudung Labuh.Terbaca plak. Bukan senang aku nak baca cerpen panjang2 ni. Cerpen yang menghiasi pagi Sya'ban aku.

Salam 1 syaaban :D








Tuesday, 19 June 2012

Bebelan midnight @_@

 Cute kan ? HIHI

Malam dah lama melabuhkan tirai.Aku masih di depan laptop ni. Entah apa yang buat aku tak boleh tidur pun aku tak tahu. Nak kata tengok bola tak jugak.Mungkin perut yang lapar..huh.Dasar perut. Asyik lapar je.  =="

BOSAN.belog ni je ada .tempat aku nak bising-bising.

Em done tambah satu lagi blog dalam list blog untuk SANTAPAN ROHANI.Baru jumpa link blog ni dekat FB. wot woot.Bacalah  sini >>> ALLAH SEEKER kalau inginkan kata-kata semangat. Tulisan beliau mampu mengetuk hati setiap orang :) *(even baru baca sikit je) 

Esok nak pergi klinik nak ambil ujian diagnosis yang dah jadi pekasam agaknya dekat klinik tu. Ikutkan hati malas je nak ambil. Tapi demi menyedapkan  hati seorang ibu yang risaukan anak dia sorang ni..pergi jelah. Al-maklumlah, Puan ibu tak nak " the banana fruit two time". Haha

Wahai batuk, sembuhlah cepat.Puan Ibu dah ugut kalau degil tak nak pergi klinik, lepas ni batuk jangan keluar bunyi.Err..can I bear that ?

"prevention is better than cure"

need to accept this statement ..walau rasa dalam hati tak suka jumpa doktor. 

"An apple a day keep the doctor away".maka .lepas ni ,hari-hari kena makan epal supaya tak perlu nak mengadap encik doktor.huhu

Err..Baik aku stop sebelum habis semua peribahasa aku hancurkan.Tak pasal-pasal jadi perosak bahasa utama nanti.


The moment when the emotion is not stable at all..my heart only can say this..


Dear Allah.. 

sometimes I don't understand what You really want to happen.. 
but i trust You..
i know You'll give me what's best..



Selamat Malam..





Monday, 18 June 2012

Kesabaran melawan taufan di hati

Manusia itu punya hati dan akal yang memberi ruang untuk berfikir. Setiap manusia juga punya  iman yang terpahat di dada. Namun sesekali nilai iman ditewaskan oleh hasutan syaitan.

Bukan hati ni tidak mengerti, bukan hati tidak pernah memahami. tapi setiap sesuatu ada penyelesaiannya.Tahulah engkau bahawa DIA sentiasa ada di sisi hamba-hambanya.

Rasulullah s.a.w bersabda : Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. [HR. Bukhari dan Muslim]

Tahulah engkau bahawa marah itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kecuali hanya mendatangkan keburukan dalam jiwa seseorang.Ini kerana Allah menciptakan amarah untuk sesuatu hikmah yang besar.Teguhkan iman. Nescaya kewarasan akal dan iman akan bergerak seiring lantas kita akan berlapang dada dalam segala apa yang terjadi.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah, ayat 45]
SABAR. ungkapan yang mudah disebut namun sukar dilaksanakan.
 SABAR. amat pahit untuk dirasai tapi hasilnya manis sekali.
 SABAR.itulah yang harus disemat dalam hati kerana di situlah utuhnya hati seorang Muslim.


Sesungguhnya kehidupan ini manis untuk dinikmati jika kita tahu di mana terletaknya kemanisan itu. :)

                                                                               
  adibahfaizah.5 p.m. ruang tamu.


notakaki :HIHI. tengah bersabar nak buka puasa je pun.




Saturday, 16 June 2012

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol.

Hasrat hati nak poie sekolah esok. tapi apakan daya banyak bona aral melintang .Ni den nak koba ni, sekolah den dah 10 tahun bertapak dokek JEMPOL tu ha..aish kojap je dah 10 tahun.

Sobab dah 10 tahun la ha..esok dengan luso ado event.Event ea namo "SEDEKAD INTEJ". Seriously, really want to go there.Ayin just text me and ask whether i can come or not.oh, really miss him.eh tak boleh.ok. rindu sebagai adik.

Aaaaa, rindu budak dorm, rindu dewan makan, rindu cikgu, rindu KAFE SAYANG SELASIH, rindu ruang legar, rindu dataran..semuanya rindu la.RINDU.RINDU.ekau paham tak rindu ?



Sekolah ku, syurgaku. cewahhh !!

Ni antara kelas paling the best selama 5 tahun dekat sekolah :D rindu diorang2 sume.

Even, baru je hari tuh time hari guru pergi sekolah.tapi nak pergi lagi. tak puas jumpa budak-budak ni. Gila rindu dekat adik2 dorm.Nak peluk2 diorang, Hari tu Raihan siap bagi surat lagi.Aaaa..she's so suweett :D muah muah. eh over pulak.

Akhir kata, nikmatilah zaman persekolahan anda, selagi anda ada masa.
After dah habis sekolah, anda kan rasa rindu nak jadi budak sekolah balik. yeke? haha.
Paling rindu part-part nak langgar peraturan sekolah. Barulah gangsta kan ?

Anyone ! bawak la den g batu kikir jambtan bosi tu ha. !
Den nak poie sekolah :(




Friday, 15 June 2012

Spontaneous Thursday #1

**Spontaneous Thursday is a day when a blogger posts random spontaneous things in his or her blog without writing it earlier and also without caring how it affects the community.


Eh, bile hari bapa ? serius tak taw ni.
ayah , terima kasih beli kan akak kicap semlam sebab akak merajuk tak nak makan kalau tade kicap. OK. aku memang mengada.
Photobucket

Coretan ulat buku. yeke?

Assalamualaikum..penduduk alam semesta..ceh. bajet alien pandai bace blog ke. haha (eh. ade sorang harap awak terasa ). haha.okeh gelak sorang2. tah pasal apa terlebih riang pulak malam ni.

Alhamdulillah. Hari ni urusan nak mohon SSPN dah pun selesai dengan bantuan Syura. After banyak kali decide tarikh nak settlekan, akhirnya selesai jugak hari ni. Fuhh..lega rasanyer. Dan hari ni jugak aku menghafal semua lokasi bank dekat Bahau ni.aduiyaaii..punya lah banyak bank. satu bank je aku pernah masuk. BSN :D. hihi. Naik pening aku hari ni dok memikir lokasi satu satu bank semata-mata nak cari Bank Rakyat.

Now, I can apply for PTPTN . nak  tulis pasal PTPTN..aihh. tak jadi. malas pulak nak bersuara politik dekat sini. nanti tersalah tulis buruk padahnya. 

Haa.aku  baru taw .Senang je rupenyer nak mohon SSPN ni..ni step dia.

1.Pergi ke bank atau online pun boleh
2. Yang lain2 .bolehlaa klik dekat sini. Malas pulak nak cerita.

Dah alang-alang keluar, memang banyak benda yang berlegar dalam otak yang nak di beli.Ingat kan nak pegi beli barang buat kek. last-last tersangkut dekat bookstore, buku pulak dok memanggil-manggil aku. MAI ! MAI ! MAI CIK ADIK MANIS ! 

Nampaknya niat nak buat kek terpaksa dikuburkan. Semangat nak baca buku pulak yang membuak-membuak sekarang ni. 

Membuak sangat  sampai 3 buah aku rembat. Tak tahu lah pasal apa ter over2 pulak beli buku hari ni.


1. DARA. sebab beli : mata menggatal nak tengok pompuan lawa2 dlm tuh. tade sebab.
2. TENTANG CINTA. sebab beli : entahlaa..rasa terpanggil nak beli. almost read half of it.Seriously, makes me realised all my faults in loving :( 
3.  TAUTAN HATI. sebab beli : first attempt to read hasil karya Fatimah Syarha.Mungkin boleh membantu hati ni untuk terus mencintai-NYA.InsyaAllah.


Haih. ni pulak buku yang tak habis-habis baca.Time beli semangat, time nak baca ..hampehh. Buku english macam slow sikit nak baca. tu yang english tak brape nak pandai. hekhek. gelak dekat diri sendiri.tiga-tiga buku ni baru baca separuh. tapi Ohsemm jugak lah cerita buku2 ni. Hope to finish all the books  before the holiday ends ! Hope to khatam Al-quran in this Ramadhan too :D

 Cinta Adalah fitrah hati,
Lahirnya tanpa diminta,
Namun tuhan sering sahaja menguji.
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya .

ok. tetibe berpuisi pulak. keyboard off.

Wednesday, 13 June 2012

Wordless Wednesday #1

gambar cilok dekat sini

Wishing to be in kampung right now..
Azim. nk ikut balik rumah mek :(

Photobucket

Aurat Kita, Maruah Kita.


Assalamualaikum..

Terbaca artikel bawah ni dekat FB. oouuuchhh !! terasa tepat terkena dekat batang hidung ni.
Korang bacalah.. Insyaallah. moga terbuka hati. :D


Gadis A : Eh, mahalnya stokin yg kau beli. Sepasang dekat RM5. Itu baru stokin. Hand sock tu lagi mahal. Tak campur dengan yg lain lagi.Tengok baju aku. Sehelai baru berapa ringgit je.


Gadis B : Kau beli baju apa?



Gadis A : Baju t-shirt lengan pendek, ni baru berapa ringgit je. Dah boleh pakai pegi mana-mana. Selesa, takde serabut sangat, tak panas.
Kau pulak nak kena beli itu la, ini la.



Gadis B : Owhhh, pakaian yang buka aurat, memanglah MURAH. Murah jugak harga diri kita bila kita memakainya. Pakaian yang tutup aurat MAHAL,tapi takpe, Semahal aurat yang dijaga .


Masih dalam usaha beristiqamah memakai stoking.Moga dipermudahkan niat ni :D. Bila Allah dah tunjukkan ke jalannya yang benar jangan bertangguh ! so i grab it. moga- moga hati ni akan terus ikhlas.

Berusaha untuk mencipta ikhlas agar amalan ini akn berterusan. InsyaAllah :D

Friday, 8 June 2012

Mencari ilmu sebagai perisai diri.

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Tuan blog akan OFF selama 2 hari. esok (sabtu ) dan Ahad.Tuan blog ke mana ?
Ni den nak koba  la ni..
Harap maklum ,tuan blog nak pergi bertapa dekat Shah Alam . Rasanyer kadang-kadang cuti pun perlu pengisian ilmu.tak gitu ?

Kadang-kadang terasa aku ni lebih banyak menyesal. lepas menyesal, buat balik.Entah kenapa susah sangat nak beristiqamah dalam sesuatu perkara.

Wahai encik hati, kenapa kau senang sangat tewas dengan segala permainan duniawi ?

Terasa kerdil pabila mengenang kembali dosa-dosa lama. Ya Allah kuatkan hati ku. jauhkanlah hati ni dari kelalaian.

Aku selalu menyesali dosa-dosa ku. tapi kenapa? kenapa aku sentiasa mengulanginya kembali. Apa gunanya penyesalan, jika aku kembali mengulangnya.

entah. terlalu rumit untuk merungkaikan apa yang aku rasakan saat ini.

Ya Allah,
Enlighten what is dark in me,
Strengthen what is weak in me.

CINTA KU HANYA UNTUK ALLAH.

AKU HANYALAH HAMBA MU YANG HINA DI MUKA BUMIMU INI.
DAN AKU HANYA HARAPKAN KEAMPUNANMU..

Semoga majlis ilmu yang akan ku hadiri pada esok dan hari seterusnya dapat memberi input kepada diri ini.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya "(Hadis riwayat Al-khatib)

Photobucket